Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kepelbagaian qirāʼāt dalam al-Qurʼān didapati telah memberi kesan kepada


kepelbagaian hukum. Walau bagaimanapun, dalam kitab-kitab fiqh para imam madhhab
khususnya madhhab al-Shāfi‘ī tidak ditemui penjelasan secara terperinci kaedah atau
manhaj yang digunakan dalam pengambilan qirāʼāt sebagai hujah serta implikasinya
kepada hukum yang dibina dalam madhhab masing-masing. Justeru, kajian ini akan
menyingkap sejauhmana qirā’āt Ibn Kathīr yang merupakan qirāʼāt Imam al-Shāfi‘ī dalam
pembacaan al-Qurʼān berperanan dalam pengistinbatan fiqh madhhab al-Shāfi‘ī. Kajian
ini juga adalah untuk mengetahui implikasi qirāʼāt Ibn Kathīr dan ‘Āṣim dalam
pembinaan hukum fiqh madhhab al-Shāfi‘ī dengan penumpuan kajian terhadap ayat
wuḍūʼ. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kepustakaan di mana segala
maklumat dan data hanya diperolehi dari perpustakaan. Data diproses secara kualitatif
mengikut tema-tema khusus berdasarkan ilmu qirā’āt dan dikemukakan secara
deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa qirāʼāt menjadi salah satu metod
pengistinbatan hukum fiqh dalam madhhab al-Shāfiʻī. Dalam permasalahan ayat wuḍūʼ,
Imam al-Shāfi‘ī tidak hanya terikat dengan qirā’āt Ibn Kathīr, bahkan beliau turut
mengambilkira qirā’āt yang lain dalam pengistinbatan hukum.

Anda mungkin juga menyukai