Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan, kemudian jawab soalan.

Menjaga keselamatan di rumah perlu diamalkan oleh kita


semua.Terdapat pelbagai cara kita oleh menjaga keselamatan ketika
berada di rumah.

Antaranya, kita tidak boleh bermain dengan peralatan tajam


ketika di rumah. Ibu bapa perlu melarang kanak-kanak bermain
menggunakan pisau, gunting dan jarum. Ini kerana peralatan ini boleh
mencederakan kanak-kanak.

Kita juga dilarang bermain api di dalam rumah terutamanya


kanak-kanak. Api semasa kecil menjadi kawan tetapi apabila besar
menjadi lawan. Kanak-kanak yang menggunakan mancis tanpa pengawasan
ibu bapa boleh menyebabkan rumah terbakar.

Selain itu, bilik air juga perlu selalu dibersihkan demi


memastikan lantai bilik air sentiasa kering. Lantai bilik air yang berair
akan menjadi licin. Kita boleh terjatuh dan cedera jika bilik air basah
dan bersabun.

Seterusnya, keselamatan diri juga akan terjaga sekiranya kita


mengelakkan diri daripada berlari-lari ketika berada di dalam rumah.
Sekiranya bermain kejar-kejar di dalam rumah, kita boleh terjatuh lalu
kepala terhantuk pada bucu meja.

Kesimpulannya, kita mesti berhati-hati ketika berada di dalam


rumah kerana malang tidak berbau. Mematuhi dan mendengar nasihat
ibu dan bapa akan memastikan kita selamat ketika berada di rumah.
1. Apakah yang berlaku jika kita bermain dengan benda yang tajam?

__________________________________________________

2. Mengapakah api semasa kecil menjadi kawan tetapi menjadi lawan


apabila besar?

___________________________________________________

3. Adakah bilik air menjadi licin disebabkan klantai berair?

___________________________________________________

4. Kebiasaannya, siapakah yang suka berlari-lari di dalam rumah ?

___________________________________________________

5. Apakah maksud malang tidak berbau?

__________________________________________________

6. Tulis cara menjaga keselamatan di rumah yang boleh kita amalkan.

cara menjaga
keselamatan
di rumah

Anda mungkin juga menyukai