Anda di halaman 1dari 2

Image To Text (OCR):

Bentuk-Bentuk Drama Melayu

Bentuk dalam konteks ini ialah susunan struktur dan penceritaan atau kisah yang dibawakan dalam
sesebuah drama. Ia juga boleh digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri yang membezakannya dengan
genre sastera yang lain. Dalam hurajaan berikut ini, bentuk adalah merujuk kepada drama tragedi,
komedi dan trage-komedi.

Drama Tragedi

bevat Tragedi ialah drama yag memaparkan kisah sedih atau mala petaka yang menimpa watak
pentingnya sedangkan watak itu tahu dan sedar tetapi tidak berupaya untuk menghindarnya. Tegasnya
tragedi dalam drama bermaksud sesuatu kecelakaan akan terjadi ke atas watak protagonis cerita
tragedi, sedangkan dia mengetahui apa yang bakal terjadi ke atas dirinya melalui tindakan-tindakan
namun dia tak beruapa untuk mengelaknya. Dia hanya menunggu saat yang bakal memusnahkan dirinya
itu Kemusnahan boleh bersifat fizikal, emosi, spiritual atau psikologikal, berlaku begitu teruk bertujuan
agar penonton mengambil iktibar daripada peristiwa kesangsaraan wira tragik itu sekaligus memberikan
simpati dalam bentuk perasaan atau emosi

Drama tragedi pada zaman klasik menonjolkan watak utamanya sendiri daripada watak mitos manakala
tragedi masa kini terdiri daripada manusia biasa. Dalam konteks dramatis Melayu moden, Usman Awang
adalah antara penulis yang gemar menggunakan bentuk ini. Antara drama tragedi beliau ialah Tamu Di
Bukit Kenny, Uda dan Dara, Serunai Malam dan Degup Jantung.a

Drama Komediciones d

Komedi adalah bentuk drama bentuk ringan yang pada dasarnya bertujuan untuk menawan hati
penonton yang akhirnya membawa kepada suasana kegembiraan Komedi membawakan unsur lucu
sama ada melalui pertuturan, aksi atau slapstik iaitu aksi yang disengajakan untuk menarik perhatian
supaya orang ketawa misalnya memakai baju terbalik, butang atas pasang ke bawah atau berjalan-jalan
terhenggot

INSSON

ul' atau pun sengaja.

au orang menanggap sesuatu yang diucapkan itu dengan maksud 1

henggot atau orang menanggap (subtext menyebabkan orang

menyebabkan orang ketawa, sama ada pelakon 'tersasul atau pun seng

enamya aksi begitu tidak lucu pun malah semacam memperbodohkan penonton

Drama komedi menunjukkan konsep suatu keadaan yang menggambarkan tentang keupayaan manusia
bangkit daripada kegagalan, kelalaiaan atau perasaan malu. Dengan aksi, tindak-tanduk dan dialognya
yang sedemikian menimbulkan
keadaan lucu dan mencuit hati lalu membuat penonton ketawa. Namun komedi yang berkualiti harus
mengandungi unsur intelek dan merangsang minda untuk berfikir.

Dalam drama atau filem Melayu, filem P.Ramlee seperti Bujang Lapuk, Seniman Bujang Lapuk, Pendekar
Bujang Lapuk, Musang Berjanggut, Pak Belalang dan sebagainya adalah contoh terbaik hasil komedi yang
berkualiti. Telatah, dialog dan mimik wajah dramatis cukup mengelikan hati dan berkomedi sebenarnya
tidak mudah untuk dihasilkan! Dalam drama tv terdapat beberapa siri komedi sitcom!

situasion comedy) yakni situasi komedi semasa misalnya siri 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Santan Berlada,
Jangan Ketawa dan sebagainya adalah antara komedi yang diminati ramai yang disiarkan di tv.

Antara drama tragedi dan komedi ada kaitannya dan kerap lahir suatu bentuk, dinamakan 'trage-
komedi' iaitu kisah di mana watak tragik itu berjaya mengatasi masalah dan halangan sehingga
menimbulkan kegembiraan. Misalnya seorang peniaga yang sudah jatuh muflis dan dipenjarakan tiba-
tiba menerima wasiat dan kembali hidup bahagia atau pesakit parah yang nazak tiba-tiba sembuh dan
seumpamanya.

LOVE

ALES

Anda mungkin juga menyukai