Anda di halaman 1dari 1

Ramai yang tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan

murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar mereka.
Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa
murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran perdana.  Kebanyakan guru
yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut di dalam kelas
mereka.  Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak mengajar
anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai persoalan
lagi.

Sebagai seorang guru pendidikan khas, bagaimana anda perlu meyakinkan guru aliran
perdana tentang pendidikan inklusif dengan mengaitkan aspek matlamat dan objektif  
pendidikan inklusif.  Panjang perkataan dalam 80-100 patah perkataan sahaja.

Sebagai seorang guru pendidikan khas , antara cara yang dapat dilakukan bagi meyakinkan guru
aliran perdana mengenai pendidikan inklusif ialah memberi penerangan kepada guru-guru aliran
perdana tentang hak serta peluang yang sama rata perlu disediakan kepada murid berkeperluan khas
(MBK) sama seperti murid-murid tipikal yang lain. Kekurangan dan kelainan upaya tidak seharusnya
menjadi faktor untuk didiskriminasikan. Tambahan lagi, sekiranya diberi peluang dan hak yang sama rata
kepada MBK, bukan sahaja guru dapat membantu mereka dari segi akademik, malah juga guru
berpeluang mencungkil bakat mereka yang mungkin tidak ada apa mana-mana murid tipikal.

Anda mungkin juga menyukai