Anda di halaman 1dari 10

DAYA HIDROSTATIK

DAYA HIDROSTATIK

OBJEKTIF

Objektif Am :

Mempelajari dan memahami daya – daya hidrostatik yang dikenakan terhadap


permukaan condong dan pugak yang tenggelam, menerbitkan daya hidrostatik
dan menggunakan rumusan daya hidrostatik.

Objektif khusus :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :

1. Membeza dan menerangkan daya hidrostatik


terhadap permukaan tenggelam secara condong dan
pugak.
2. Menerbitkan daya hidrostatik terhadap permukaan
tenggelam secara condong dan pugak.
3. Mentakrif dan membezakan antara pusat bentuk (sentroid) dan
pusat tekanan.
4. Menggunakan rumusan daya hidrostatik dalam menyelesaikan
masalah.
DAYA HIDROSTATIK

INPUT

5.0 Pengenalan

Sebelum sesuatu struktur direka bentuk seseorang jurutera perlu


menentukan daya yang dikenakan terhadap permukaan struktur
berkenaan. Dalam unit ini ciri-ciri daya hidrostatik akan dinilaikan dari
aspek magnitud, arah dan kesannya. Selain itu kedudukan daya
berkenaan juga akan ditentukan.

5.1 Daya Hidrostatik ke Atas Permukaan Rata

Perhatikan satu permukaan yang mempunyai bentuk tidak sekata


ditenggelamkan secara pugak di dalam cecair yang mempunyai berat
tentu ω. S S

y y
Luas, a
X G
R X C Permukaan luas A

sisi

Rajah 5.1

Anggap ‘a’ sebagai keluasan kecil pada kedalaman y dari permukaan S-S,
keamatan tekanan pada kedaman y = ωy
Daya ke atas keluasan kecil = ωy x a
Jumlah daya ke atas permukaan = jumlah daya ke atas prmukaan
kecil.
= ∑aωy
= ω ∑ ay
tetapi ∑ay, = momen luas pertama permukaan
terhadap permukaan S – S
= Ay
di mana y ialah kedalaman sentroid dari permukaan S – S. A ialah luas
keseluruhan permukaan pugak yang tenggelam.

Jumlah daya, R ke atas permukaan pugak yang tenggelam


DAYA HIDROSTATIK

R = ωA y ( Newton, N) ……( 5.1)

Nota: Daya ini bertindak pada pusat tekanan C.

5.2 Daya Terhadap Permukaan Rata Yang Condong

Daya-daya yang bertindak adalah secara serenjang terhadap permukaan.


Jarak terhadap permukaan adalah secara tegak dari permukaan cecair
terhadap kedudukan pusat tekanan.

Merujuk kepada rajah 5.2, perhatikan satu permukaan rata, luas A yang di
tenggelamkan ke dalam cecair yang mempunyai berat spesifik ω. Jika
permukaan ini condong pada sudut ø dari ufuk dan jarak tegak sentroid dari
permukaan ialah y .

O

y y
R L

 Nota:
G
C G - Sentroid
C - Pusat Tekanan
Rajah 5.2

Oleh kerana permukaan adalah rata, daya paduan adalah sama dengan
jumlah daya yang bertindak ;

R= ωA y

Untuk memudahkan lagi pemahaman anda terhadap unit yang


dibincangkan, contoh berikut akan dapat membantu anda dalam
penyelesaian masalah yang berkaitan.
DAYA HIDROSTATIK

Contoh 5-1-1

Sebuah tangki berbentuk silinder bergarispusat 60cm diisi dengan air sehingga
kedalam 150cm. Apakah jumlah daya ke atas dinding silinder tersebut.

Penyelesaian :

Jumlah daya,
R= ωAy
= gAy
1 .5
150cm = 1000 x 9.81 x  x 0.6 x 1.5 x
2
= 20.7 x 103 N @ 20.7 kN

Dengan merujuk contoh berikutnya diharap pelajar dapat lebih memahami lagi
unit yang dibincangkan.

Contoh 5-1-2

Sekeping besi bulat bergaris pusat 2.5m ditenggelamkan secara pugak di dalam
air setinggi 12m dari pusat bulatan. Kirakan daya yang ditanggung oleh besi
tersebut dan jarak pusat tekanan dari permukaan air.

Penyelesaian:

Daya hidrostatik;
12m
R= ωAy
12
= 1000 x 9.81 x  (2.5) 2
4
2.5m = 5.78 x 102 N.
= 0.58 kN
DAYA HIDROSTATIK

Contoh 5-1-3

Sebuah plat segitiga berukuran 5 m lebar dan 3 m tinggi


ditenggelamkan dalam minyak yang mempunyai ketumpatan bandingan 0.8.
Kirakan daya paduan dan jarak pusat tekanan plat tersebut jika ianya
ditenggelamkan secara pugak seperti dalam gambarajah dibawah.

Penyelesaian:-

3m Daya Hidrostatik, R = ω A y
1 2
= 0.8 x 103 x x3x5x x3
2 3
5m = 117720 N
= 117.2 KN.

Contoh 5-1-3

Jika plat bulat bergaris pusat 500cm ditenggelamkan dalam air pada kedalaman
seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah. Tentukan daya hidrostatik yang
bertindak ke atas plat berkenaan.

2.5m Penyelesaian,

Daya hidrostatik,
R=ωAy
5m  (5)2 5
R = 100 x x(2.5  )
4 2
2
= 98174.8N/m
= 98.18 kN/m2
DAYA HIDROSTATIK

Contoh di bawah menjelaskan kepada anda bagaimana penggunaan rumus


5.1 dan 5.2.

Contoh 5-2-1

Satu kepingan bulat bergaris pusat 125cm diletakkan di dalam air, dalam
keadaan di mana jarak pugak dari permukaan ke perimeter kepingan adalah di
antara 60cm dan 150cm seperti rajah di bawah.
Cari jumlah daya yang bertindak ke atas kepingan itu dan kirakan jarak pugak
bagi pusat tekanan dari permukaan air.

O

60cm
y
150 cm

125 cm

Penyelesaian:
Daya paduan;
R= Ay

= 1000 x 9.81 x 1.252 x 1.05
4
= 1269N
= 12.65 kN

sin 2 
Pusat Tekanan, h = + y
Ay
di mana
60cm  150cm
y= = 1.05m
2
1.50  0.6  D 4
2

 h =  X + 1.05
 1.25  64
= 1.098 m.
DAYA HIDROSTATIK

Aktiviti 5.0

1. Berdasarkan Rajah a dan Rajah b di bawah nyatakan rumusan :-

Daya paduan yang bertindak pada jasad tersebut.

S S

y
y
Luas, a
X G
R X C Permukaan luas A

sisi
Rajah a

O

y y
R L


G
C

Rajah b

2. Berdasarkan Rajah b di atas, plat bulat mempunyai garis pusat 60 cm,


jarak dari permukaan ke sentroid 12 cm, dan kecondongan plat adalah
300.
Tentukan :-

i. Daya paduan.
ii. Kedudukan daya paduan bertindak.
DAYA HIDROSTATIK

MAKLUMBALAS AKTIVITI 5.0

1. Rajah a: i. Daya paduan, R = ω A y


Rajah b :i. Daya paduan R = ω A y

2. i. 332.85N
ii. 0.15 m
DAYA HIDROSTATIK

 
PENILAIAN
KENDIRI

1. Satu tangki silinder bergaris pusat 8m diisi minyak dengan ketumpatan


bandingan 0.85 kepada paras setinggi 5m. Kirakan jumlah daya tekanan
yang bertindak pada
i. dasar tangki
ii. sisi tangki

2. Kirakan jumlah daya tekanan yang bertindak per m lebar pada empangan-
empangan di gambarajah . Tunjukkan pada gambarajah arah daya-daya
tekanan tersebut bertindak.

10 m 10m

60
0

3. Satu plat segi empat 3 m panjang dan 1 m lebar ditenggelamkan dalam air di
mana sisi 3m adalah selari dengan permukaan air dan 1m darinya. Dapatkan
jumlah daya ke atas plat berkenaan.

4. Satu plat bulat bergaris pusat 2.5m, ditenggelamkan secara pugak dalam
minyak (ketumpaatan bandingan 0.9). Pusat plat ialah 2.0m dari permukaan.
Kirakan jumlah daya yang bertindak ke atas plat berkenaan.

5. Satu plat berbentuk komposit yang terdiri daripada segi empat 4m x 2m dan
segitiga 2m tinggi. Dasar segitiga dicantumkan kepada sisi 2 m segi empat.
Plat ini ditenggelamkan dalam air pada sudut 30 0 dari ufuk dengan bahagian
segiempat di sebelah atas dan sisi 2m selari dengan permukaan air dan 1m
dari permukaan. Kirakan jumlah daya ke atas plat.
DAYA HIDROSTATIK

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. i. 1.10MN
ii. 2.62MN
2. 490.5kN, 566.4kN
3. 44.1kN
4. 86.7kN
5. 260kN

Anda mungkin juga menyukai