Anda di halaman 1dari 5

NOTA SAINS TAHUN 4

UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
4.1.1 Gerak Balas Tumbuh-Tumbuhan
1. Seperti manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan juga bergerak balas
terhadap rangsangan iaitu air, graviti, cahaya dan sentuhan.
I. Akar: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas dan
tumbuh ke arah air dan tarikan graviti.
II. Daun: Bahagian pada sesetengah tumbuh-tumbuhan yang
bergerak balas terhadap sentuhan.
III. Pucuk: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas dan
tumbuh ke arah cahaya.
IV. Daun sesetengah tumbuh-tumbuhan seperti pokok semalu dan
pokok perangkap lalat Venus akan tertutup atau menguncup
apabila disentuh.
4.2.1 Fotosintesis
1. Tumbuh-tumbuhan, manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk
terus hidup dan membesar.
2. Manusia dan haiwan boleh bergerak untuk mendapatkan makanan
tetapi tidak bagi tumbuh-tumbuhan.
3. Tumbuhan boleh membuat makanan sendiri melalui proses
fotosintesis.
4. Fotosintesis ialah proses tumbuh-tumbuhan membuat makanan
dengan sendiri.
5. Tumbuh-tumbuhan yang bukan berwarna hijau juga boleh melakukan
fotosintesis sekiranya mempunyai klorofil.

4.2.2 Keperluan Proses Fotosintesis


1. Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari, klorofil, karbon
dioksida, dan air untuk melakukan proses fotosintesis.
I. Cahaya Matahari: Sumber utama tenaga.
II. Karbon dioksida: Gas dalam udara yang masuk melalui daun.
III. Klorofil: Bahan berwarna hijau pada tumbuh-tumbuhan.
IV. Air: Diserap masuk melalui akar.
4.2.3 Hasil Proses Fotosintesi
1. Semasa proses fotosintesis, kloforil menyerap cahaya matahari dan
menukarkan air serta karbon dioksida kepada glukosa dan oksigen.
I. Glukosa yang tersimpan dalam bentuk kanji: Bahan yang
terhasil sebagai makanan. Glukosa yang terhasil, kemudiannya
saling bergabung untuk membentuk kanji yang tersimpan pada
bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, batang, akar, biji
benih, bunga dan buah.
II. Oksigen: Gas yang dibebaskan melalui daun ke udara.
2. Gerak balas terhadap rangsangan membantu tumbuh-tumbuhan
mendapatkan keperluan untuk menjalankan proses fotosintesis.
3. Proses fotosintesis melibatkan:
4.2.4 Kepentingan Fotosintesis kepada Hidupan
1. Tumbuh-tumbuhan sentiasa melakukan proses fotosintesis untuk
membolehkannya menghasilkan makanan sendiri.
2. Hasil fotosintesis juga dapat memberikan manfaat kepada hidupan
lain dan alam sekitar.
3. Kepentingan fotosintesis:
I. membekalkan sumber makanan
II. memberikan sumber oksigen kepada pernafasan
III. mengekalkan keseimbangan udara di alam ini

Video QR Code
1. Gerak Balas Tumbuh-Tumbuhan 2. Fotosintesis

Buku Teks ms 71: Gerak Balas Tumbuh-Tumbuhan Buku Teks ms 78: Fotosintesis
Refleksi Minda

Anda mungkin juga menyukai