Anda di halaman 1dari 5

PAMERAN ALAM & GURU 2021

CHERITERA ALAM

TEKS MODERATOR

NO MASA PERKARA/TEKS MODERATOR TINDAKAN /


PAPARAN DI
STREAMYARD
1 10.15am UCAPAN ALU-ALUAN EMCEE EMCEE
DR. HAIRUL FAIEZI
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera LOKMAN
Alhamdulillah di pagi yang berkat ini, dapat kita bersua
kembali dalam siri Pameran Alam & Guru bagi tahun 2021 dan JBI 1: MUHAMMAD
kali ini kita bersua secara maya buat julung-julung kalinya. HANAFI ISMAIL

Saya, Dr. Hairul Faiezi bin Lokman, akan bersama-sama anda


semua sepanjang masjlis perasmian Pameran Alam & Guru
2021 ini.

Sebagai pembuka kata, saya/kami mengalu-alukan kehadiran


Yang Berusaha Dr Rusmini Ku Ahmad, Rektor, Institut
Pendidikan Guru Malaysia,
Ybrs Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas,
Pn. Azlina Ahmad,
Ybrs Kurator Seni, Dr. Hazlin Anita Zainal Abidin dari Fakulti
Filem, Teater & Animasi, Universiti Teknologi MARA,
barisan pengkarya dan anda semua ke Pameran Alam & Guru
bagi tahun 2021 ini. Diharapkan pameran secara maya ini
memberi pengalaman baharu dan sebagai pembuka langkah
lebih jauh bagi kita dalam industri berkarya.

Oh ya, bersama-sama kita, diperkenalkan barisan siswa guru


IPG Ilmu Khas yang bertindak sebagai Jurubahasa Isyarat dan
dipimpin oleh Pn. Anita Sapura Saari, Pensyarah IPG Kampus
Ilmu Khas. Terima kasih diucapkan.

Sebelum kita melanjutkan majlis perasmian ini, marilah kita


bersama-sama menadah tangan memohon dari Yang Maha
Esa bagi keberkatan majlis ini. Oleh itu, saya menjemput
saudara Muhammad Hilmi Hakim bin Hidzir bagi memimpin
bacaan doa, dipersilakan..

2 10.25am BACAAN DOA MUHAMMAD HILMI


HAKIM B. HIDZIR

JBI 2:
MUHAMMAD HAZIQ
SHAHROL NIZAM

3 Terima kasih saudara Muhammad Hilmi Hakim bin Hidzir atas EMCEE
pimpinan bacaan doa sebentar tadi. DR. HAIRUL FAIEZI
LOKMAN
Para penonton sekalian,
Dikesempatan ini, izinkan saya menceritakan kembali JBI 1: MUHAMMAD
sorotan perjalanan Pameran Alam & Guru yang bermula dari HANAFI ISMAIL
tahun 2017 hingga kini. Pameran Alam & Guru yang julung kali
diadakan adalah hasil karya dari kalangan guru-guru
Pendidikan Seni Visual dari pelbagai peringkat sekolah dan
institusi Pendidikan dari seluruh Malaysia. Tujuan pameran ini
diadakan adalah sebagai salah-satu aktiviti yang mampu
merancakkan lagi kegiatan seni visual tanah air serta
memartabatkan lagi karya-karya guru Seni Visual ke peringkat
lebih tinggi. Pameran Alam & Guru yang dianjurkan oleh
Jabatan Pendidikan Seni Visual merupakan satu-satunya
platform yang menghimpunkan semua pelukis-pelukis dari
kalangan pendidik bagi mempamerkan karya seni mereka.

Tema Alam & Guru yang mendasari pameran ini menyajikan


satu wacana yang kental dengan nilai-nilai yang diinspirasikan
dari alam sebagai satu bentuk komunikasi visual yang
dipersembahkan dalam hasil karya dua dan tiga dimensi.

Pameran ini bertujuan menemukan ciri-ciri Empirisme


pengkarya tentang tabir alam dan sosok kehidupan yang
penuh dengan simbolisme pengajaran yang wujud di alam
yang terbentang luas ini.
Begitulah tingginya penghayatan tujuan Pameran Alam &
Guru yang telah diadakan sebelum ini.

Bagi pengetahuan penonton sekalian, setiap Pameran Alam &


Guru membawa tema tersendiri. Tahun 2017 dengan tema
Alam Takambang menjadi Guru, tahun 2019 dengan tema
Ilham Alam dan tema Pameran Alam & Guru kita pada kali ini
memfokus kepada ‘CHERITERA (Alam)’.

‘CHERITERA (Alam)’ membawa maksud menceritakan,


melukiskan, meniru, mewartakan, mirip berkata dan
meneruskan (DBP). Oleh itu, pengkarya bebas untuk
menghasilkan karya yang berbentuk pengkisahan, penceritaan
atau apa jua naratif yang menyentuh tenteng isu semasa
seperti kesan pandemik ke atas kehidupan, ikhtibar yang
boleh diambil, “wira yang tak didendang”. Alam yang bebas
dari pencemaran dan sebagainya. CHERITERA (Alam) juga
boleh menjadi penceritaan tentang alam itu sendiri bukan
hanya tentang isu kehidupan alam manusia semata-mata dan
bagi pengetahuan penonton sekalian, kelak kita akan bersama
panel-panel hebat yang akan membicarakan isu dan
pengalaman mereka berkisar tema pada kali ini.

Penonton yang dihormati,


Kini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Pn. Azlina, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan
Guru kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan..
Dipersilakan..

4 10.30am UCAPAN ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH TIMB. PENGARAH

JBI 3:
JULIA ANAK REGIE
5 Terima kasih diucapkan kepada Yberusaha Pn. Azlina, EMCEE
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru kampus Ilmu DR. HAIRUL FAIEZI
Khas atas ucapan alu-aluan sebentar tadi. LOKMAN

Kini, saya menjemput Yberusaha Dr Rusmini binti Ku Ahmad, JBI 1: MUHAMMAD


Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk HANAFI ISMAIL
menyampaikan sepatah dua kata dan sekaligus merasmikan
majlis perasmian Pameran Alam & Guru bagi tahun 2021.
Dipersilakan…

6 10.40am UCAPAN PERASMIAN REKTOR REKTOR

JBI 4:
FATIN NUT ATIKAH
SHUHAIMI
7 Terima kasih diucapkan kepada Yberusaha Dr Rusmini binti Ku EMCEE
Ahmad, Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia atas ucapan DR. HAIRUL FAIEZI
dan perasmian sebentar tadi. LOKMAN

Para penonton yang dihormati, JBI 1: MUHAMMAD


Bagi menyerikan lagi majlis perasmian Pameran Alam & Guru HANAFI ISMAIL
ini, marilah kita sama-sama menghayati video montaj
Pameran Alam & Guru bagi tahun 2021.

8 10.50am PEMBENTANGAN VIDEO MONTAJ DANIAL AJWAD

9 Sebentar tadi anda telah menyaksikan video pembentangan EMCEE


montaj Pameran Alam & Guru 2021. DR. HAIRUL FAIEZI
LOKMAN
Para penonton sekalian,
Sebelum ini kita bertuah kerana sepanjang berlangsungnya JBI 1: MUHAMMAD
Pameran Alam & Guru, kita berkesempatan bersama seorang HANAFI ISMAIL
seniman yang hebat iaitu Allahyarham En. Shahril bin Awang
yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan
industri seni ini.
Mengambil ….(tema arwah) sebagai inspirasi, karya-karya
beliau mempunyai identiti tersendiri dan dikagumi oleh rakan-
rakan sealiran yang lain.

Oleh itu, bagi memperingati perjalanan seni beliau, marilah


kita sama-sama menghayati video tribute kepada Allahyarham
En. Shahril bin Awang.
Dipersilakan..
10 10.55am VIDEO TRIBUTE ARWAH EN SHAHRIL BIN AWANG NICOLE & IZALEE

JBI 5:
MUHAMAD
AMSYAR ZAMANI
11 Saya juga mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama EMCEE
memberi penghormatan sebentar bagi memperingati DR. HAIRUL FAIEZI
Allahyarham En Shahril bin Awang. LOKMAN
Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk beliau.
JBI 1: MUHAMMAD
Al-Fatihah.. HANAFI ISMAIL

12 Terima kasih semua.. EMCEE


Kini, tibalah saat yang ditunggu-tunggu.. DR. HAIRUL FAIEZI
LOKMAN
Para penonton sekalian,
Dipersembahkan buat julung-julung kalinya.. JBI 1: MUHAMMAD
Marilah kita bersama-sama menyaksikan karya-karya hebat HANAFI ISMAIL
dari Pameran Alam & Guru tahun 2021 secara maya dan sekali
lagi pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Kurator Seni Dr. Hazlin Anita dan pasukannya yang sama-sama
membantu merealisasikan Pameran Alam & Guru secara maya
ini. Terima kasih Dr.

Bersedia penonton semua?? ..


Dipersilakan..

13 11.00am VIDEO MAYA PAMERAN ALAM & GURU 2021 DR. HAZLIN ANITA &
UNIT ICT
14 Itu dia para penonton sekalian.. EMCEE
Dapat kita lihat betapa hebat dan mantapnya karya-karya DR. HAIRUL FAIEZI
yang dipersembahkan tadi. Tepuk la sikit.. LOKMAN

Untuk makluman semua, karya-karya tadi boleh didapatkan JBI 1: MUHAMMAD


melalui tempahan karya yang diuruskan oleh IPGKIK. Jadi, HANAFI ISMAIL
jangan buang masa, capai telefon dan segera buat tempahan
sekarang melalui nombor yang tertera atau melalui alamat
email yang disediakan.

15 PAPARKAN NAMA DAN EMEL UNTUK DIHUBUNGI JBI 5:


En. Salehuddin Zakaria MUHAMAD
( Pengerusi Pameran AG2021) AMSYAR ZAMANI
salehuddin@ipgkik.edu.my

Pn. Nor Azizah Atan


(Setiausaha)
nor_azizah@ipgkik.edu.my
16 Penonton sekalian, EMCEE
Dengan ini, majlis perasmian Pameran Alam & Guru 2021 DR. HAIRUL FAIEZI
berada di penghujung acara. LOKMAN

Namun, ia tidak berakhir begitu sahaja. Seperti yang JBI 6: MUHAMMAD


dimaklumkan awal tadi, pameran ini akan berlangsung selama HANAFI ISMAIL
2 minggu dengan diiringi slot Bicara Seni yang akan
berlangsung pada 20 November dan 4 Disember 2021 ini. Bagi
penonton yang berkelapangan, bolehlah terus mengikuti
Bicara Seni yang akan dibicarakan oleh barisan panel yang
cukup hebat dari dulu, kini dan selamanya.
17 11.30am PROMOSI BICARA SENI MELCOM

JBI 5:
MUHAMAD
AMSYAR ZAMANI
18 Semoga majlis perasmian Pameran Alam & Guru dan slot EMCEE
Bicara Seni ini dapat memberi manfaat kepada para penonton DR. HAIRUL FAIEZI
khususnya warga IPG dan juga kepada warga pendidik semua. LOKMAN

Penonton sekalian, JBI 1: MUHAMMAD


Maaf dipinta seandainya sepanjang saya mengendalikan HANAFI ISMAIL
majlis perasmian Pameran Alam & Guru 2021 ini ada tersalah
bicara atau tersalah tingkah laku. Insya’Allah kita akan bersua
lagi dan pastinya teruja bekerjasama dalam pelbagai program
pendidikan pada masa akan datang.

Sekian,
Wabilahitaufikwalhidayah wassalamualikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai