Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS

PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN AKHIR JUN 2022 (UJIAN TERBUKA-OBT)

PROGRAM
PISMP
(Programme)
AMBILAN
JUN 2019
(Intake)
SEM
7
(Sem)
ANGKA GILIRAN
2019172340118
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN
981114036193
(Identity Card No.)
KOD KURSUS PKUK3143
(Course Code)
NAMA KURSUS
ASAS PENYELIDIKAN
(Course Title)
TARIKH
PEPERIKSAAN 14 JUN 2022
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan font Arial
12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka
giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi peraturan penulisan
akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak berbincang dan
meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira telah gagal
peperiksaan berkenaan.

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja

Bahagian / No Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah


Soalan

Jumlah
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKUK3143

Bahagian A

Etika adalah norma atau piawaian kelakuan yang memandu pilihan moral berkaitan
kelakuan dan perhubungan kita dengan orang lain. Tujuan adalah untuk menentukan tiada
seorang yang cedera atau mengalami kesan yang tidak di ingini daripada aktiviti
penyelidikan yang dilaksanakan. Antara etika penyelidikan yang harus dipatuhi oleh siswa
guru Pendidikan Khas semasa menjalankan penyelidikan adalah dengan menekankan
aspek kejujuran. Kejujuran ini penting diterapkan oleh penyelidik untuk memastikan rekod,
laporan dan analisis data yang diperoleh adalah telus dan mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi. Sebagai contoh, semua data diperoleh sama ada melalui simulasi, pengiraan
atau eksperiman, data tersebut tidak boleh diubah atau dimanipulasi untuk membaiki
keputusan yang diingini. Tindakan mengubah data seperti berikut akan menjejaskan
matlamat utama kajian di samping melambangkan seseorang pengkaji tersebut adalah
tidak beretika. Namun demikian, kejujuran ini terbatas kepada diri penyelidik sahaja
kerana sekiranya responden tidak bersikap jujur semasa proses pengumpulan data seperti
menjawab soal selidik, maka sikap ketidakjujuran responden ini menjadi batasan kajian
bagi penyelidik tersebut.

Selain itu, sikap sentiasa berhati-hati juga merupakan salah satu ciri etika yang
perlu ada dalam diri penyelidik. Hal ini demikian kerana, sifat berhati-hati ini penting adalah
untuk mengelakkan daripada penyelidik melakukan sebarang kesilapan yang boleh
menjejaskan mutu penyelidikan, subjek yang dikaji dan nama baik institut. Sebagai contoh,
hasil kerja penyelidik perlulah sentiasa dinilai dan penambahbaikan sewajarnya hendaklah
dilakukan untuk pembangunan projek yang lebih berkualiti. Namun demikian, walaupun
penyelidik melakukan sesuatu penyelidikan dengan berhati-hati, data yang diperoleh ini
juga bergantung kepada jawapan responden yang menjadi batasan bagi kajian tersebut.
Hal ini demikian kerana, beberapa responden mungkin menjawab instrument dengan cuai
atau mengambil mudah, bergantung kepada persekitaran semasa dan emosi mereka.
Oleh itu, batasan kajian daripada responden ini memberi kesan kepada data yang
diperoleh penyelidik walaupun dilaksanakan dengan berhati-hati.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKUK3143

Seterusnya, kerahsiaan juga menjadi ciri etika penyelidikan yang perlu dipatuhi oleh
para penyelidik. Kerahsiaan ini penting untuk dijaga dalam semua proses semasa
menjalankan penyelidikan bermula dari pengumpulan data sehingga dapatan akhir yang
diperoleh. Sebarang komunikasi berkaitan dengan aktiviti penyelidikan yang telah
dikelaskan sebagai sulit perlulah dirahsiakan dengan sebaik mungkin. Namun, kerahsiaan
ini juga boleh menjadi batasan semasa penyelidik menjalankan kajian iaitu dari segi
kebolehpercayaan responden. Hal ini demikian, sesetengah responden mungkin tidak
berasa digalakkan atau encouraged untuk memberikan jawapan yang tepat kerana
berkaitan masalah peribadi. Sebagai contoh, mereka mungkin berfikiran bahawa jawapan
mereka akan didedahkan dalam keadaan yang tidak baik walaupun sudah dinyatakan
bahawa identity responden adalah sulit dan dirahsiakan.

Akhir sekali, integriti penyelidik dalam menjalankan kajian. Elemen ini berkaitan
dengan keselarasan antara perkara yang dikatakan dengan yang dikotakan, keselarasan
tindakan dengan prinsip moral, serta keselarasan antara kepentingan diri dengan
kepentingan umum. Hal ini, para penyelidik perlu telus dan tulus dalam setiap hal berkaitan
dengan penyelidikan. Sebagai contoh, dalam pemilihan persampelan dalam populasi yang
tidak rawak perlulah dibuat dengan baik supaya tiada sampel yang tidak diingini termasuk
dalam kajian yang dijalankan. Namun demikian, persampelan tidak rawak ini juga menjadi
batasan kajian bagi penyelidikan. Sebagai contoh, walaupun soal selidik hanya diedarkan
kepada sampel tertentu, kebarangkalian untuk soal selidik tersebut disertai oleh sampel
luar mungkin akan berlaku dan tidak dapat dielakkan terutamanya sekiranya soal selidik
diagihkan secara atas talian.

Konklusinya, mematuhi etika penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik.


Kegagalan mematuhi etika berkenaan akan menggugat kesahan dan kebolehpercayaan
kajian yang dilakukan. Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran penkaji.
Pengkaji mesti menunjukkan segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkah
penyelidikan dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperoleh adalah tepat.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKUK3143

Bahagian B (2)

Model kajian tindakan yang sesuai untuk membolehkan pelaksanakan kajian


tindakan ini ialah Model Kurt Lewin (1946). Dalam model ini, Kurt Lewin memperlihatan
beberapa kitaran langkah-langkah yang perlu dijalankan semasa melaksanakan kajian.
Satu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu peringkat merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek.

Pada peringkat perancangan, saya akan mengenal pasti fokus kajian dengan lebih
mendalam iaitu masalah murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) Tahun 4 yang
menghadapi masalah dalam melengkapkan rangkaian nombor mengikut tertib nombor
yang betul. Langkah ini boleh dilaksanakan dengan mengenalpasti murid sasaran dan
mengumpul data melalui pemerhatian, temu bual dan juga hasil kerja murid tersebut
berkaitan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, perbincangan dan temu bual bersama
guru kelas tersebut juga boleh dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
tepat sejauh mana kefahaman murid tersebut dalam masalah urutan nombor mengikut
tertip. Hal ini penting untuk mengesahkan sama ada isu kajian yang ditimbulkan oleh
pengkaji memang wujud dalam diri murid tersebut. Selain itu, penyelidik perlu merancang
mengenai strategi, metod dan kaedah atau cara yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu
tindakan ke atas permasalahan tersebut.

Seterusnya peringkat kedua pula merupakan peringkat tindakan. Peringkat


tindakan ini dilakukan setelah mengenalpasti isu dan murid yang terlibat dalam kajian ini,
saya akan merancang tindakan yang akan diambil iaitu dengan menggunakan inovasi
aplikasi X-Bar yang telah saya cipta. Aplikasi X-Bar ini menekan penyelesaian masalah
kepada susunan urutan nombor secara tertib dan diintegrasikan bersama teknologi
maklumat (ICT). Tindakan ini dilaksanakan dengan cara saya akan memberikan demo
atau tunjuk ajar cara untuk MBPK tersebut menggunakan aplikasi itu dan kemudian murid
tersebut akan melakukannya secara kendiri. Aplikasi X-Bar ini penting untuk memberikan
gambaran yang jelas kepada murid tersebut tentang konsep turutan nombor mengikut
tertib. Hal ini demikian kerana, tidak boleh dinafikan bahawa kebanyakan MBPK
mengalami masalah dalam menggambarkan penyelesaian dalam permasalahan
matematik terutamanya dalam topik susunan tertib ini.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKUK3143

Peringkat ketiga pula iaitu peringkat pemerhatian. Setelah penggunaan aplikasi X-


Bar dijalankan, saya akan memerhatikan kesan penggunaan aplikasi tersebut dalam
penggunaan harian murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran
murid dalam kelas dan juga terhadap hasil kerja murid. Pemerhatian yang dilakukan ini
penting untuk memahami sejauh mana keberkesanan aplikasi ini terhadap pemahaman
murid dalam topik urutan nombor secara tertib ini bagi membolehkan saya melakukan
penambahbaikan pada masa akan datang. Selain itu, pemerhatian ini juga penting bagi
saya untuk mengenalpasti ralat atau masalah yang dilakukan oleh murid itu dan
seterusnya tindakan memperbetul ralat murid tersebut boleh dijalankan.

Akhir sekali, peringkat refleksi merupakan peringkat terakhir dalam kitaran bagi
Model Kurt Lewin. Sebagai refleksi ini, saya akan menganalisis hasil kerja murid sama ada
ia memberikan kesan kepada peningkatan kemahiran menyusun urutan nombor mengikut
tertib yang betul. Sekiranya aplikasi X-Bar ini tidak dapat membantu murid meningkatkan
kemahiran tersebut, saya akan membuat perancangan baharu untuk mengenalpasti
punca ketidakberkesanan tersebut dan mencari langkah baru untuk membantu murid
tersebut seperti inovasi baharu seperti penggunaan kit huruf dan sebagainya. Sebagai
contoh, analisis boleh dibuat daripada ralat yang sering dilakukan oleh murid semasa
menggunakan aplikasi X-Bar dan guru akan cuba menjelaskan kesalahfahaman murid
melalui ralat atau masalah yang dilakukan tersebut. Maka, sudah jelas bahawa peringkat
refleksi ini penting untuk menentukan bahawa kajian tindakan yang dibuat terhadap murid
tersebut sama ada berkesan atau tidak dan penambahbaikan lain yang boleh dibuat pada
aplikasi X-Bar tersebut sekiranya perlu.

Konklusinya, setelah memperoleh keberhasilan, penyelidik tidak boleh berhenti


setakat itu sahaja. Penyelidik hendaklah berkongsi sama tentang kajian yang telah
dijalankan dengan guru-guru yang lain agar mendapat pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan, efektif dan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa. Sebagai contoh,
sebarang dapatan kekuatan dan kelemahan MBPK tersebut semasa menggunakan
aplikasi X-Bar hendaklah dikongsikan dengan guru lain agar kaedah dan aplikasi tersebut
mungkin juga boleh dipraktikkan kepada murid lain yang mempunyai masalah sama
seperti masalah pada susunan nombor mengikut tertib. Oleh itu, peranan guru hendaklah
sentiasa kreatif dan afektif dalam menyampaikan pengetahuan kepada para murid
semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Anda mungkin juga menyukai