Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS

PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN AKHIR JUN 2022 (UJIAN TERBUKA-OBT)

PROGRAM
PISMP
(Programme)
AMBILAN
JUN 2019
(Intake)
SEM
7
(Sem)
ANGKA GILIRAN
2019172340118
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN
981114-03-6193
(Identity Card No.)
KOD KURSUS PKDK3123
(Course Code)
NAMA KURSUS
BUDAYA PEKAK DAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA
(Course Title)
TARIKH
PEPERIKSAAN 8 JUN 2022
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja

Bahagian / No Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah


Soalan

Jumlah
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

BAHAGIAN A

1) Jaringan organisasi kesukarelawanan atau Voluntary Organizational Networks


ditubuhkan untuk mewakilkan suara orang Pekak bagi memperjuangkan hak dan
keperluan mereka. Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) ini sangat penting untuk
memastikan hak dan kewujudan golongan Pekak terpelihara dalam negara pada hari ini.
Antara bukti aktiviti yang dijalankan oleh NGO yang dapat membantu meningkatkan kualiti
hidup golongan pekak adalah melalui usaha menyediakan perkhidmatan jurubahasa
isyarat secara percuma dalam membantu melancarkan kehidupan seharian orang Pekak.
Kepentingan jurubahasa isyarat ini tidak boleh dinafikan sangat penting bagi golongan
Pekak terutamanya dalam membantu komunikasi bagi urusan perubatan, mahkamah, dan
pelbagai lagi urusan-urusan rasmi yang lain. Contohnya, jurubahasa isyarat disediakan
oleh pihak Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bagi membantu orang Pekak yang
terlibat dalam kes mahkamah seperti urusan pembahagian harta, penceraian,
pendakwaan jenayah dan sebagai.

Selain itu, NGO ini juga bertungkus lumus dalam membantu meningkatkan kualiti
hidup golongan Pekak juga dengan mewujudkan pelbagai bengkel dan program khusus
seperti kelas asas bahasa isyarat secara percuma kepada golongan bukan Pekak untuk
memberi pendedahan dan melatih mereka supaya dapat menguasai asas-asas dalam
bahasa isyarat. Penguasaan asas bahasa isyarat dalam kalangan bukan Pekak ini amat
penting bukan sahaja untuk memberi kesedaran kepada mereka akan kewujudan komuniti
Pekak, namun juga penting agar mereka dapat membantu komuniti Pekak di luar sana
dalam urusan harian mereka sekiranya perlu di masa akan datang. Sebagai contoh, MFD
juga telah mewujudkan satu kursus asas bahasa isyarat atas talian iaitu Openlearning-
Bahasa Isyarat Malaysia Asas 1 dimana masyarakat Malaysia boleh akses dan
mempelajari bahasa Isyarat dengan mudah dari rumah mereka masing-masing dengan
fleksibiliti masa yang tersendiri.

Seterusnya, aktiviti yang dijalankan oleh NGO dalam usaha membantu orang
Pekak ini juga adalah seperti melaksanakan aktiviti Qiam bersama orang Pekak dan
ceramah-ceramah berkaitan dengan agama Islam. Hal ini penting kerana, agama Islam
merupakan tuntutan bagi seluruh umat manusia bukan sahaja bagi masyarakat bukan
Pekak, malah orang Pekak juga mempunyai hak untuk mendapatkan ilmu agama dan
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

keindahan beragama. Sebagai contoh, setiap tahun pada 10 malam terakhir di bulan
Ramadan, NGO seperti PKOPK dan Seputeh akan berkolaborasi bersama AJK Masjid
Negara untuk melaksanakan aktiviti Qiam bersama orang Pekak dan segala kemudahan
jurubahasa isyarat, makan minum dan tempat tinggal disediakan sepanjang program
berlangsung bagi memastikan golongan Pekak ini memperoleh ilmu-ilmu agama, sirah-
sirah berkaitan nabi serta merasai pengalaman berqiam bagi mencari Lailatul Qadar.

Akhir sekali, aktiviti bagi mempelajari al-Quran juga dijalankan oleh NGO bagi
meningkatkan kualiti hidup golongan Pekak. Sebagaimana pentingkan seseorang individu
untuk menguasai kemahiran membaca bahasa Melayu, begitu juga lah penting bagi
mereka untuk menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan betul. Maka, orang
Pekak juga mempunyai hak untuk mempelajari al-Quran sama seperti masyarakat bukan
Pekak yang lain. Oleh itu, usaha yang kritis telah dilaksanakan oleh NGO seperti Yayasan
Faqeh dan Ibnu Maktum USIM dalam menyediakan kaedah pembelajaran al-Quran
menggunakan bahasa Isyarat kepada golongan Pekak bagi memberi mereka peluang
untuk merasai nikmat menjadi seorang muslim..

Konklusinya, tidak boleh dinafikan bahawa pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh
NGO di Malaysia dalam meningkatkan kualiti hidup orang Pekak serta memberi kesedaran
juga kepada golongan bukan Pekak akan kewujudan insan istimewa ini. Maka, sebagai
rakyat dan individu yang bertanggungjawab, wajarlah kita untuk mengambil peluang dalam
mempelajari bahasa Isyarat sebagai persediaan untuk membantu komuniti Pekak di masa
akan datang.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

BAHAGIAN B

2)
1) Bangsa – Kedua belah tangan “B” paras kiri kanan bahu tapak menghadap dalam,
lalu dibawa ke bawah hingga paras perut
2) Merdeka – Tangan kanan S bergerak dari paras bahu ke atas.
3) Gagah – Tangan kanan “S” lengan lurus, serong ke kanan bawah, lalu lengan
dibengkokkan supaya tapak menghadap kiri
4) Dari – Tangan kiri “D” tangan kanan “X” tapak ke kiri hujung jari dikenakan pada
hujung jari tangan kiri, lalu “X” direnggangkan dari “D”
5) Banyak – Kedua-dua belah tangan “S” tapak ke atas lalu digerakkan ke atas
sambal kedua-dua belah tangan terbuka menjadi “5”
6) Negara – Tapak tangan “5” diletakkan di hujung siku kiri, kemudian dipusingkan
ke arah jam sebanyak 2 kali
7) Dunia – Tangan kanan “D” diletakkan di atas tangan kiri “D” kemudian
dipusingkan kehadapan membentuk kedudukan yang asal.
8) Kongsi – Tapak tangan kanan “5” disilangkan di atas tangan kiri antara ibu jari dan
jari telunjuk, kemudian gerakkan tangan tangan kanan kehadapan dua kali.
9) Maju – Tangan kanan dan kiri: Kedua-dua ‘tapak buka’ melangkah ke atas satu
demi satu secara bergilir-gilir.
10) Walaupun – Kedua-dua belah tangan “9” tapak menghadap satu sama lain, lalu
digerakkan naik dan turun bergilir-gilir.
11) Perbezaan – Kedua-dua belah tangan “1” jari disilangkan kemudian digerakkan
ke atas kiri kanan bahu sambal hujung jari menghala ke atas.
12) Kita – Jari telunjuk menunjukkan ke bawah (paras bawah dada) kemudian
bergerak secara bulatan.
13) Jadi – Tangan kanan dan kiri: Tapak kanan diletakkan pada atas tapak kiri lalu
dikisarkan supaya tapak kiri berada di atas tapak kanan.
14) Kerana – Tangan kanan: L kenakan pada dahi lalu ditarik ke kanan dan menjadi
A.
15) Setia – Tangan kanan “S” tapak ke kiri di tengah dahi lalu turunkan ke bawah
melengkung dan ke depan
16) Dirobohkan – Tangan kanan: ) bergerak melengkung ke atas lalu menjadi 5.
17) Warna – Tangan kanan “5” tapak megnhadap dalam hujung jari di depan dagu
lalu gerakkan semua jari ke depan ke belakang, satu persatu.
18) Kepercayaan – Tangan kanan: 1 berada di dahi kanan lalu diturunkan dan
menggenggam tapak kiri.
19) Anak – Kedua-dua tangan terbuka tapak menghadap atas, tangan kanan di atas
tangan kiri di tepi perut, lalu di gerakkan ke kiri dan kanan seperti membuai bayi.
20) Malaysia – Tangan kanan dan tangan kiri berbentuk “5” diletakkan di sisi kiri dan
kanan kepala kemudian gerakkan atas dan bawah secara bersilangan.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

3. Resepi untuk membuat Nasi

Goreng Cina amatlah mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah

3 sudu besar minyak masak, ,


NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

4 ulas bawang putih

3 biji telur,

4 cawan nasi,
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

100g kacang panjang,

1 biji lobak merah,

2 sudu besar sos tiram,

SOS TIRAM
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

1 sudu besar cukup rasa

1 sudu kecil gula,


NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

dan 2 sudu lada putih.

Jom kita mulakan!

Langkah 1 : Panaskan kuali

dan masukkan minyak,


NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

tumiskan bawang putih

Langkah 2: Masukkan telur,

Gaul rata.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

Langkah 3: Masukkan kacang panjang,

lobak merah, nasi, Cukup Rasa,

, ,

gula dan lada putih.


NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

Gaulkan rata dan hidang panas.


NO. ANGKA GILIRAN : 2019172340118 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKDK3123

Langkah 4: Rasa nasi

goreng Cina anda dahulu

dan tambahkan Cukup Rasa

Anda mungkin juga menyukai