Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

“WE LEAD BAJAU”

TARIKH:

2 & 3 NOVEMBER 2017

TEMPAT:

DK FOYER USM

ANJURAN:

KUMPULAN 20 (SHE101)
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon kelulusan bagi menjalankan aktiviti
temuramah berserta pameran mengenai etnik Bajau. Selain itu, program ini bertujuan
untuk mendedahkan kepada seluruh warga kampus Universiti Sains Malaysia(USM)
serba sedikit tentang etnik Bajau serta mendapatkan info-info yang lebih sahih berkaitan
etnik tersebut daripada mahasiswa USM yang mana secara tidak langsung merupakan
penduduk asal etnik Bajau.

2.0 PENGENALAN

Program “We Lead Bajau” ini bertujuan untuk mendedahkan kepada seluruh warga
kampus USM serba sedikit mengenai etnik Bajau. Program ini juga akan memberi
peluang kepada mahasiswa/wi USM untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang
budaya, pendidikan, ekonomi serta sejarah etnik Bajau. Selain itu, program ini juga
sangat mengalu-alukan mahasiswa/wi USM yang mana berasal etnik Bajau sendiri turut
serta dalam menjelaskan lagi tentang etnik mereka dengan lebih mendalam dan terperinci.

3.0 LATAR BELAKANG AKTIVITI

Aktiviti utama yang akan dilakukan ialah pameran mengenai etnik Bajau serta sesi
temuramah bersama mahasiswa/wi yang berasal dari etnik Bajau. Tempoh pameran dan
temuramah hanya mengambil masa selama dua hari. Selain itu, aktiviti ini akan
berlangsung di DK Foyer USM bersebelahan dengan Dewan Tun Syed Putra (DTSP).

4.0 OBJEKTIF PROGRAM


4.1 Memberi pendedahan tentang etnik Bajau kepada warga USM.

4.2 Mengumpulkan maklumat yang lebih sahih daripada masyarakat Bajau secara
langsung.

4.3 Mengajar dan mengasah keyakinan diri dalam setiap ahli.

4.4 Menanam sifat kemasyarakatan dalam diri setiap ahli dan mahasiswa/wi USM.

4.5 Meningkatkan kerjasama dan kesepakatan antara ahli.

5.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN HASIL KAJIAN

Kepentingan projek ini sudah tentunya bagi memberi kesedaran kepada warga USM akan

kewujudan masyarakat Bajau yang mana kaum tersebut yang membuatkan negara Malaysia
masyhur sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Projek ini juga menerangkan
bahawa walaupun etnik Bajau bukan etnik dominan di negara ini, tetapi etnik ini memainkan
peranan penting dalam mengekalkan kestabilan negara Malaysia.

6.0 KAEDAH PENYELIDIKAN & JANGKAAN HASIL PROJEK

Kaedah yang digunakan oleh kami dalam penyelidikan ini ialah dengan cara menemubual

beberapa mahasiswa/wi yang mana berketurunan Bajau. Oleh itu, maklumat dan hasil yang
kami akan perolehi semestinya sahih dan benar. Selain itu, projek ini menetapkan matlamat
untuk memberi pendedahan yang mendalam tentang etnik Bajau di Sabah kepada seluruh
warga USM.

7.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

❖ TARIKH : 2 & 3 NOVEMBER 2017.


❖ HARI : KHAMIS & JUMAAT.
❖ TEMPAT :.DK FOYER UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

(rujuk lampiran A)

9.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Di samping itu, juga diharapkan agar setiap ahli jawatankuasa pelaksana
dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya. Kami
juga berharap agar kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan memperoleh dana
seperti yang dipohon. Setinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan Oleh,

-------------------------------------
( MUHAMMAD HANAFI BIN ISMAIL )
SETIAUSAHA,
KUMPULAN 20 SHE101,
KAMPUS PULAU PINANG,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
LAMPIRAN A
PENYELARAS :

PENGARAH PROJEK :

TIMB. PENGARAH PROJEK :

S/U PROJEK :

MUHAMMAD HANAFI BIN ISMAIL

BENDAHARI PROJEK:

AHLI JAWATANKUASA :

BIRO AKTIVITI : 1.

2.

BIRO MAKANAN : 1.

BIRO PAMERAN : 1.

Anda mungkin juga menyukai