Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Nama Pelajar : MUHAMMAD HANAFI BIN ISMAIL

Angka Giliran : 2019172340118

No Kad Pengenalan : 981114-30-6193

Kumpulan/Unit : G1.3

Kod Kursus : PKUK 3052

Nama Kursus : SENI DALAM PENDIDIKAN

Nama Pensyarah : DATIN SITI MUHIBAH BINTI NOR

Tarikh Hantar : 18 FEBRUARI 2020

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

Penulisan - Individu
Seni merupakan istilah yang selari dengan keindahan, kesenangan dan kebahagiaan.
Apabila kita mendengar perkataan seni, mungkin perkataan yang pertama mungkin muncul
dalam benak fikiran kita adalah suatu karya seni seperti arca, bangunan, bait-bait lirik muzik,
lukisan atau benda-benda indah lain yang dihasilkan oleh seorang seniman atau seniwati yang
sangat berbakat dalam dunia abstrak dan memillik kreativiti dan imaginasi yang tinggi.
Manakala dalam pendidikan pula, seni berperanan penting seperti dalam penerapan nilai
keagamaan, komunikasi yang berkesan, hiburan dalam pembelajaran, terapi masalah
pembelajaran dan sebagainya. Dengan kepelbagai fungsi seni tersebut, maka seni sudah
tentunya wajar dimanfaatkan dalam bidang pendidikan sebagai usaha untuk mencapai tujuan
utama pendidikan. Selain itu, dalam dunia pendidikan, seni juga memberi pengaruh yang
mendalam terhadap perkembangan mental dan juga fizikal kepada murid. Tambahan lagi,
melalui pendidikan seni ini juga, perilaku murid dapat dibentuk kearah yang lebih baik kerana
seni dapat memperkenalkan nilai-nilai dan norma-norma yang ada dalam masyarakat kepada
murid-murid. Menurut Purnomo dan Subagyo (2010), seni adalah perbuatan manusia yang
timbul dari hidupnya, perasaan dan bersifat indah dan unik sehingga dapat
menggetarkan jiwa perasaan manusia.

Antara kepentingan elemen Seni dalam pendidikan dalam pembelajaran dan


pemudahcara (PdPc) murid-murid sekolah ialah elemen seni ini dapat menyumbang kepada
pencapaian markah ujian yang tinggi, mengurangkan kes ponteng dan kes buang sekolah
dalam kalangan murid-murid berstatus sosioekonomi rendah. Hal ini demikian kerana,
kebanyakkan murid yang berstatus sosioekonomi rendah akan hilang minat untuk belajar di
dalam kelas dek kerana kekangan-kekangan yang dihadapi, maka pembelajaran mereka akan
merosot secara langsung pencapaian markah ujian mereka juga akan merosot. Seni secara
abstraknya memiliki kandungan yang kaya dengan nilai-nilai yang sangat bertepatan dengan
jiwa dan potensi murid-murid. Contohnya, melalui seni muzik dalam pendidikan ini dapat
memupuk semangat belajar dalam diri murid-murid tersebut seterusnya secara tidak langsung
juga meningkatkan disiplin dalam diri mereka. Menurut Djohan (2009), di dalam pendidikan,
muzik menduduki kedudukan yang tertinggi kerana tiada satupun disiplin yang dapat
menusuk kedalam jiwa dan menyertai dengan kemampuan bertahap melebihi irama dan
melodi.

Seterusnya, elemen seni dalam pendidikan adalah penting kerana elemen seni dapat
membantu memberi inspirasi kepada murid supaya melakukan sesuatu dengan bersungguh-
sungguh untuk mencapai sesuatu hasil dan kejayaan yang maksimal. Melalui kesungguhan
yang diberikan secara langsung dapat melatih murid supaya sentiasa berfikir dan
mementingkan kesabaran dalam setiap perkara dan objektif yang dilakukan. Hal ini demikian
kerana, sesuatu seni tersebut memiliki nilai yang membolehkan ia berbicara dan
mengekpresikan sesebuah nilai sebagai suatu “kata-kata”. Seni yang indah sudah tentunya
akan menghasilkan nilai yang berharga, baik dan indah. Contohnya, hasil ketekunan dan
kesabaran seseorang murid menyiapkan seni lukisan di sekolah sudah tentunya dapat
mengeluarkan hasil yang cantik dan maksimal secara abstraknya secara tidak langsung akan
memberi inspirasi kepada murid tersebut untuk mula menceburi pelbagai lagi karya-karya seni
yang lebih menarik dan memerlukan kesabaran yang lebih tinggi. Nilai-nilai asas dalam seni
dibahagi kepada nilai penampilan, nilai isi dan nilai pengungkapan (Sumardjo, 2000).
Oleh itu, dari ketiga nilai asas ini, kita dapat memahami bahawa nilai kesungguhan dan
kesabaran tersebut dapat diperoleh melalui medium seni itu sendiri.

Di samping itu, kepentingan elemen seni dalam pendidikan kepada murid ialah dapat
memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam pembelajaran dan juga membantu murid-murid
yang mempunyai masalah keyakinan diri seperti bersifat malu juga dapat melibatkan diri
mereka dalam menyuarakan pendapat mereka dan juga menunjukkan sifat kepimpinan mereka.
Sebagai contoh, sekiranya guru mendapati murid yang kurang memberi penglibatan atau murid
yang kurang berkeyakinan diri, maka guru perlulah menggalakkan penglibatan mereka dalam
seni muzik seperti menyanyi dan menari kerana seni muzik bersifat multilingual. Menurut
Depdiknas (2006), pendidikan seni muzik bersifat multilingual, multidimensional dan
multikultural. Multilingual bermaksud perkembangan kemampuan individu mengekpresikan diri
secara kreatif dilakukan dengan pelbagai cara seperti bahasa, rupa, bunyi, gerakan dan
peranan. Oleh itu, tidak dinafikan elemen seni dalam pendidikan berperanan sebagai
pemudahcara bagi guru membina dan memperkembangan kemampuan dan keyakinan diri
murid dengan lebih efektif dan kreatif.

Tambahan lagi, kepentingan seni dalam pendidikan ialah elemen seni ini dapat
menggalakkan lagi potensi individu untuk diperkembang dengan menggunakan semua
pancaindera mereka ada termasuklah memanfaatkan kemahiran mendengar dan kemahiran
melontarkan suara dengan baik dan berkeyakinan. Kemahiran-kemahiran ini tidak dapat
diwarisi dari faktor genetik, namun dengan cara yang efektif guru dapat memudahkan murid-
murid untuk menguasai bakat dan kelebihan mereka masing-masing. Menurut Gunara (2008)
pendidikan dalam seni sejalan dengan pengaruh seni terhadap jiwa dan penyaluran
ekspresi kreatif yang produktif iaitu merupakan salah satu tujuan pendidikan untuk
melahirkan generasi muda yang cekap, berketrampilan dan cerdas. Secara umumnya,
potensi atau bakat individu dapat dicungkil dan diasah melalui medium seni ini kerana murid-
murid bebas mengekpresikan idea-idea yang lebih bernas dan kreatif mengikut perspektif
mereka masing. Corak pemikiran yang lebih kreatif ini secara langsung dapat membentuk
peribadi murid menjadi seorang individu yang berpendirian, cerdas seterusnya dapat menjadi
pemimpin yang berwawasan untuk negara pada masa hadapan.

Akhir sekali, kepentingan elemen seni dalam pendidikan juga seni dapat mengukukah
diri murid untuk sentiasa bersedia menghadapi masalah sama ada kecil mahupun besar dalam
kehidupan terutamanya persediaan bagi menghadapi masa depan yang kian mencabar.
Sebagai seorang guru sudah pastinya kita tidak akan rela sekiranya keperluan dan persediaan
murid untuk masa hadapan tersebut tidak terpenuhi secara maksimal. Menurut Respati (2012),
pengajaran seni muzik yang berfikiran kreatif, memecahkan masalah berani mengambil
risiko, bekerja dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan baik, merupakan alat yang
tepat untuk keperluan dan persediaan hidup di masa hadapan. Contohnya, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi penyelesaiaan masalah murid dilakukan secara
berkumpulan adalah salah satu seni yang guru wajar lakukan bagi memastikan jiwa dan minda
murid-murid sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi apa jua situasi yang
dihadapi. Oleh itu, benarlah bahawa seni dalam pendidikan ini dapat mengukuhkan diri murid
supaya fizikal dan mental murid sentasa bersedia menghadapi apa sahaja cabaran yang
mendatang.

Kesimpulannya, seni dalam pendidikan perlu dikembalikan dan ditingkatkan kepada


posisi yang lebih sesuai. Hal ini kerana, seni bukan sahaja untuk melepaskan rasa penat murid-
murid yang belajar, namun guru perlulah mampu mewujudkan manfaat dan kelebihan
pendidikan seni bagi murid-murid supaya mereka membuka minda dan menyelami jiwa mereka
sesuai dengan individu dewasa yang hidup dalam keseimbangan baik jasmani mahupun rohani.
Pendidikan seni ini juga bukan sekadar menanam keterampilan diri murid malah juga dapat
menumbuhkan sikap-sikap dan karakter-karakter positif dalam kehidupan seharian murid. Jika
ia difahami dengan lebih mendalam, maka seini ini adalah suatu sara untuk menyeimbangkan
pelbagai aspek dalam kehidupan.
Rujukan

Depdiknas RI. (2006). Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan. Jakarta: Depdiknas.

Djohan, H. (2009). Psikologi Musik. Yogyakarta: Best Publisher.

Gunara, S. (2008). Manfaat Pendidikan Seni bagi Anak. Dalam Suryatna, dkk.
(Penyunting). Ritme. Vol 6 No 1 April 2008 19-26.

Purnomo, W. & Subagyo, F. (2010). Terampil Bermusik. Jakarta: Pusbuk Kemdiknas.

Respati, R. (2012). Pengembangan Bahan Ajar Solfeggio untuk Mahasiswa


Pendidikan Guru Sekolah Dasar. Tesis pada Program Studi Pendidikan Seni
Sekolah Pascasarjana UPI. Bandung: Tidak diterbitkan.

Sumardjo, J. (2000). Filsafat Seni. Bandung: Penerbit ITB.

Anda mungkin juga menyukai