Anda di halaman 1dari 16

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU


KHAS, 56000 KUALA LUMPUR

Nama Pelajar MUHAMMAD HANAFI BIN ISMAIL

Angka Giliran 2019172340118

No Kad Pengenalan 981114-03-6193

Kumpulan / Unit PT4S1-2

Kod Kursus
EDUP3083
Nama Kursus Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Guru

Nama Pensyarah
PUAN NOOR FITRIYATI BINTI ABDUL SAMAD
Tarikh Hantar 16 MAC 2021

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ........................................................................................................... 1

2.0 CIRI-CIRI GURU PROFESIONAL .............................................................................. 1

3.0 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN PROFESIONAL DALAM MELAKSANAKAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN ................................................. 2

4.0 CABARAN SEMASA YANG DIHADAPI OLEH GURU BUKAN OPSYEN DALAM

MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH ............................ 2

5.0 ISU-ISU PERUNDANGAN YANG BERKAITAN DENGAN KERJAYA GURU .................... 3

6.0 PENUTUP .................................................................................................................. 4

RUJUKAN ............................................................................................................................. 5

LAMPIRAN A : Transkrip Temu bual ..................................................................................... 6

i
LAPORAN TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN

KHAS KELANTAN, JALAN HOSPITAL LATI, PASIR MAS

1.0 PENGENALAN

Pada 26 September 2022, penulis telah menjalankan sesi temu bual atas talian menerusi
aplikasi Zoom bersama guru besar (GB) dari Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra
(SKTIP) untuk berkongsi pengalaman mereka tentang ciri-ciri guru profesional dalam
melaksanakan PdP yang berkualiti di sekolah. Seterusnya, tafsiran analisis fenomenologi
digunakan untuk menganalisis data, untuk memahami pandangan responden. Temu bual ini
dilaksanakan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tugasan kursus EDUP 3083 Asas
Kepimpinan dan Pembangunan Professional Guru. Responden yang ditemu bual mempunyai
pengalaman sebagai pendidik dan pentadbir selama 15 tahun. Temu bual adalah berbentuk
separa berstruktur untuk membolehkan penulis melakukan penyoalan yang lebih mendalam
berdasarkan jawapan yang dikemukakan oleh responden (rujuk Lampiran A)

2.0 CIRI-CIRI GURU PROFESIONAL DALAM MELAKSANAKAN PdP YANG BERKUALITI

Berdasarkan dapatan temu bual separa berstruktur bersama Cikgu Hasnah atau panggilan
mesranya Cikgu Ted, responden mengemukakan tiga ciri-ciri guru profesional melalui
pengalaman responden sebagai pendidik dan pentadbir sekolah.

Antara ciri guru profesional yang dikemukakan oleh responden adalah guru yang
bersifat autonomi sebagai pendidik. Hal ini demikian kerana, menurut responden
kebanyakkan guru hari ini hanya memandang kerjaya guru hanya sebagai kakitangan
kerajaan atau government servant bukanlah sebagai pendidik yang berautonomi atau
autonomous educator. Responden menyatakan lagi bahawa jati diri guru yang tidak utuh
sebegini memberi kesan kepada kompetensi mereka terutamanya dalam pelaksanaan PdP
yang berkualiti kepada murid-murid di sekolah. Contoh petikan adalah seperti berikut:

“kebanyakkan guru-guru muda zaman sekarang tiada autonomi dan jati diri sebagai pendidik.
Mereka hanya clock in dan clock out sahaja, namun niat dan keinginan untuk mendidik anak
bangsa semakin berkurang berbanding guru-guru yang lampau.”

Dapatan temu bual ini disokong oleh Savira dan Khoirunnisa (2018) yang menyatakan
bahawa kebanyakkan guru cenderung untuk menganggap diri mereka sebagai kakitangan
kerajaan lebih tinggi berbanding sebagai pendidk yang berautonomi. Guru yang profesional

3
juga disifatkan sebagai kompeten, melalui keberkesanan dan kecekapan menjalankan
peranan mereka sebagai pendidik (Dessler, 2011).

Selain itu, menurut responden juga menyatakan ciri guru yang professional adalah
mereka memberi penekanan kepada keberkesanan kemahiran pedagogi dan cekap dalam
melaksanakan PdP. Kecekapan mereka dalam melaksanakan PdP membolehkan mereka
mempelbagaikan strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran seperti pendekatan bertema,
modular, berasaskan projek, pembelajaran terbeza dan sebagainya. Kecekapan guru ini juga
membantu mereka melaksanakan PdP menerusi situasi yang berbeza seperti waktu
pandemik COVID-19, waktu murid-murid meragam atau beremosi, waktu diambang ujian
peperiksaan dan lain-lain. Contoh petikan responden adalah seperti berikut:

“guru perlu cekap dan kreatif dalam memberi penekanan kepada pedagogi dan pelaksanaan
PdP. Terutamanya pada waktu pandemik COVID-19 tempoh hari guru diperkenalkan dengan
pelaksanaan Catch-Up Plan (CUP), situasi ini jelas memerlukan kreativiti guru dalam
mempelbagaikan strategi pengajaran seperti pendekatan modular, pembelajaran terbeza dan
sebagainya.”

Dapatan temu bual ini dipersetujui oleh Savira dan Khoirunnisa (2018} yang
menyatakan bahawa kebanyakkan guru yang professional didapati memberi penekanan
kepada kemahiran dan kecekapan pedagogi. Tambahan lagi, Naquiah Nahar & Jimaain Safar
(2017) menyatakan bahawa penguasaan pengetahuan guru dalam kandungan subjek sangat
mempengaruhi amalan pengajarannya. Responden juga menyatakan sesetengah guru
mempunyai pengetahuan yang terbatas terhadap mata pelajaran yang menyebabkan
keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tidak tercapai.

Akhir sekali, berdasarkan pendapat responden juga, ciri guru yang profesional ialah
guru yang berupaya dan mampu untuk menentukan hasil pembelajaran dengan baik.
Kebolehan untuk menentukan hasil pembelajaran bukanlah suatu perkara yang mudah,
malah memerlukan guru untuk membuat satu perancangan yang rapi berkaitan dengan
proses PdP di dalam bilik darjah bersesuaian dengan minat dan tahap kebolehfahaman
murid sehingga mencapai hasil akhir PdP yang diingini pada hari tersebut. Contoh petikan
responden adalah seperti berikut:

“guru yang profesional juga perlu merancang hasil pembelajaran yang diingini dengan
baik bukan hanya sekadar menghabiskan silibus namun inputnya pada murid adalah kosong.
Sifat melepaskan batuk di tangga sebegini tidak wajar dicontohi.”

Dapatan temu bual disokong oleh beberapa pengkaji yang lampau, guru profesional
dikenal pasti melalui keupayaan mereka memainkan peranan penting dalam menentukan
hasil pembelajaran (Osmond-Johnson, 2015; Harisman et al., 2019).

4
3.0 PERANAN PEMIMPIN PROFESIONAL DALAM MENANGANI ISU DAN CABARAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN MASA KINI.

Dunia sekarang yang volatile, uncertain, complex, ambiguous (VUCA) memerlukan pemimpin
sentiasa bersiap sedia, peka terhadap perubahan dan dinamik dalam pengurusan dan
kepimpinan terutamanya dalam bidang pendidikan. Contoh petikan seperti berikut:

“Dunia yang terjejas dengan pelbagai krisis dan baru-baru ini pandemik COVID-19 menjadi
semakin mencabar dan kompleks. Dengan keadaan dunia yang semakin terjejas ini, sebarang
perubahan dan perancangan yang dibuat perlu bersifat mudah ubah (agility)”

Ini bermakna setiap peranan pemimpin professional perlu berubah mengikut keperluan
semasa dan transformasi pendidikan masa kini.

“The greatest danger in times of turbulence is not the turbulence. It is to act with
yesterday’s logic.”

(Drucker, 2017)

Pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek apabila berhadapan dengan dunia
yang berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa jua keadaan (Drucker, 2017). Hal ini
demikan kerana, pemimpin professional berperanan yang sangat penting dan efektif sebagai
agen perubahan dalam menangani isu dan cabaran transformasi pendidikan masa kini
terutamanya dalam melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran guru serta umumnya
dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Responden merupakan salah satu individu yang tergolong dalam kumpulan pemimpin
professional. Kepimpinan responden merupakan agen transformasi yang terlibat secara
langsung dalam menjayakan anjakan ketujuh dalam (PPPM 2013-2025) iaitu
memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah. Hal ini kerana,
kejayaan sekolah berkait rapat dengan amalan kepimpinan yang diterapkan responden.
Kepimpinan seseorang guru besar harus mengambil tahu apakah peranan yang mereka
perlu terapkan dalam organisasi sekolah bagi merealisasikan penggunaan ICT secara
maksimum (Moreira, Rivero, & Alonso, 2019). Peranan pemimpin professional dalam
mengetuai dan mencetus penerapan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mampu
meningkatkan pengintegrasian ICT di sekolah. Pengintegrasian ICT di sekolah ini selari
dengan cabaran transformasi pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) iaitu
meningkatkan penglibatan kursus melalui dalam talian dan mobiliti merentas sempadan, serta
menyediakan guru dengan pengetahuan ICT melalui peningkatan kecekapan guru untuk
menangani keperluan khusus (Mustafa, 2018). Oleh itu, bagi menghadapi cabaran
transformasi pendidikan, responden perlu cekap dan berupaya untuk menyuntik semangat
serta motivasi guru-guru bagi mengintegrasi ICT dalam PdP supaya menjadi lebih menarik
5
dan interaktif.

Selain itu, responden yang merupakan pemimpin profesional juga berperanan penting
berfungsi sebagai fasilitator kepada guru-guru novis yang lain. Menurut Fullan (2001),
peranan pemimpin pendidikan dalam membuat perubahan boleh dijana dan dilestarikan
dalam lima tindakan yang berikut iaitu menyelesaikan masalah persekitaran yang kompleks,
mengamalkan komunikasi berkesan, mempunyai fleksibiliti, mengaplikasikan teknologi terkini
dan menggabung konsep lama dan baharu. Salah satu tindakan ini disokong oleh Hall dan
Hord (2014) yang menjelaskan bahawa dalam menangani isu dan cabaran transformasi
pendidikan, pemimpin professional perlu menjadi fasilitator melalui dimensi keprihatinan
kepada orang lain, kecekapan organisasi dan strategi perubahan. Contoh petikan seperti
berikut:

“pemimpin professional perlu menjadi fasilitator kepada guru-guru biasa. Sebagai contoh,
sekarang kerajaan sedang gagaskan dasar bagi pelaksanaan program TS25, betul? program
ini memerlukan guru besar menunjukkan sepenuh keprihatinannya terhadap guru-guru novis
dengan memberikan mereka bimbingan akan cara pelaksanaan TS25 tersebut.”

Antara cabaran lain dalam transformasi pendidikan masa kini adalah dengan
pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang merupakan salah satu inisiatif
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan dan penglibatan pembelajaran murid yang aktif yang
disokong oleh kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru-guru yang kompeten,
beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu. Justeru itu, kepimpinan yang berkesan
melalui responden yang berperanan sebagai fasilitator, responden dapat membantu guru-
guru untuk meningkatkan komitmen dan prestasi dalam mencapai 100% p2englibat selaras
dengan hasrat KPM.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, pemimpin yang profesional dan guru yang berkomitmen merupakan tonggak
utama dalam meningkatkan keberhasilan murid selari dengan transformasi pendidikan yang
kian mencabar. Oleh itu, beberapa aspek perlu diteliti untuk meningkatkan komitmen guru
terhadap organisasi, profesion, murid dan PdPc.

6
RUJUKAN

Dessler, G. (n.d.). Human Resource Management. 2011: Pearson Education Limited,


Upper Saddle River.
Drucker, P. F. (2017). The practice of management. New York: Harper.
Fullan. (2001). The change leader. Educational Leadership, 50(8): 15-20.
Hall, G., & Hord, S. (2014). Implementing change: Patterns, principles, and potholes (3rd
ed.). MA: Allyn and Bacon.
Harisman, Y., Kusumah, Y. S., and Kusnandi, K. (2019). How Teacher Professionalism
Influences Student Behaviour in Mathematical Problem-Solving Process. J. Phys.
Conf. Ser, 1188 (1), 012080.
Moreira, M. A., Rivero, V. M. H., & Alonso, J. J. S. (2019). Leadership and school
integration. Teachers perceptions in Spain: Education and Information
Technologies, 24(1),.
Mustafa, Z. (2018). Asean experience for IR 4.0. Retrieved from New Straits Times:
https://www.nst.com.my/education/2018/05/369959/asean-experience-ir-40
Naquiah Nahar, & Jimaain Safar. (2017). Penguasaan Pengetahuan Kandungan :
Pemangkin. Technical and Social Science Journal, 45-59.
Osmond-Johnson, P. (2015). Supporting Democratic Discourses of Teacher
Professionalism: The Case of the alberta Teachers's Association. Can. J. Educ.
Adm. Pol., 171 (1), 1–27.
Savira, S. I., and Khoirunnisa, R. N. (2018). Understanding How Teacher Perceived
Teaching Professionalism. 1st International Conference on Education Innovation
(ICEI 2017) (pp. 173, 294–297). Atlantis Press.

7
LAMPIRAN A : Transkrip Temu bual

TRANSKRIP TEMU BUAL SEPARA BERSTRUKTUR

Nama : Puan Hasnah binti Shaa’ri

Pengalaman mengajar : 15 tahun

Jawatan : Guru Besar

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra

Rajah 1

Petunjuk

Bilangan
Soalan Kod
Soalan
S1 Ciri-ciri guru yang profesional. CGP
(Ciri Guru Profesional)
S2 Apakah peranan guru sebagai seorang PP
pemimpin profesional dalam melaksanakan (Pemimpin Profesional)
pembelajaran berkesan?

8
Rajah 2

Transkripsi Data Temu Bual Bersama Guru

TRANSKRIPSI TEMU BUAL KOD


P : Bismillahirramanirrahim. Assalamualaikum Puan Ted. Okay,
pertama sekali nama saya Muhammad Hanafi bin Ismail dan saya
merupakan siswa guru tahun akhir opsyen Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran di IPG Kampus Ilmu Khas. Jadi sebelum
kita meneruskan sesi temu bual kita pada hari ini, boleh cikgu
memperkenalkan diri cikgu dahulu?
R : Ok terima kasih nafi. Nama saya cikgu Hasnah binti Shaa’ri
atauboleh panggil cikgu Ted, dari Sekolah Kebangsaan Tengku
Indera Petra. Saya juga merupakan guru besar di sekolah ini.
P : Ok, terima kasih cikgu Ted. Berapa lama cikgu berkhidmat
sebagai pendidik?
R : SKTIP ini merupakan sekolah keempat saya ditempatkan dan
hampir 15 tahun saya berkhidmat sebagai guru besar sejak saya
ditempatkan.
P : Baiklah, sangat menarik. Walaupun sudah 15 tahun cikgu
berkhidmat sebagai pendidik yang bukan opsyen di sekolah
tersebut, saya pasti cikgu sudah terbiasa dengan isu-isu yang
sering dibangkitkan di sekolah atau dalam bidang pendidikan ini.
Bagi soalan pertama ini, pada pendapat cikgu, apakah ciri-ciri
guru profesional?
R : Ok. Pada pendapat saya berkenaan ciri-ciri guru profesional yang
pertama adalah seseorang guru itu perlu menguasai tentang
subjek yang akan diajar. Sekiranya guru tidak kuasai dalam
topik topik subjek, bagaimana guru itu dapat menyampaikan
pengajaran untuk subjek tersebut. Oleh itu, ini adalah ciri paling
utama sekali guru itu perlu ada. Seterusnya, guru yang profesional
perlu mahir dalam pedagogi atau Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) tersebut. Sebagai contoh, guru perlu menggunakan pelbagai
strategi atau pendekatan untuk menarik minat murid bag
R :

9
Ok. Pada pendapat saya berkenaan ciri-ciri guru profesional yang
pertama adalah seseorang guru itu perlu menguasai tentang
subjek yang akan diajar. Sekiranya guru tidak kuasai dalam topik-
topik subjek, bagaimana guru itu dapat menyampaikan pengajaran
untuk subjek tersebut. Oleh itu, ini adalah ciri paling utama sekali
guru itu perlu ada. Seterusnya, guru yang profesional perlu mahir
dalam pedagogi atau Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
tersebut. Sebagai contoh, guru perlu menggunakan pelbagai
strategi atau pendekatan untuk menarik minat murid bagi

10
menguasai topik subjek yang diajar. Antara strategi seperti
berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan.
Pada pendapat saya, strategi berpusatkan murid dan berpusatkan
bahan lagi menarik kerana mempunyai komunikasi dua hala di
samping dapat menggunakan bahan maujud kepada murid. Oleh
itu, strategi ini dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan CGP
murid tentang topik yang disampaikan. Seterusnya, guru
professional perlu mahir dalam penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sebagai contoh, proses PdP
sekarang lebih kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPr). Oleh itu, guru perlu kuasai penggunaan ICT untuk menjadi
satu medium dalam penyampaian pengajaran untuk mengatasi
keciciran ilmu pengetahuan kepada murid. Hal ini kerana kekangan
untuk sesi PdP bersemuka kerana Pandemik Covid-19 yang
menyebabkan PdP, Kuiz dan pentaksiran dijalankan secara atas
talian.
P : Saya tertarik dengan penerangan guru berkaitan TMK kepada
murid. Oleh itu, cikgu sebagai guru Pendidikan Khas yang
mengajar Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini, bagaimana
penerapan TMK didedahkan kepada MBK?
R : Sebenarnya, MBK di SKPK ini mempunyai subjek TMK yang mana
guru akan memberikan pendedahan kepada mereka untuk
menggunakan alat elektronik asas seperti mesin pencetak. Di
samping itu, mereka juga diberikan pendedahan penggunaan dari
segi rangkaian internet untuk mencari maklumat secara atas talian
seperti Chrome dan Google.
P : Ini bermakna MBK di sekolah tersebut tiada masalah dalam
penggunaan alat elektronik dan dapat mengikuti PdP secara atas
talian dengan baik.
R : Ya betul. Mereka dapat ikuti setakat ini tapi masih memerlukan
bantuan ibu bapa.

11
R : Seterusnya, kita juga tahu bahawa guru itu adalah akar tunjang
dalam keberkenan pembelajaran murid di sekolah. Soalan kedua
daripada saya kepada cikgu, apakah peranan guru sebagai
seorang pemimpin profesional dalam melaksanakan
pembelajaran berkesan?

12
P : Baiklah, saya mahu fokuskan pada PdPr bagi menjawab soalan ini.
Peranan guru sebagai seorang pemimpin profesional ini adalah
dengan merancang melalui pemilihan medium yang sesuai PP
untuk MBK semasa PdP atas talian. Sebagai contoh
penggunaan google meet, google classroom, canva dan
sebagainya. pemilihan medium ini supaya pross PdP tetap
berlangsung untuk mengelak keciciran dalam kalangan murid.
Tetapi, MBK mempunyai murid yang lemah, oleh itu guru
pendidikan khas berperanan dengan merancang PdP untuk
mereka seperti penyediaan video pengajaran. Hal ini kerana PP
murid lemah sukar menggunakan alat digital. Maka video
pengajaran ini dapat membantu mereka menyiapkan tugasan atau
lembaran kerja.

Seterusnya, guru juga berperanan untuk menjalankan PdP atas


talian mengikut kesesuaian waktu kerana MBK memerlukan
bimbingan ibu bapa untuk menggunakan alat digital. Oleh itu, guru
perlu berbincang dengan ibu bapa dan membuat keputusan PP
yang memudahkan kepada semua pihak. Maka, penting
hubungan guru dan ibu bapa untuk menjalankan PdPr kepada
MBK supaya pembelajaran bermakna dapat dicapai. Keadaan ini
mewujudkan satu kolaborasi antara guru dan ibu bapa.

P : Oh begitu. Jadinya, guru sebagai pemimpin dalam perlaksanaan


PdP perlu memiliki kemahiran dalam merancang, mengelola,
mengarah dan mengawal. Terima kasih cikgu atas pencerahan
tersebut. Saya dapat tahu yang cikgu merupakan cikgu bukan
opsyen di sekolah ini. Jadi, adakah terdapat cabaran semasa
cikgu mengajar subjek Sains ini terutamanya kepada MBK ini?
R :

CGBO

13
tidak mempunyai asas kemahiran berbahasa isyarat yang
kukuh. Jadi saya memerlukan tempoh masa yang lama untuk
menguasai bahasa isyarat ini dan memerlukan bimbingan daripada
guru-guru senior. Kesannya, saya tidak dapat berinteraksi dengan
murid dengan baik sewaktu mengajar. Cabaran seterusnya ialah
elemen KBAT yang sangat rendah dalam PdP. Murid saya CGBO
sukar faham isi pelajaran sekiranya saya gunakan aras
penyoalan yang tinggi di dalam kelas. Tambahan, murid tidak
faham isyarat yang berkaitan dengan terma-terma sains sewaktu
pdp berjalan seperti fotosintesis, perkumuhan, penyahtinjaan dan
sebagainya. Jadi, kadang-kadang objektif pembelajaran kelas
sukar dicapai. Perkara ini menjadi lebih kritikal semasa kelas sains
secara atas talian kerana tidak cukup masa untuk proses
penerangan dan kadangkala ada masalah internet. Jadi, objektif
pembelajaran sukar dicapai.

P : Terima kasih cikgu atas penerangan cikgu tentang cabaran yang


dihadapi semasa proses PdP berlangsung. Setiap pekerjaan yang
kita lakukan, pastinya ada cabaran yang perlu hadapi. Soalan
seterusnya, apakah isu-isu tentang etika dan perundangan
guru yang berkaitan dengan kerjaya guru? Kemungkinan isu-
isu etika dan perundangan tersebut dibangkitkan oleh ibu bapa,
murid atau pentadbir.
R :

PG

14
kemungkinan besar tugasan yang diberikan itu dibantusepenuhnya
oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Sesetengah ibu bapa juga
menyerahkan tugasan kepada penjaga/pengasuh dengan
menunjukkan rakaman pengajaran. Malah, murid-murid hanya
menonton semata-mata rakaman tersebut dan tiada komunikasi
sekiranay murid ingin bertanya berkaitan topik tersebut.
Seterusnya, dari pihak ibu bapa sememangnya ada isu-su
berbangkit berkaitan dengan etika guru. Mereka membangkitkan
sesetengah guru hanya memasukkan link-link sedia ada di
Youtube. Sebagai contoh, hari ini pengajaran tatabahasa kata PG
kerja Bahasa Melayu. Jadi, guru tersebut hanya copy link sedia ada
di Youtube dan dihantar ke dalam Kumpulan Whatsapp ibu bapa
sahaja. Di samping itu, kuiz atas talian juga di ambil daripada
laman web yang sedia ada dibina oleh guru-guru sekolah lain. PG
Ini menunjukkan tiada tugasan atau hasil kerja daripada guru itu
sendiri sebagai inisiatif untuk mengajar murid. Ini menunjukkan
persepsi kurang baik kepada ibu bapa kerana mereka berpendapat
sebenarnya guru tersebut tidak mengajar dan tidak
menjalankan tugas yang betul seperti membuat rakaman PG
sendiri, membina laman web canva sendiri dan sebagainya.
Di samping itu, penyediaan video yang diambil sedia ada
tersebut tidak mengikut tahap atau aras murid. Sebagai contoh, PG
murid tahun 4 dikongsikan video Omar dan Hana seakan murid
tahun 1. Ini menunjukkan penyediaan bahan itu tidak mengikut
tahap atau aras murid tersebut. Hal ini juga membuktikan bahawa
video yang dikongsikan adalah aras rendah dan sangat tidaksesuai
dengan murid Tahun 4. Oleh hal yang demikian, ibu bapa berasa
tidak puas hati terhadap etika yang ditonjolkan oleh guru tersebut.
Akhir sekali, isu yang baru sahaja tular adala berkaitan
dengan seorang guru ditegur kerana memakai pakaian t-shirt
semasa mengajar atas talian. Hal ini ditegur oleh ramai ibu bapa
kerana pemakaian yang tidak formal seperti di sekolah sebelum ini.
Walaubagaiamanpun, respon pemuda yang dikritik adalah beliau PG

15
tidak hairan kerana yang penting adalah respon positif murid beliau
semasa proses PdP.
P : Saya sangat setuju isu yang dibangkitkan tersebut. Kerana kita
sedia mengetahui bahawa MBK mempunyai aras yang berbeza
seperti tinggi, sederhana dan rendah. Oleh itu penyediaan video
haruslah mengikut aras mereka di samping selaras dengan
kandungan pembelajaran yang terdapat di dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
R : Baiklah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu
Adawiyah kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual oleh
saya hari ini bagi memenuhi memenuhi tugasan kerja kursus Asas
Kepimpinan dan Pembangunan Profesional Guru yang
berfokuskan kepada ciri-ciri guru profesional, pemimpin
professional, cabaran guru bukan opsyen dan isu perundangan
dan sebagainya.
P : Sama-sama. Semoga perkongsian saya hari ini dapat membantu
Husaini dalam menyiapkan tugasan. InshaAllah.

Rajah 3

Selesai sesi Temu bual bersama guru besar SK Tengku Indera Petra

16

Anda mungkin juga menyukai