Anda di halaman 1dari 31

KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARAN RAKAN SEBAYA DALAM MENINGKATKAN


KEUPAYAAN PELAJAR TINGKATAN LIMA MRSM BATU PAHAT
MENGINGATI FAKTA DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN
AGAMA ISLAM

MUHAMMAD AIMAN BIN SAMSUDIN

ABSTRAK
Kajian tindakan ini adalah merupakan satu penilaian tentang keberkesanan kaedah
pembelajaran dan pengajaran rakan sebaya dapat meningkatkan keupayaan pelajar
Tingkatan Lima MRSM Batu Pahat dalam mengingati fakta-fakta penting dalam
matapelajaran Pendidikan Agama Islam. Pelajar melaporkan pengalaman mereka
menjalankan kerja lapangan secara berkumpulan sebayak tiga kali melalui jurnal refleksi
bersesuaian dengan tiga tahap strategi kerja lapangan iaitu tahap pengumpulan data,
analisis data dan penulisan laporan akhir kerja lapangan. Laporan jurnal refleksi ini
adalah merupakan asas analisis data berkiatan dengan keberkesanan strategi kerja
lapangan. Pada tahap pengumpulan data pelajar mengemukakan pelbagai masalah bagi
menemuduga responden, menggabung tenaga secara berkumpulan, membahagi tugas dan
menyelesai masalah berkaItan dengan pengumpulan data. Masalah itu berjaya mereka
selesaikan dan menganggap pengalaman tersebut sebagai pengalaman pembelajaran yang
berguna. Pada tahap analisis data pelajar menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan
pemerosesan data termasuklah keperluan pengetahuan statistik asas, analisis data secara
kuantitatif dan kualitatif serta pelbagai masalah berkiatan dengan struktur dan kemahiran
menulis analisis data. Semua masalah diselesaikan bersama-sama melalui perkongsian
pengalamaan dan bimbingan dari pensyarah. Tahap penulisan laporan kerja lapangan
menunjukkan pelajar merumuskan bahawa tugasan yang mereka jalankan sebagai
tugasan yang memberi banyak pengalaman pembelajaran positif, menemukan fakta
primer yang mereka hayati sebagai maklumat yang amat berguna serta realisitk. Pada
keseluruhannya kajian tindakan ini menjelaskan keberkesanan strategi kerja lapangan dan
memberi panduan langkah-langkah yang perlu diambilkiraa jika strategi ini hendak
dijalankan pada masa akan datang..

PENGENALAN

Kursus Isu-Isu Kekeluargaaan ZZT2343 adalah kursus U2 yang ditawarkan kepada


semua pelajar oleh Pusat Pengajian Umum. Objektif utama kursus ini ialah bagi
membolehkan pelajar membuat analisis tentang isu-isu kekeluargaan semasa. Kursus

1
ini memberi penekanan kepada topik-topik yang merangkumi permulaan kesedaran
individu untuk membina perhubungan manusia, membina dan mengekalkan hubungan
manusia, berkahwin dan membentuk keluarga yang berkembang dari tahap pertama
pembentukan keluarga hinggalah tahap akhir iaitu apabila pasangan suami-isteri menjadi
warga emas.

Pelbagai isu dikenalpasti di sepanjang perkembangan sebuah keluarga dan


antara isu-isu tersebut ialah: pemilihan pasangan, putus hubungan, penegkalan hubungan
dan berkahwin, hak dan tanggung-jawab kekeluargaan, pelbagai masalah keluarga
berpendapatan rendah, komunikasi, stres sepanjang hayat, tanggung jawab terhadap anak
anak, kepuasan berumah tangga, seks dan perkahwinan, perpecahan keluarga dan konflik,
masalah suami dan isteri bekerja sepenuh masa, keibubapaan, cabaran-cabaran semasa
yang memberi kesan kepada keutuhan keluarga dan pelbagai masalah gejala sosial yang
melibatkan anak-anak yang turut mencabar keutuhan keluarga.

Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar . Pada tiap
semester terdapat tiga kumpulan pelajar yang mengambil kursus ini dan tiap kumpulan
mempunyai purata pelajar berjumlah 100 orang. Saiz kelas yang besar menyebabkan
pensyarah kurang mempunyai pilihan bagi mempelbagai kaedah pengajaran. Kaedah dan
strategi pengajaran yang biasa digunakan ialah kaedah kuliah/syarahan terbuka. Pada
tiap masa interaksi, pensyarah akan memberi kuliah dengan berpandu kepada ’power
point’. Kebanyakan interaksi pengajaran adalah sehala. Dengan masa yang terbatas dan
saiz bilik darjah yang besar apakah pilihan lain yang boleh dilakukan? Di samping
memberi kuliah terbuka interaksi pensyarah dengan pelajar juga diwarnai dengan forum
dan perbahasan berdasarkan topik-topik yang hangat dan kontroversial. Misalnya ialah
forum di antara ahli panel yang belum berkahwin dengan ahli panel yang sudah
berkahwin. Forum biasanya mencapai rumusan yang menjadi asas hubungan manusia :
igauan perkahwinan atau jangkaan terhadap perkahwinan lawan realiti perkahwinan.
Perbahasan dan perdebatan pula biasanya adalah berkitan dengan isu-isu sensasi di antara
suami dan isteri. Misalnya isteri lebih banyak memilkul tanggung jawab keluarga
berbanding dengan suami, tugas isteri adalah mengurus dan mengendalikan rumah tangga

2
dan keluarga dan isu-isu berkaitan dengan hubungan suami isteri termasuk poligami.
Secara keseluruhan kaedah forum dan perbahasan lebih diminati pelajar. Tumpuan dan
penghayatan mereka lebih jelas kerana ramai yang mengambil bahagian dalam sesi soal
jawab. Kaedah ini bagaimana pun dibatasi oleh masalah masa interaksi yang terhad dan
sukatan kursus yang agak luas.

Penilaian kursus ini adalah terbahagi kepada dua bahagian utama.


Bahagian 1 mempunyai peruntukan jumlah skor 50% adalah merupakan penilaian
sumatif dengan mengguna soalan objektif. Penilaian ini dijalankan pada akhir semester.
Bahagian 2 adalah merupakan penilaian yang berasaskan tugasan berkumpulan yang
membawa 50% dari seluruh skor. Tugasan bahagian ini dibahagikan kepada tiga
komponen utama iaitu kertas kerja kumpulan 30%, rumusan lima topik kuliah 10% dan
pembentangan kertas kerja berkumpulan 10% . Bagi kertas kerja kumpulan, pelajar akan
diminta memilih satu topik yang berkaitan dengan isu-isu kekeluargaan dan
menghuraikannya secara terperinci.

Selepas dua tahun penilaian ini dijalankan penyelidik mulai merasai


kaedah penilaian yang dijalankan agak kering dan membosankan. Sambutan pelajar
masih seperti biasa tetapi semasa pembentangan kertas kerja kumpulan dijalankan fakta
yang dikemukakan adalah steroetaip, yakni fakta yang dirujuk dari sumber sekunder.
Data yang dikemukakan adalah data sekunder yang hanya menunjukkan kekerapan
berlakunya sesuatu kes atau sesuatu isu kekeluargaan. Di samping itu ruang lingkup
topik yang dibincang juga adalah hampir sama tahun, demi tahun. Kadang kala terdapat
kumpulan yang membentang isu yang hampir sama tetapi di bawah topik yang agak
berbeza. Penyelidik berpendapat bahawa sesuatu perubahan perlu dilakukan bagi
membaiki pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini. Perubahan yang
dimaksudkan adalah merangkumi aspek-aspek strategi pembelajaran, penilaian dan
perlibatan pelajar. Strategi yang dicadangkan ialah strategi pembelajaran kerja lapangan.
Pengenalan kepada kaedah pembelajaran kerja lapangan adalah dengan mengambil kira
faktor-faktor kekurangan-kekurangan kaedah kuliah terbuka dan kekuatan-kekuatan
kaedah kerja lapangan.

3
Kaedah kuliah terbuka adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
biasa digunakan dalam bilik kuliah bagi universiti dan kolej (Butler, 1992). Kaedah
kuliah adalah menjimatkan kerana pengajarnya hanya seorang tetapi pelajarnya dalam
jumlah yang besar. Bligh (1998) dalam analisisnya terhdap 191 penyelidikan tentang
keberkesanan kuliah terbuka mendapati bahawa kaedah kuliah sesuai untuk menyebarkan
maklumat. Sungguh pun begitu kaedah ini kurang menggalakkan penglibatan pelajar
dalam proses pembelajaran. Butler (1992) mencadangkan bahawa keberkesanan kuliah
terbuka bergantung kepada jangkamasa kuliah dijalankan dan penggunaan pelbagai
kaedah dan strategi lain semasa kuliah dijalankan seperti perbincangan, percambahan
fikiran dan sesi buzz. Di samping itu kaedah kuliah kurang menggalakkan interaksi dua
hala pengajar dengan pelajar.

Bligh (1998) mencadangkan bahawa fungsi utama kuliah sepatutnya


membimbing pelajar bagaimana meneroka pengetahuan yang dibincang selepas kulaih
selesai dijalankan. Jika pelajar hanya menyalin sahaja setiap baris nota yang dipapar
pengajar/guru, pelajar akan menjadi pelajar yang bergantung kepada pengajar dan gagal
membentuk keyakinan diri. Kaedah ini adalah berorientasikan keadah pembelajaran
berpusat guru. Pada hal pada tahap kolej dan universiti pelajar sepatutnya didedahkan
kepada strategi pembelajaran berpusat pelajar yang boleh membentuk mereka menjadi
seorang pembelajar berdikari dalam jangka masa panajang. Berkaitan dengan perkara ini
Greenfield (2000) menerangkan bahawa pelajar bukanlah pembelajar pasif terutama
pada tahap kolej dan universiti. Sama seperti kanak-kanak pelajar adalah pembelajar
yang aktif dan aktiviti aktiviti yang sesuai perlu digunakan sebagai ransangan ke arah
pembelajaran yang bermakna iaitu pemebelajaran aktif. Pendapat ini disokong Moran
(1997) bahawa pembelajaran aktif yang menggalakkan penglibatan pelajar adalah lebih
berkesan dari hanya menghafal nota yang disalin dari pengajar. Pengajar memanglah
telah menjalankan usaha membuat persediaan kuliah tetapi keseluruhan kaedah kuliah
atau syarahan adalah berorientasikan proses pembelajaran behavioris yang hasilnya ialah
pelajar hanya tahu aspek dalam konteks yang disuapkan sahaja. Pada apa pun peringkat
pembelajaran, kana-kanak dan pembelajar dewasa sepatutnya digalakkan membina atau

4
konstruk pengetahuannya sendiri bukannya satu proses memindahkan maklumat dari
pengajar kepada pembelajar (Greenfield, 2000).

Secara semulajadi jika menurut teori pembelajaran humanistik (Rogers, 1961)


kanak kanak dan orang dewasa lahir dengan pelbagai potensi bagi mencapai matlamat
hidup dan kesempurnaan kendiri dan ini termasuklah mengembangkan tahap potensi
pembelajaran aras tinggi. Brown (1997) mencadangkan bahawa potensi pembelajaran
kendiri boleh berkembang melalui ransangan dan ransangan tersebut hendaklah melalui
pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Semakin banyak kaedah pembelajaran
digunakan semakin jelas pelajar membuat perkaitan makna , membina tema, membuat
rumusan dan melihat trenda. Kaedah kaedah yang berkaitan dengan pembinaan konsep
dan pembinaan ilmu pengetahuan adalah berkaitan dengan pendekatan pembelajaran
beorientasikan konstruktivisme dan peranan pengajar adalah menggalakkan perluasan
metakognitif, yang turut megnggalakkan pelajar memahami proses pembelajarannya
sendiri (Hodson, 1998).

Butler (1989) dalam rumusannya terhdap keberkesanan kaedah


kuliah/syarahan mendapati bahawa kulih terbuka adalah kurang berkesan. Bagi
mengatasinya, Ross (1989) dan Wiske (1998) mencadangkan bahawa kaedah kuliah
boleh dibaiki dengan membuat persediaan rapi dimana pengajar akan menggalakkan
pelajar mengambil bahagian termasuk memberi maklum balas terhadap isi pelajaran.
Butler (1992) turut mencadangkan bahawa kuliah tradisonal boleh diperbaiki menjadi
satu mekanisme pembelajaran yang menarik bagi pelajar peringkat kolej dan universiti
dengan membuat perubahan terhadap pendekatan kuliah itu sendiri. Antara lain, pengajar
hendaklah lebih berperanan sebagai fasilitator yang membuat persediaan supaya kuliah
menjadi menarik, provoking serta menggalakkan pelajar mengambil bahagian dengan
mempelbagai kaedah dan strategi pembelajaran yang berasaskan konsep multiple-
intelligence ( Gardner, 1999). Misalnya, penyelidikan yang dijalankan oleh Bonwell &
Eosson (1991) menunjukkan bahawa strategi lain seperti sesi buzz semasa kuliah
dijalankan dapat menggalakkan pelajar meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih
berkesan. Dalam sesi ini pelajar boleh berinteraksi dan menyoal pengajar dengan soalan

5
yang releven. Sebelum pelajar rmeninggalkan kelas mereka diberi kerja tambahan atau
kerja susulan dan jawapan kepada isu akan dibincang pada kuliah berikutnya. Pelajar
bukan sahaja mempunyai matlamat pembelajaran tetapi juga berfikir dengan luas apakah
yang mereka fahami tentang isi pelajaran. Mereka juga mulai berbincang dengan rakan
sebaya, membuat penilaian dan análisis maklumat yang dikumpul sebelum benar benar
yakin mempersembahkannya dalam bentuk bertulis.

Aktiviti ini telah menyebabkan jumlah kedatangan pelajar semkin meningkat


dan apa yang berlaku dalam kelas tersebut ialah wujudnya pembelajaran aktif dalam bilik
darjah. Sanders (2004) mencadangkan bahawa pada tahap kolej dan universiti ruang
pembelajaran sepatutnya dipindahkan kepada situasi yang lebih realistik dengan
menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam seluruh proses pembelajaran pada semua
tahap fikir dan strategi tersebut ialah strategi kerja lapangan. Strategi kerja lapangan
adalah termasuk kerja lapangan, kerja lapangan berorientasikan projek kumpulan, kerja
lapangan berasaskan lawatan (field trip) kerja lapangan berbentuk internship, kerja
lapangan berasaskan penyelesaian masalah dan kerja lapangan dengan menyumbang
tenaga dan fikiran dalam komuniti (community learning). Berdasarkan kekurangan
kekurangan kaedah kuliah, penyelidik telah memilih strategi kerja lapangan sebagai satu
kaedah bagi mempelbagai kaedah pembelajaran sedia ada bagi kursus Isi-Isu
Kekeluargaan. Kajian tindakan ini adalah satu usaha membuat penilaian sejauhmanakah
strategi kerja lapangan berkesan.

REVIEW LITERATUR

Konsep Kerja Lapangan


Kerja lapangan ialah satu kaedah pembelajaran yang menggalakkan pelajar belajar di luar
bilik darjah. Bilik darjah pelajar ialah tempat mereka menjalankan kerja lapangan
bergantung kepada bidang pengkhususan dan objektif pembelajaran. Jika bidang sains
sosial, kerja lapangan pelajar mungkin sebuah komuniti, sebuah kampung pendalaman,
sebuah penempatan di kawasan miskin dan sebuah pusat pemulihan. Dalam kerja
lapangan pelajar diberikan tugasan dan tugas mereka ialah mengumpulkan maklumat,

6
meneroka pelbagai isu dan masalah, membuat tinjuan persepsi populasi tentang isi,
mencari dan membuat pertimbangan menyelesai masalah, membuat sintesis dan análisis
maklumat, memilih dan menyususn maklumart yang sesuai dan menyediakan laporan
kerja lapangan secara menyeluruh berbentuk akademik. Sungguh pun namanya pelbagai
tetapi ciri-cirinya adalah hampir sama sahaja. Bellefeulle (2006) menjelaskan bahawa
kerja lapangan adalah strategi pembelajaran yang boleh meluaskan pengalaman. Kerja
lapangan tidak memberikan pelajar jalan tertutup mengenai salah atau benar sesuatu
perkara, sebaliknya memberikan mereka peluang membuat ekperimen, membuat refleksi
tentang batasan serta kelebihan sesuatu konsep semasa berada dalam situasi pembelajaran
yang realistik. Kerja lapangan dijalankan berbagai bentuk berdasarkan kesesuaian
bidang dan objektif dijalankan.

Teori Konstruktivisme Sosial

Konsep pembelajaran melalui kaedah kerja lapangan adalah sesuai dengan prinsip teori
pembelajarn kongnitif Piaget (1972) dan konstruktivisme sosial (Vygotsky, 1978).
Teori konstruktivisme sosial membuat andaian bahawa individu belajar melalui aktiviti
sosial dan komuniti. Kanak-kanak dan individu bukanlah pembelajar pasif, mereka
adalah pembelajar aktif yang mempunyai potensi bagi membina kefahaman mereka
sendiri. Piaget (1978) menerangkan bahwa individu mempunyai pengalaman dan
pengetahuan yang boleh diakomodasi dan asimilasikan dengan maklumat pengetahuan
baru. Penyesuaian pengalaman terdahulu dengan baru adalah merupakan
pembinaan/konstuk maksud yang melibatkan proses fikir. Pendapat ini diperteguhkan
lagi oleh Vygotsky (1978) yang mengemukakan konsep konstruktivisme sosial yang
memberi penekanan kepada kepentingan interaksi sosial individu dengan orang lain di
sekeliling mereka terutama orang yang lebih matang. Pada dasarnya semua bentuk proses
pembelajaran adalah merupakan pembinaan /konstruk maksud. Maksud sesuatu perkara
terbentuk dan dibina/konstruk melalui perbincangan dengan rakan sebaya dan pelajar
yang lebih matang melalui aktiviti membuat imbas kembali atau refleksi apa yang telah
dikuasai.

7
Pengajar atau guru hendaklah prihatin dengan proses pembinaan pengetahuan dan
maksud. Lantas itu guru hendaklah merancang strategi pembelajaran yang mencabar
berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Pelajar hendaklah juga diberi autonomi bagi
mengembangkan potensi mereka dengan dipandu oleh pengajar, pembelajar matang dan
keadaan ini boleh membentuk pembelajaran yang berkesan (Bruner, 1996). Peranan
pengajar adalah memberi bimbingan dan panduan dalam satu bentuk perkongsian
maksud. Vygotsky (1978) mencadangkan konsep ‘zone of proximal development’ bagi
menerangkan jurang di anatra pencpaian pelajar tanpa dibantu dengan potensi pencapaian
dengan bantuan rakan yang lebih matang atau berlakunya hubungan ‘novice-expert
learner’. Pembelajar matang adalah berperanan sebagai penyokong/scaffolding kepada
pembelajar mula dan sokongan yang baik boleh membentuk pemahaman dan
pembentukan maksud dengan lebih berkesan. Guru dan pengajar juga adalah merupakan
individu yang memberikan ‘scaffolding’ kepada pelajar dengan memberikan mereka
tugasan yang sesuai, bimbingan serta panduan pada masa yang perlu serta
memberhentikan bimbingan apabila sampai masanya. Semasa proses pembelajaran
berlaku guru hendaklah mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar dna menggalakkan
pelajar membuat hubung kait pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Proses ini
akan membentuk kefahaman baru yang lebih tekal kerana pelajar membina kefahaman
mereka sendiri melalui pelbagai aktiviti yang dirancang guru (Driver et al. 1994).
Gabungan interaksi sosial dengan pengalaman sedia ada dapat memberikan kefahaman
yang lebih luas dan proses ini dapat memberikan maklum balas yang boleh dikongsi oleh
kedua pihak.

KEBERKESANAN KAEDAH KERJA LAPANGAN

Kajian lepas menunjukkan bahawa pengajar perlu membuat perancangan yang teliti
sebelum sesuatu kerja lapangan dilaksanakan. Thompson (1982) mencadangkan bahawa
kerja lapangan perlu mengambil kira kemahiran pelajar, kemahiran praktikal semasa
menjalankan kerja lapangan dan keperluan memupuk minat serta sikap yang baik
terhadap kerja lapangan. Perincian kerja lapangan handaklah juga memasukkan
keperluan peralatan, garis panduan, strategi menjalankan kerja lapangan serta

8
perancangan kelompok pelajar-pelajar. Paling penting bagi mencapai matlamat kerja
lapangan ialah keperluan membentuk objektif yang sesuai supaya pelajar dapat memberi
fokus terhadap tugasan mereka. Compiani & Carneiro (1996) menggariskan objektif asas
kerja lapangan seperti berikut: memperluas pengetahuan sedia ada, mengenalpasti isu
dan fenemona, mencadangkan masalah semasa menjalankan kerja lapangan, menstruktur
hipotesis dan menyelesai masalah, memperkembang upaya menjalankan praktikal dan
memperkembang sikap dan nilai yang baru. Pemilihan objektif yang tepat adalah
mempengaruhi jenis kerja lapangan dan apakah pendekatan pembelajaran yang hendak
dicapai oleh pelajar.

Keberkesanan dan kualiti sesuatu projek kerja lapangan adalah dipengaruhi


begaimana kerja lapangan di struktur, kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang
digunakan semasa sesi pengenalan dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran yang
dipilih (Orien & Hofstein, 1994). Orien (1993) mencadangkan bahawa kerja lapangan
sesuai dijalankan pada awal pengenalan sesuatu kursus supaya pelajar benar-benar dapat
menghayati isi kandungan kursus. Hawley (1996) dalam kajiannya merumuskan bahawa
kerja lapangan boleh dijalankan dengan berkesan berdasarkan langkah-langkah berikut :
(i) mengenalpasti objetkif kerja lapangan yang sesuai, (ii) membina matlamat kerja
lapangan dengan jelas supaya difahami pelajar (iii) membuat kepastian bahawa pelajar
telah mempunyai kemahiran yang diperlukan semasa menjalankan kerja lapangan, (iv)
menstruktur kerja lapangan secara menyeluruh termasuk tugas dan tanggung jawab
pelajar dan (v) mengembang minat mengambil bahagian dalam kerja lapangan dalam
kalangan pelajar. Tanpa perancangan yang teliti kerjas lapangan sukar dijalankan
(Grattan, Gilbertson & Horgan, 2004) .

Penyelidikan yang dijalankan tentang keberkesanan kaedah kerja lapangan


telah banyak dijalankan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti sains sosial, komunikasi,
kerja sosial, sains dan matematik. Lonergan & Andressen (1988) bahawa kerja lapangan
adalah strategi pembelajaran yang unik yang memberi hasil positif kepada pelajar :
berpeluang mengaplikasi teori yang sukar dijalankan dalam bilik darjah, memberi
peluang pelajar berhubung secara langsung dengan subjek kajian, melihat persepsi

9
mereka dan berinteraksi dengan mereka; meransang kefahaman pada tahap tinggi dalam
bidang yang dikaji dan meransang sikap dna minat yang baik terhdap pembelajaran serta
menghargai ilmu pengetahuan dan memupuk kesedaran realiti kehidupan berdasarkan
nilai-nilai yang baik. Mcguire (2004) turut memberikan dapatan yang hampir sama, kerja
lapangan adalah menarik, memupuk pembelajaran koperatif dan kerjasama sesama ahli,
pembelajaran yang penuh dengan motivasi dan belajar melalui refleksi pengalaman .

Penyelidik lain (Gibbs & Habeshaw, 1989 ; Tobin 2004) menunjukkan


bahawa kerja lapangan boleh membentuk pembelajaran dalam kumpulan yang berkesan
yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran koperatif. Pelajar secara berkumpulan
menyelesaikan masalah dengan meneroka bukti secara koperatif. Misalnya dalam aktiviti
membina konsep klasifikasi tumbuhan, pelajar menjalankan kerja lapangan di luar bilik
darjah, menyenaraikan semua jenis tumbuhan yang mereka temui dan
mengklasifikasikannya menurut cara pembiakan. Semasa kerja lapangan dijalankan
pelajar berkongsi pengalaman sedia ada dan bagi mereka yang lebih arif dapat pula
menerangkannya kepada yang kurang faham. Apa yang penting ialah cara mereka
membuat penerangan adalah menurut tahap kefahaman mereka bersama. Tobin (2004)
menjelaskan bahawa kerja lapangan memberi peluang semua pelajar mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang luas ruang cakupannya. Kerja lapangan yang
melibatkan lawatan pula menunjukkan bahawa berlaku peralihan tempa dari bilik darjah
kepada persekitaran luar bilik darjah yang realistik atau dalam sebuah makmal
semulajadi. Seterusnya pelajar belajar secara realistik dan proses pembelajaran berlaku
pada tahap maksimum dan menggalakkan pembentukan komuniti pembelajar
(communities of learners) dan membentuk budaya kolaboratif (Zilberztain & Gilbert,
1981; Brown, 1997).

Kerja lapangan yang berbentuk praktikal pula dapat memberikan peluang


pelajar mengaplikasi pengetahuan yang didapati dalam bilik darjah ke dalam situasi yang
realistik. Dalam situasi ini pengetahuan dan teori disesuai dan diaplikasi ke dalam dunia
yang sebenarnya dan dapat membentuk amali serta kefahaman berbentuk prosedur.
Dalam siatusi kerja yang sebenarnya kefahaman tentang prodedur adalah amat penting

10
dan peluang yang dijalankan oleh pelajar semasa kerja lapangan adalah pengalaman yang
tulin (McGlinn & Roth, 1999). Di samping itu pelajar juga diberi cabaran kognitif,
membuat keputusan secara berdikiari yang melibatkan proses fikir luas iaitu membuat
pemerhatian, berbincang, memujuk, berunding serta melakukan tawar-menawar,
berdebat, berkomuniasi, tidak bersetuju dan bersetuju – asertif. Apa yang lebih penting
dalam penyelidikan ini ialah kerja lapangan adalah merupakan kaedah unik yang
memberi peluang pembelajar berkomunikasi dengan bidang mereka sendiri secara luas
atau proses membuat refleksi yang boleh menghasilkan satu rumusan bahawa penerokaan
ilmu adalah melibatkan proses fikir, membuat ramalan, membuat andaian, mengukur,
menguji, menerang, melapor, mempertahankan konsep dalam satu huraian dengan
menggunakan bahan akademik yang sesuai (Hodson, 1998).

Objektif Kajian
Berdasarkan huraian dalam bahagian pernyataan masalah dan tinjauan penyelidikan lepas
kajian ini adalah mempunyai objektif seperti berikut:
1. mengenalpast kekuatan strategi pengajaran berasaskan kerja lapangan.
2. mengenalpasti kekurangan strategi pengajaran berasaskan kerja lapangan.
3. mengenalpasti cabaran dan masalah yang dihadapi pelajar semasa menjalankan
kerja lapangan.
4. mengenalpasti implikasi kajian terhadap perkembangan pedagogi.

Persoalan Kajian
Kajian ini mempunyai empat persoalan utama yan gperlu dijawab iaitu:
1. Apakah kekuatan utama strategi pengajaran kerja lapangan?
2. Apakah kekurangan yang terdapat dalam strategi kerja lapangan.
3. Apakah cabaran dan masalah yang dihadapi pelajar semasa menjalankan kerja
lapangan?
4. Apakah implikasi kajian terhadap perkembangan pedagogi yang melibatkan
pelajar institusi pengajian tinggi?

11
METODOLOGI
Pendekatan Kajian

Kajian ini dijalankan berasaskan pendekatan teori konstruktivisme yang dipelopori Piaget
(1974) serta Vygotsky (1978). Aspek yang penting dalam aplikasi teori ini kepada
strategi kerja lapangan ialah konsep ‘scaffolding’ dan ’situated learning’ yang berlaku di
antara pengajar (expert-learner) dengan pelajar (novice). Pengajar merangkakan model
kerja lapangan dengan langkah-langkah yang jelas dan secara beransur-ansur tugasan itu
diberikan kepada pembelajar/pelajar (Presseley, Hogan, Wharton-McDonald, & Misretta,
1996). Menurut Guzdial & Kehoe (1998), kekuatan kerja lapangan adalah bergantung
kepada strategi sokongan bagi memastikan rutin kerja lapangan berjalan dengan lancar.
Lantas itu bagi melaksanakan kerja laangan struktur asas yang lengkap perlu dirancang.

Terdapat tiga strategi utama bagi memastikan keberkesanan scaffolding (Guzdial &
Kehoe, 1998; Kinzie & Berdel, 1990) iaitu ; (i) modeling, pengajar membina model yang
distrukturkan menurut objektif pembelajaran, (ii) sokongan yang dirancang bagi
pembelajar termasuk saling berkomunikasi dan memberi maklum balas tentang
perjalanan kerja lapangan sehingga pelajar mampu mengendalikannya secara berdikari
dan (iiii) fading atau perlepasan secara beransur-ansur di mana sokongan dikurangkan
menurut masa dan pembelajar bergerak dengan bebas dan self-reliant. Semua strategi ini
diintegrasikan ke dalam struktur model kerja lapangan yang hurai dan bincangkan dengan
pelajar secara terperinci. Pembelajar juga diberikan hurian tentang masalah komunikasi
dan pelbagai jangkaan lain apabila bertembung dengan klien semasa kerja lapangan
dijalankan. Maklum balas perkembnagan kerja lapangan dirujuk kepada pengajar melalui
interaksi bersemuka ata e-mai. Apabila perlu, perbincangan bersemuka dijalankan dengan
semua anggota kumpulan. Akhirnya sokongan scaffolding dikurangkan secara beransur
ansu bagi membolehkann pemebelajar bergerak bebas dan berdikari.

Kerja Lapangan Pelajar ZZZT 2343 Semester 2009.

12
Kerja lapangan ini adalah berasaskan tema ‘Hubungan Remaja dengan Ibu Bapa’.
Jangkamasa aktiviti adalah sepuluh minggu. Model kerja lapangan mengandungi lima
bahagian utama iaitu : (i) persepsi remaja terhadap ibu dan bapa, (ii) hubungan remaja
dengan ibu bapa, (iii) komunikasi remaja dengan ibu bapa, (iv) masa ibu bapa dengan
remaja dan (v) kawalan ibu bapa terhadap remaja. Tiap bahagian mempunyai alat
pengukuran yang berbentuk kualitatif, soalselidik berbentuk kuantitatif serta soalan-solan
terbuka. Alat pengukuran dibina berdasarkan tinjauan penyelidikan berkaitan dengan
tema yang sama dan bagi alat pengukuran bahagian kawalan ibu bapa seluruhnya adalah
berasaskan typologi keibubapaan Baumrind (1977). Pengajar juga menyediakan garis
panduan bagaimana laporan akhir kerja lapangan disediakan. Tempoh kerja lapangan
ialah sepuluh minggu dan tiap kumpulan pelajar yang mengandungi 7-8 ahli akan
mengumpulkan maklumat dengan menemuduga 15 orang responden berusia 13 hingga 16
tahun, lelaki dan perempuan.

Objektif Pembelajaran Pelajar


Berikut ialah objektif pembelajaran yang ditentukan menurut sudut pandangan pelajar
iaitu:
 Menjalankan kajian dalam situasi sebenarnya.
 Meneroka pola hubungan remaja dengan ibu bapa dalam lima aspek utama
 Meningkatkan kefahaman melalui sumber primer yang dikumpul secara inkuiri
saintifik.
 Menilai peranan dan status maklumat dalam pembinaan ilmu pengetahuan.
 Berfikir, merancang, membuat refleksi dan memantau pembelajaran kendiri.

Objektif Pembelajaran Pengajar


 Memberikan tugasan pembelajaran.
 Menggalakkan pelajar berkomunikasi sesama sendiri dan komunikasi
pengajar-pembelajar.

13
 Memberi motivasi kepada pelajar, meningkatkan rasa ingin
tahu,mengutarakan persoalan, menjadi model contoh dan membimbing pelajar
berfikir bagaimana menjawab persoalan.

Hasil Pembelajaran
 Pelajar dapat mendemontrasikan kemahiran pembelajaran mereka berkaitan
dengan hubungan ibu bapa dengan remaja dalam situasi sebenarnya.
 Pelajar berupaya membuat pemerhatian, merekod, mengumpul maklumat,
memproses dan menganalisis maklumat dan membuat tafsiran tentang
maklumat yang dikumpul.
 Pelajar akan menggarap pengalaman dan kefahaman dalam strategi
pembelajaran yang berbeza dengan situasi bilik darjah.

Kaedah Penilaian
Penilaian bagi keberkesanan kerja lapangan ini adalah berbentuk formatif yang
dijalankan selama tiga peringkat : peringkat permulaan pengumpulan data, peringkat
pemerosesan data dan peringkat menyediakan laporan akhir. Ini bersesuaian dengan
objektif utama kajian ini iaitu : (i) mengenalpasti kekuatan strategi kerja lapangan, (ii)
mengenalpasti kekurangan strategi kerja lapangan, (iii) mengenalpasti cabaran dan
masalah dalam menjalankan kerja lapangan dan (iv) mengenalpasti implikasi kajian
terhadap perkembnagan pedagogi. Sesuai dengan pedekatan konstruktivisme yang
menjadi panduan kajian ini, kaedah penilaian adalah sepenuhnya berbentuk kualitatif,
dirangka secara formatif dan dihurai secara deskriptif. Pengumpulan persepsi pelajar
berkenaan keberkesanan strategi kerja lapangan adalah dengan menggunakan laporan
penilaian mereka dalam bentuk ‘penulisan jurnal refleksi’/ reflective journal pada tiap
peringkat. Penggunaan jurnal refleksi pelajar, nota harian pelajar serta catatan komen
pelajar terhdap kerja lapangan telah pun dilakukan oleh penyelidik dalam mengkaji
keberkesanan kerja lapangan (Orien, 1993; Mcguire, 2004 , Talbot-Jones & Alban,
2004) . Ini bersesuaian dengan saranan Frazer (1998) bahawa pelajar dalam persekitaran
pembelajaran adalah berada dalam keadaan baik untuk membuat penilaian tentang projek
mereka, kerana mereka sedang mengalami proses tersebut dalam pelbagai situasi

14
pembelajaran. Hodson (1998) pula berpendapat bahawa laporan mereka adalah dalam
bentuk ikhlas kerana mereka sedang mengalaminya atau dalam situasi mendapatkan
semua maklumat yang dikehendaki.

Laporan Jurnal Refleksi ialah laporan aktiviti pembelajaran yang penting


dilakukan bagi membentuk pelajar yang berfikiran reflektif. Dalam jurnal refleksi pelajar
akan melaporkan pengalaman mereka, apakah insiden yang manarik perhatian mereka
semasa kerja lapangan dijalankan, apakah pendapat mereka mengenai proses
pembelajaran yang dilalui, apakah pendapat mereka mengenai maklumat yang dikumpul,
apakah yang mereka dapati atau perhatikan dan cabaran yang dihadapi. Penulisan jurnal
refleksi dapat membentuk pelajar menjadi seorang pemikir yang kritikal dan konstuktif
(Schn 1987; Brookfield, 1995). Dalam konteks kerja lapangan jurnal refleksi adalah
berbentuk ‘laporan pembelajaran tindakan’ yang menggerakkan pelajar membuat
refleksi, berfikir, membuat penilaian perancangan dan tindakan susulan. Penulisan jurnal
refleksi adalah mengenai laporanm perjalanan penglaman pembelajaran. Sesuai dengan
objektif dan saranan Schn (1987) dan Brookfield (1995) laporan jurnal refleksi kerja
lapangan bagi kajian ini adalah mengandungi:
 Rekod peristiwa pengumpulan maklumat dan tindakan yang dilakukan
 Data yang dikumpul dan dibincang dalam bentuk refleksi, termasuk
ketekalan data, data sebagai maklumat yang sangat berharga.
 Persepsi tentang kekuatan dan kekurangan kerja lapangan.
 Cabaran-cabaran yang dihadapi semasa menjalankan kerja lapangan
 Cadangan bagi membaiki dan memperkemaskan lagi kerja lapangan pada
masa akan datang.
 Pandangan terhadap proses pembelajaran yang dilalui.
 Pandangan terhadap status meklumat yang dikumpul.

Pada minggu ke 12 semua laporan kerja lapangan akan serahkan kepada


pengajar dibentangkan dalam bilik kuliah. Semasa pembentangan tiga orang pensyarah
akan membuat penilaian tentang hasil kerja lapangan. Penilaian adalah berasaskan empat
aspek utama iaitu : kelancaran pembentang mengemukakan dapatan mereka, memberikan

15
bukti, implikasi dapatan serta rumusan keseluruhan hasil kerja lapangan (Bruner,1996;
Brown, 1997).

SAMPEL
Sampel bagi kajian tindakan ini melibatkan 185 orang pelajar yang datang dari pelbagai
latar belakang fakulti. Dari jumlah ini seramai 41% (76) pelajar adalah dari Fakulti
Pengajian Islam, 23.2% (43) dari Fakulti Pendidikan, 15.1% (28) orang dari Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11.35% (21) dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dan
11.35% (21) dari Fakulti Sains Teknologi. Dari segi taburan tahun pengajian pula hanya
.05% (1) dari tahun pertama, 13.5% (25) dari tahun kedua, 79.1% (146) dari tahun ketiga
dan selebihnya 7.0% (13) dari tahun keempat. Dari jumlah tersebut sebanyak 75.1%
(139) adalah pelajar perempuan dan 19.4% (36) adalah pelajar lelaki. Min bagi umur
responden ialah 22 tahun 6 bulan dengan julat antara 19 hingga 26 tahun. Dari jumlah ini
pelajar dibahagikan kepada 25 kumpulan dan tiap kumpulan mengandungi 7 atau 8 ahli.
Pelajar adalah digalakkan membentuk kumpulan yang mempunyai ciri-ciri gabungan
lelaki dan perempuan, berbeza fakulti pengajian dan berbeza tahun pengajian. Tujuannya
ialah supaya tiap kumpulan mempunyai ahli-ahli yang boleh menyumbangkan pelbagai
kepakaran.

KERANGKA KAJIAN

Kajian ini bermula dengan kuliah pengenalan kursus pada awal Semester 3 2009. Dalam
kuliah pengenalan ini pelajar telah terangkan rangka kursus yang mereka ikuti. Dalam
bahagian tugasan mereka diberitahu bahwa tugasan bagi semester tersebut adalah
berasaskan kerja lapangan yang mempunyai tema ”Hubungan Remaja Dengan Ibu Bapa”.
Seterusnya pelajar telah diberikan penerangan dan huraian tentang konsep kerja lapangan
dan struktur keseluruhan tentang kerja lapangan yang hendak dijalankan. Terdapat tiga
bahan edaran yang diberikan kepada pelajar semasa sesi perbincangan dijalankan iaitu
contoh menyediakan laporan kerja lapangan, borang soal selidik yang akan pelajar
gunakan apabila menemuduga responden dan langkah-langkah menganalisis data.
Borang temuduga adalah merupakan alat kajian yang akan digunakan pelajar

16
mengandungi enam bahagian utama : latarbelakang demografi responden, deskripsi
remaja terhadap ibu dan bapa (esei pendek), masa bersama ibu bapa, komunikasi dengan
ibu dan bapa, konflik remaja dengan ibu dan bapa dan kawalan ibu bapa terhdap remaja
berdasarkan persepsi remaja Model alat kajian adalah berdasarkan model yang telah
digunakan oleh Amato (1987).

Bagi menjalankan kajian ini pelajar diminta menyediakan tiga laporan jurnal refleksi
menurut tahap kerja lapangan dijalankan iaitu : Tahap Pengumpulan Data, Tahap
Memproses Data dan Tahap Menyediakan Laporan Kerja Lapangan. Laporan jurnal
refleksi ini akan digunakan bagi tujuan analisis data yang turut dijalankan selama tiga
pusingan menurut perjalanan kerja lapangan. Tiap tahap mempunyai fokus laporan yang
hampir sama tetapi berdasarkan perincian berbeza. Tahap 1 berfokus kepada pengalaman
mereka mendapatkan responden dan mengumpul data, Tahap 2 berfokus kepada
pengalaman mereka dalam pemerosesan data dan Tahap 3 berfokus kepada pengalaman
mereka dalam menyediakan laporan akhir kerja lapangan berdasarkan contoh yan gtelah
diberikan. Kerangka kajian ini adalah berdasarkan pendapat Cohen & Manion (1994)
dan Denzin (1970) yang mencadangkan bahawa bagi menentukan kesahan data dalam
kajian berasaskan pendekatan kualitatif perlulah dijalankan penilaian berulang terhadap
sampel yang sama. Mathison (1988) pula mencadangkan kajian yang lebih menarik
adalah mempunyai alat kajian yang merupakan gabungan kualitatif dan kuantitatif.
Kerangka kajian ini adalah mengandungi ciri-ciri yang dicadangkan oleh penyelidik-
penyelidik tersebut.

ANALISIS DATA

Data analisis bagi kajian ini adalah dijalankan secara kualitatif sepenuhnya menurut
rumusan pelajar dalam laporan jurnal refleksi yang disediakan sebanyak tiga kali menurut
tahap kerja lapangan di jalankan. Aanalisis sepenuhnya adalah mengandungi tiga
bahagian utama iaitu : (i) Tahap 1: Analisis Tahap Pengumpulan Data, (ii) Tahap 2 :
Analisis Tahap Memproses Data dan (iii) Tahap 3 : Analisis Tahap Akhir Penulisan
Laporan. Kertas kerja ini bagaimana pun hanya mengemukakan analisis Tahap 1 sahaja.

17
Analisis Tahap 1
Pada keseluruhannya berdasarkan laporan jurnal refleksi yang mewakili 25 kumpulan
kerja lapangan terdapat keseragaman fakta yang boleh dikategorikan kepada lima
bahagian berkaitan dengan keberkesanan startegi pembelajaran kerja lapangan iaitu
cabaran mendapatkan responden, cabaran dan pengalaman pembelajaran semasa
menjalankan sesi temuduga, pengalaman menyelesai masalah dan kerjasama,
penghargaan terhadap maklumat dan cadangan menjalankan kerja lapangan dengan
berkesan. Contoh-contoh skrip berkaitan dengan perkara inia dalah seperti berikut:

“Cabaran kedua ialah apabila sampai ke sekolah tersebut. Pengetua sekolah tiada dan
kami terpaksa menunggu pengetua pulang bagi mendapatkan keizinan.. Bila pengetua
memberi keizinan kami dibawa kerani sekolah ke kelas tingkatan empat dan pelajar
memberi kerjasama dengan baik” (K17)

”Selain dari itu kami dapati responden tidak berminat untuk menjawab soalselidik
kerana mereka beranggapan tidak memberi faedah dan membuang masa. Meski pun
begitu kami berusaha memujuk mereka sehingga mereka bersetuju”(K15)

”Sepanjang menjawab soalan pelajar mengemukan soalan. Dia memerlukan bantuan


untuk menjawabnya. Sebagai contoh, apabila apabila ditanya tentang masa yang perlu
dibaiki bersama ibu bapa, pelajar memerlukan beberapa contoh pilihan ” (K18)

”Meski pun pelbagai halangan dan rintangan dalam mendaptkan maklumat,


kami berpushati dengan kerja-kerja tersebut. Pengalaman dan pengetahuan kami dapat
daripada kerja lapangan ini amatlah berharga dan semestinya tidak dapat kami
lupankan” (K14)

”Pada mulanya kami merancang untuk menjalankan soalselidik ini di sekolah menengah
di sekitar Kajang tetapi setelah memikirkan ianya sukar mendapatkan kerjasama pihak
sekolah, jadi kami buat keputusan untuk menjalankan soal selidik tersebut di tempat lain
yang menjadi tumpuan pelajar setelah tamat sesi persekolahan”(K23)

”Daripada pemerhatian kami, ada sebilangan responden yang pada mulanya enggan
memberi kerjasama,tetapi setelah kami menerangkan tujuan sebenarnya mereka
memberi maklum baals yang positif .Apabila mereka benar-benar faham barulah kami
mengedarkan borang soalselidik” (K22)

18
Walau pun kami mengharungi pelbagai cabaran semasa menjalankan kerja lapangan
kajian soal selidik ini menghasilkan maklumat yang amat berharga kepada kami bagi
menghasilkan analisis data yang tepat dan berkesan” (K11)

”Hasil dari kerja lapangan ini , kemi mendapat pendedahan perihal kekeluargaan yang
bersangkut paut dengan aspek komunikasi, konflik dan hubungan antara responden
dengan keluarga. Selain itu, yang paling penting adalah memperolehi maklumat dengan
tepat dan terkini” (K21)

Cabaran dan pelbagai masalah yang dialami reponden adalah berkaitan


dengan diri mereka sendiri yakni mereka kurang pengalaman dan kemahiran bagi
mendapatkan sampel, menemuduga mereka, membuat perancangan pembahagian kerja
dan menyusun strategi bagaimana masalah mendapatkan data melalui temuduga boleh
dilaksanakan. Semua masalah ini yang dilapor responden dalam jurnal mereka telah
diambil tindakan oleh pensyarah melalui penerangan dan huraian semula garis pandauan
yang diberikan, perbincangan melalui kes dan bimbingan secara individu kumpulan
secara lebih terperinci berasaskan penyelesain masalah.

Analisis Tahap 2
Pada tahap ini penyelidik telah merumuskan bahawa terdapat empat perkara utama yang
dikemukakan responden untuk dihuraikan. Perkara-perkara ini adalah berkiatan dengan
masalah yang mereka hadapi semasa memporses data, cadangan asas kekuatan kerja
lapangan, pengalaman pembelajran yang diperolehi semasa menganalisis data dan
pernghayatan terhdap maklumat yang diperoleh. Aspek pengalaman pembelajaran dan
penghayatan terhadap daptan kajian muncul pada semua tahap menunjukkan responden
benar-benar menghayati proses dan dapatan kerja lapnagan. Skrip berkaitan dengan
aspek-aspek ini adalah seperti berikut:

“Dalam proses menganalisis data-data yang berbentuk kuantitatif kami menggunakan


jadual untuk menyusun maklumat agar lebih mudah difahami. Contohnya ialah dalam
bahagian kawalan ibu bapa. Terdapat tiga bentuk kawalan ibu bapa iaitu autoritarian ,
permisif dan autoritatif. Keadaan ini memeningkan kepala kami…” R5.

19
”Setelah semua data diisi ke dalam semua jadual, terdapat kesukaran dalam
merusmuskan semua maklumat daripada hasil penganalisisan kaami. Akan tetapi berkat
bimbingan demi bimbingan dari pensyarah kami, proses analisis data berjaya
disempurnakan ” R17.

”Pelbagai kerenah daripada setiap anggota dan pelbagai pandangan disuarakan. Kami
memgambil pandangan yang bernas sebagai panduan untuk membuat laporan yang
efektif dan efisyen. Kami sentiasa menganggap cabaran dan halangan semasa
memproses maklumat ini sebagai pengalaman dan pengajaran kepada kami untuk
melakukan kerja yang lebih baik. Asas kejayaan kami ialah kerjasama semua ahli
secara adil” R19.

”Oleh itu, kerja memproses maklumat dari data yang telah dikumpul dan membuat
kesimpulan bukanlah sesuatu yang mudah. Bahkan bagi menyiapkan tugasan ini kami
perlu bekerjasama, berkongsi idea, membahagi tugasan serta saling bertukar pendapat
antara satu sama lain” R`17.

”Daripada kerja ini kami mendapat beberapa pengajaran yang sangat berguna
antaranya melihat kepada pelbagai jenis ragam manusia, cara repsonden menerima
kehadiran kami, semuanya memerlukan kesabaran dan keberanian malah memerlukan
kemahiran komunikasi yang berkesan. Selain dari itu semangat dan amalan kerjasama
juga perlu ada bagi setiap orang dalam mebuat kajian dalam bentuk kumpulan. Segala
kesukaran akan menjadi lebih mudah jika sesuatu masalah atau kerja itu dilakuakln
secara bersama bukannya secara individu dan gabungan pelbagai idea juga dapat
mempecepatkan proses menyediakan jurnal tahap ini”. R4.

”Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menyiapkan analisis data kerja lapanngan
ini ialah, pertama dapat mempelajari cara-cara untuk menganalisis data secara manual.
Yakni secara kualitatif dengan berdasarkan deskripsi responden dan juga secara
kuantitatif. Kami merasa pengetahuan statistik asas amat penting dalam analisis data”
R3.

“Kesimpulannya, dalam menjalankan kerja lapangan ini, kami mendapat seribu satu
pengalaman pembelajaran yang amat berharga kerana ia melibatkan hubungan dua
hala iaitu antara remaja dengan responden. Seterusnya kami mendapat pengalaman
yang luas bagaimana menganalisis data termasuk asas analisis berasaskan deskripsi
remaja terhadap ibu bapa serta secara statistik mudah “ R 7.

Banyak pengajaran yang kami perolehi semasa melakukan soalselidik dan menganalisis
data. Antara lain kami bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia serta
mendapat pendidikan yang baik tanpa sebarang halangan. Ini kerana terdapat
responden kami yang terpaksa bekerja demi membantu keluarga. Seharusnya,remaja
tersebut mendapat kasih sayang yang cukup serta makan minum dan pakaiannnya diurus
oleh ibunya.” R20

20
“Kesimpulannya, soalselidik ini sekaligus menjadi pengukur kepada kita mahu pun
remaja tersebut di manakah tahap hubungan dengan ibu bapa. Melalui soalselidik ini
hubungan remaja amat mempengaruhi sifat dna perwatakan remaja apabila dewasa
kelak. Sifat saling menghormati dan menyayangi menjadi faktor penting dalam sesebuah
keluarga apabila masing-masing tahu akan tanggung-jawab mereka” R16

Pernyataan responden dalam skrip yang dinyatakan menghuraikan bahawa


pada Tahap 2 reponden menghadapi masalah dalam memproses data dan masalah itu
adalah merangkumi aspek-aspek membuat koding, menulis analisis secara kuantitaif,
menulis analisi secara kualitatif, mengklasifikasi dapatan responden, membuat rumusan
dan membuat kesimpulan. Bagi menyediakan analisis kuantitatif responden memerlukan
kemahiran statistik asas yang perlu diberi bimbingan. Masalah ini telah dibincang
secara terbuka dalam bilik darjah dan diatasi secara perbincangan dan bimbingan dalam
kumpulan kecil. Seterusnya repsonden berpendapat bahawa asas kekuatan menyediakan
laporan ini ialah dengan merancang kerja berpasukan, bekerjasama sesama anggota dan
merancang rangka penulisan. Responden berpendapat dapatan kajian adalah sangat
bermakna kerana dapatan tersebut adalah merupakan sumber primer dan kesannya
mereka benar-benar memahami dand menghayati masalah perhubungan remaja dengan
ibu bapa. Pada Tahap 2 ini juga responden berpendapat ada banyak pengalaman
pembelajaran yang mereka kuasai dan semuanya adalah berkaitan dengan pengalaman
memproses data dalam menyediakan laporan penyelidikan atau khususnya laporan kerja
lapangan.

Analisis Tahap 3
Analisis Tahap 3 ialah tahap penulisan laporan kerja lapangan. Pada tahap ini responden
melaporkan proses penulisan kerja lapangan masing-masing pada peringkat akhir. Secara
menyeluruh terdapat tiga aspek utama yang dilaporkan responden marangkumi perkara-
perkara berkaitan dengan pengalaman pembelajaran dan cabaran yang dihadapi dan
penghayatan terhadap dapatan kajian..

Pengalaman pembelajaran yang didapati semasa menulis laporan


Dalam bahagian ini responden telah membuat rumusan menyeluruh berkaitan dengan
pengalaman pembelajaran yang mereka timba semasa melahirkan laporan kerja lapangan

21
ini. Antara lain pengalaman yang mereka dapati ialah mereka berkeyakinan untuk
mendekati masyarakat, berkomunikasi dengan anggota masyarakat, bertanggung jawab
dalam menyiapkan tugasan dan memupuk semangat kerjasama dalam menghasilkan
laporan yang berteraskan maklumat primer.

Pengalaman yang responden dapati pada tahap ini adalah luas , melibatkan pengalaman
pembelajaran luar bilik darjah yang merangkumi kemahiran berinteraksi sesama sendiri,
bekerjasama , berinteraksi dan bekomunikasi dengan orang ramai. Hasil dari pengalaman
pembelajaran dan cabaran yang dikuasai maka terciptalah sumber pengetahuan primer
yang dapat dijadikan rujukan berkaitan dengan hubngan remaja dan ibu bapa.
Pengalaman pembelajaran telah membuka minda responden dengan luas realiti
kehidupan sebeanrnya antara remaja dengan ibu bapa. Pemahaman berasaskan tafsiran
dapatan kajian menginsafkan responden dan berpendapat ilmu pengetahuan tersebut
boleh dijadikan panduan apabila berumahtangga nanti.

“Antara pengalaman yang kami perolehi sepanjang kerja lapangan ini ialah kami telah
mempelajari bagaimana cara berkomunikasi dengan masyarakat luar terutama para
remaja. Melalui pengalaman ini, kami mendapati bukan senang untuk mendekati dan
berkomunikasi dengan para remaja bagi mendapatkan hasil kajian. Di sini kami
menggunakan pelbagai cara untuk mendekati para remaja untuk memberi kerjasama.”
R17
“Setelah menyiapkan ketiga-tiga jurnal yang diberikan, kami mendapati banyak ilmu
dan pengalaman yang bermakna telah kami perolehi. Kerja lapangan ini mengajar kami
tentang ilmu psikologi remaja. Kami terpaksa menarik perhatian para remaja untuk para
remaja untuk meminta kerjasama mereka menjawab soal selidik yang diberikan.Kami
juga berpeluang untuk mmepelajari dan memahami jiwa remaja yang bermasalah”R14

“Kerja lapangan ini, telah mendidik kami untuk bersikap bertanggung jawab, sabar,
tekun, matang untuk berfikir, matang untuk bertindak dan sentiasa bersedia untuk
memberikan sumbangan idea. Pengalamanm memproses kerja pula telah mengajar kami
cara untuk menulis laporan kajian tindakan secara sistematik”R13

“Daripada kajian yang telah dilakukan, terdapat banyak kelebihaan yang dapat
dikenalpasti. Kebaikan kerja lapangan yang kami perolehi antaranya ialah dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam diri setiap ahli kumpulan. Selain dari itu
ia dapat meningkatkan tahap keyakinan kami apabila berhadapan dengan orang ramai.

22
Kebaikan yang seterusnya adalah kami mendapat banyak pengalaman mengenai
masalah sosial yang melibatkan remaja sekaligus dapat menyelami masalah remaja
yang kurang bernasib baik” R16.

“Maklumat sumber primer tidak akan dapat kami perolehi melainkan berinteraksi
sendiri dengan pihak responden. Selain itu juga dengan berinteraksi dan berkomunikasi
dengan pihak responden, kami dapat mempelajari dan memperbaiki cara berinteraksi
secara berkesan dengan pihak responden dan bagaimana untuk menarik perhatian
responden agar memberi komitmen yang diperlukan” R7.

“Pengalaman yang kami dapat boleh diaplikasikan apabila hendak mendirikan


rumahtangga. Bagaimana cara yang terbaik untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang
bertanggungjawab terhadap anak-anak dan boleh memberikan kebahagiaan dalam
rumah tangga kelak” R9

.
Penghayatan terhadap dapatan kajian
Sama seperti laporan Tahap II, pada tahap ini juga responden turut mengulangi
pernghayatan mereka terhdap dapatan kajian. Kali ini pernghayatan mereka adalah lebih
serius kerana mereka dapat melihat dapatan kajian secara menyelurh dan berdasarkan
maklumat yang dilaporkan pada tahap siap. Antara lain responden berpendapat ibu bapa
perlu memupuk huubngan erat dengan remaja supaya fikiran mereka tenteram. Konflik
antara remaja dengan ibu bapa boleh menyebabkan remaja menghadapi masalah dalam
proses perkembangan mereka. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam hubungan
remaja dengan ibu bapa termasuklah komunikasi berkesan, kasih sayang dan perhatian.
Semuanya adalah berkit rapat dengan keperluan asas anak-anak.

“Ternyata, setiap ahli kumpulan kami telah menimba banyak ilmu dan pengalaman
dalam proses mengendalikan kerja lapangan ini. Hasilnya, kami berpeluang untuk
membuka minda secara lebih luas dnegan melatih diri untuk melihat dan meneliti
sesuatu perkara dari pelbagai sudut” R5.

“Kerjasama merupakan satu perkara yang penting dalam kerja berpasukan. Tanpa
kerjasama daripada ahli kumpulan kerja berpasukan tidak akan menjadi.. Ahli-ahli
kumpuluan kami memberikan kerjasama dalam menjalankan kajian lapangan.” R2

“Selain itu, setelah siap kajian lapangaan ini, penyeldik mengetahui bahawa hubungan
ibu bapa yang baik dengan remaja sangat mempengaruhi akademik dan sahsiah para
remaja. Hal demikian kerana apabila anak-anak diasuh, dididik dan dihubungkan

23
dengan hubungan yang baik oleh kedua ibu bapa mereka, maka mereka dapat
menumpukan pengajian mereka dengan baik”. R 5

“Melalui kerja lapangan ini, kami juga dapat mengetahui dan menyelami perasaan
sebenar yang dialami responden. Dari sini barulah kami mengetahui keadaan remaja
yang sebenar bahawa ramai remaja di luar sana mengalami konflik dengan ibu bapa.
Antara puncanya adalah mereka kurang mendapat perhatian yang sepenuhnya daripada
kedua-dua ibu bapa kerana mereka sibuk bekerja” R14

“Daripada kajian itu, kami dapati banyak faktor yang mempengaruhi hubungan antara
remaaja dengan ibu bapa. Antara faktor-faktor yang yang menyebabkan remaja
bermasalah dalam hubungannya dengan ibu bapa ialaah masalah komunikasi dengan
ibu bapa, kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa, kongkongan ibu bapa
terhadap kemahuan remaja dan sebagainya” R7.

Pada keseluruhannya Tahap 3 responden telah memberikan rumusan akhir secara


menyeluruh apakah yang telah mereka alami semasa menyiapkan laporan akhir kerja
lapangan tersebut. Tiga perkara utama yang diketengahkan ialah pengalaman
pembelajaran menyeluruh semasa proses membuat laporan iaitu pengalaman
pembelajaran, cabaran yang dihadapi semasa menulis laporan dan penghayatan terhadap
dapatan kajian secara menyeluruh. Dari segi pembelajaran, responden telah dapat
menguasai pengalaman menyediakan laporan kerja lapangan secara sistematik,
pengalaman bersemuka dengan anggota masyarakat, kemahiarn bertolak ansur sesama
anggota kumpulan, kemahiran bekerjasama dan kemahiran berfikir secara luas.

PERBINCANGAN

Pada Tahap 1 satu kajian tindakan ini dijalankan maklumat yang didapati menunjukkan
kerja lapangan adalah satu strategi pembelajaran yang menarik bagi pelajar. Ini
disebabkan berlakunya peralihan situasi pembelajaran dari dalam dewan kuliah ke dalam
komuniti. Strategi pembelajaran kerja lapangan benar-benar rmencabar wibawa pelajar
dari segi kepimpinan, kesabaran, kegigihan, keberanian dan membuat keputusan
(Lonergan & Andressen, 1988). Berkaitan dengan perkara ini pelajar berpendapat bagi
menjalankan kerja lapangan mereka hendaklah mempunyai sikap asertif seperti sikap
berani dengan mengikis rasa malu dan takut apabila berhadapan dengan anggota

24
komuniti (Mcguire, 2004). Mereka bukan sahaja berhadapan dengan remaja sebagai
responden tetapi juga pihak lain seperti guru sekolah, tuan punya premis perniagaan dan
ibu bapa. Semasa menjalankan sesi mengumpul maklumat yang melibatkan temuduga
pelajar terus melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembelajaran seperti berkomunikasi
dengan berkesan sesuai dengan usia responden, memberi bimbingan, menjawab soalan-
soalan pelajar, memberi motivasi kepada responden yang memberi kerjasama dan yang
paling penting ialah membuat keputusan semerta apabila terdapat masalah yang dihadapi
responden (Lonergan & Andressen, 1988; Orien 1993).

Cabaran dan pengalaman pembelajaran ini berterusana pada Tahap 2 dan Tahap 3.
Amalan bekerjasama sesama anggota adalah penting di sepanjang kerja lapangan ini
dijalankan dan pengalaman pembelajarannya semakin mengkhusus. Pada Tahap2
responden menggarap pula kemahiran memproses data termasuk kemahiran membuat
klasifikasi data, membuat koding , mengapalikasi kemahiran asas statistik bagi penulisan
kauntitatif dan memproses data bagi penulisan berbentuk kualitatif. Pada Tahap 3 pula
responden telah meluaskan lagi pengalaman pembelajaran mereka dan pada kali ini
pengalaman yang dikuasai adalah berkaitan dengan kemahiran penulisan akademik
seperti membuat huraian, menulis rumusan,menulis kesimpulan dan menguasai secara
menyeluruh kemahiran menulis laporan kerja lapangan menurut struktur format yang
ditetapkan. Di samping itu pada semua tahap reponden telah mengemukakan pandangan
serta nilai data yang mereka kumpul dan proses. Kesemua mereka menganggap data
tersebut adalah sangat bermakna kerana berbentuk primer dan mereka benar-beanr
menghayati dapatan tersebut bagi dijadikan sumber pengetahuan dan panduan hidup
apabila menjadi ibu bapa kelak.

Kerja lapangan adalah merupakan satu strategi pembelajaran yang mencabar kematangan
intelek pelajar kerana strategi ini adalah berbentuk penyelesaian masalah. Dari peringkat
awal hingga akhir pelajar perlu menyelesaikan pelbagai masalah. Antara lain pelajar
perlu memikirkan lokasi dan masa yang sesuai bagi mendapatkan responden,
pembahagian tugas, kos kerja lapangan, menjalankan permerhatian awal yang ada kaitan
dengan tinjauan berbentuk rintis dan strategi mendapatkan kerjasama dari responden

25
apabila bersemuka dengan mereka (Compiani & Carneiro, 1996; Tobin 2004). Semua
masalah pelajar selesaikan melalui perancangan pada tahap awal sebelum kerja lapangan
dijalankan. Mereka telah mengaplikasi pembelajaran koperatif dengan berkesan dari
peringkat awal lagi, yakni mengumpulkan ahli yang datang dari latar belakang bidang
berbeza bagi mencapai permuafakatan bagi memulakan kerja lapangan (McGuire 2004;
Tobin 2004; Kuhn, 1993).

Strategi menjalankan kerja lapangan mereka rancang dengan teliti dari awal ke akhir
termasuklah pembahagian tugas yang merangkumi aspek rujukan, penyusunan isi
kandungan dan penulisan akhir laporan kerja lapangan. Berdasarkan pengalaman yang
telah dilalui pelajar turut memberikan cadangan bagaimana kerja lapangan boleh
dilaksanakan dengan berkesan dan antaranya ialah bersedia dengan sikap positif dan
asertif, perancangan yang teliti pada tahap awal bagi menentukan lokasi, pembahagian
tugas, penerangan matlamat kerja lapangan kepada responden, memberitahu responden
aspek kerahsiaan maklumat, persediaan alat tulis semasa sesi temuduga dan memberi
pernghargaan kepada responden (Bellefuelle, 2006).

Pada keseluruhannya, dalam konteks kajian yang dijalankan ini, pada tahap pengumpulan
data kajian ini menunjukkan bahawa kerja lapangan mencabar wibawa intelak pelajar
secara berkelompok dalam meneyelesaikan masalah. Masalah yang dihadapi sepanjang
proses pengumpulan data diselesaikan melalui semangat kerjasama sesama ahli. Antara
masalah tersebut ialah masalah memilih lokasi, mendapatkan kerjasama responden,
memandu responden memberi gerak balas terhadap soalselidik dan soalan-soalan
temuduga dan menerangkan objektif karja lapangan. Dalam proses ini pelajar terpaksa
bersedia dengan jatidiri yang kental, membuang sifat malu dan kurang asertif serta
membentuk sikap baru yang sanggup menghadapi cabaran. Proses ini adalah melibatkan
kemahiran membuat keputusan, membuat tafsiran, analisis masalah dan menyusun
strategi baru bagi memperbaiki perjalanan kerja lapangan. Semuanya boleh ditangani
dengan baik jika pelajar membuat perancangan awal berdasarkan tinjauan rintis sebelum
kerja lapangan dijalankan.

26
KESIMPULAN

Kertas kerja ini membincangkan secara ringkas peralihan peranan pengajar dan pelajar
dari dalam bilik kuliah ke dalam komuniti. Sama seperti pengajar lain, penyelidik
berusaha memastikan apakah strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selain
dari kuliah atau syarahan. Pada dasarnya apa pun strategi pengajaran dan
pebelajaranyang digunakan terdapat kelemahan dan kekutan strategi itu sendiri. Teori-
teori pembelajaran seperti teori konstruktivisme sosial dan teori kognitif mencadangkan
bahawa persekitaran yang berpotensi boleh memaksimumkan pembelajaran. Dalam
pendekatan ini adalah dicadangkan bahawa proses pembelajaran hendaklah berasaskan
pembelajaran berpusat pelajar dan peranan pengajar adalah sebagai failitator. Walau pun
tugasan yang diberi kepada pelajar agak mencabar, tetapi tanggung jawab mereka dalam
proses pembelajaran adalah terkawal, yakni dikawal oleh batasan kerja lapangan itu
sendiri. Peranan ini mungkin baru kepada pelajar tetapi apa yang jelasnya mereka
membina kefahaman mereka sendiri, menjelaskan bahawa pendekatan konstruktivisme
memperlihatkan kekuatannya.. Kerja lapangan ini memberikan maklumat bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran boleh di pindahkan ke dalam persekitaran yang aktif iaitu
persekitaran komuniti yang menggalakkan pergerakan pelajar dari belajar melalui
aktiviti dalam bilik darjah kepada pembelajaran yang aktif dalam komuniti.

CADANGAN
Kerja lapangan adalah satu tugasan yang memberi pengalaman pembelajaran yang luas
kepada pelajar. Melalui kerja lapangan pelajar dicabar supaya berfikir luas atau
mengamalkan proses think aloud mana mereka dikehendaki menyelesai masalah yang
terdapat dalam proses kerja lapnagan itu sendiri. Dapatan kajian tindakan ini
menunjukkan bahawa pengalaman pembelajaran yang dikuasai pelajar adalah positif.
Bagi melaksanakan kerja lapangan di kalangan pelajar ijazah pertama mereka perlukan
dibimbing pada setiap tahap kerja lapangan itu dijalankann dari mula data dikumpul ,
diproses dan akhirnya pada tahap penulisan laporan. Tugas pengajar adalah penting dan
rumit tetapi hasilnya adalah positif. Bagi melaksanakan kerja lapangan, topik yang dipilih
hendaklah bersesuaian dan mampu dilaksanakan pelajar. Struktur dan format penulisan
kerja lapangan hendklah jelas dan dibincang secara terperinci supaya mereka boleh

27
melaksanakannya. Penulisan jurnal refleksi pada tiap tahap sangat membantu mereka
berkongsi pengalaman berkaitan dengan masalah yang ditempuhi dan cara mengatasinya.
Perkongsian jurnal refleksi menunjukkan pelajar memerlukan biimbingan dan panduan
menyeluruh bagi menyiapkan kerja lapangan walau pun format menulis laporan telah
diberikan. Mereka adalah penyeldik muda atau novice yang masih memerlukan
bimbingan dan panduan. Hubungan dan gabungan tenaga pengajar dan pelajar yang
mantap mampu menghasilkan kerja lapangan yang bermutu.

BIBLIOGRAFI

Amato, P. 1987. Children in Australian families. The growth of competence. NY :


Prentice Hall.

Ballantyne, R & Packer, J. 1995. Making Connections: Using Student Journals as a


Teaching/Learning Aid, HERDSA ACT.

Bellefuille, G.L. 2006. Rethinking reflective practice education in social work


education : A blended constructivist and objectivist instructional design strategy for a
web-based child welfare practice course. Journal of Social Work Education, January
2006, http://www.encyclopedia.com/doc/IGL-143524753 html. 15.10.2009

Bligh, D.A. 1998. What’s the use of lectures? . Exeter : Intellect.

Bonwell, C.C. & Eisson, J.A 1991. Active learning : Creating excitement in the
classroom. ERIC noED340272.

Bruner, J. 1996. The Culture of Education. Narrative of Science, Cambridge,


Massachusetts : Harvard University.

Boud, D. Keogh, R & Walker, D. 1995. Reflection: Turning Experience into Learning,
Kogan Page : London.

28
Brookfield, S.D. 1995. On Becoming a critically refelctive teacher. Jossey Bass, San
Francisco.

Cohen, L. & Manion, L. 1994. Research methods in education (4th. Ed), London,
Routledge.

Compiani, M. & Carneiro, C.D.R. 1996. The didactic roles played by geological
excursions, m.s 233-242 dalam Stow, D.A.V. dan McCall, G.H.J (Eds), Geoscience
Efucation and Training: In schools, universities, for industries and public awareness:
Rotterdam: A.A. Balkema.

Denzin, N.K. 1978. The act in sociology: A theoretical introductionto sociological


method. London: Routledge.

Driver, R., Asoko, Leach, J., Mortimer, E. & Scott, P. 1994. Constructing scientific
kowledge in the classroom. Educational Researcher, 23, 5-12.

Frazer, B.J. 1998. Classroom environment instruments. Development validity and


approach. Learning Environment Research, 1, 7-33.

Gardener, H. 1999. The disciplined mind: What all students should understand. NY :
Basic Book.

Gibbs, G. & Habeshaw, T. 1989. Preparing to teach. An inrtrduction of effective


teaching in higher education. Bristol : Techinical and Educational Services.

Gibb, G. & Jenkins, A. 1992. Teaching large classes in higher education: How to
maintain quality with reduced resources. London : Kogan Page.

Grattan, J., Gilbertson, D.D., & Horgan, J. 2009. Skills development via fieldwork: The
Malta experience. http://www.gees.ac.uk/essd/field.htm, 12 .10.2009.

Greenfield, S. 2000. The Child: The Private Life of Brain. NY : John Wiley and Sons.

Guzdial, M. &Kehoe, C. 1998. Apprenticeship based learning environments: A


principled approach to providing soft-ware relized scaffolding through hypermedia.
Journal of Interactive Learning Research, 9 (4/4) 289-336.

Hawley, D. 1993. Field’Sketches’: Purpose and practice. Teaching Earth Sciences, 18


(2), 60-62.

Hodson, D. 1998. Teaching and learning science. Towards a personalised approach.


Buckingham: Open University Press.

29
Kinzie, M.B. & Berdel, R.C. 1990. Design and use of hypermedia system. Educational
Technology Research and Development, 38, 61-68.

Lonergan, N. & Andressen, L.W. 1988. Field-based eduaction: Some theoretical


considerations. Higher Education Research and Development, 7 (1), 63-77.

Mathison, S. 1998. Why triangulate? Educational Researcher, 17(2) 13-17.

McGlinn, M.K. & Roth, M.W. 1999..Preparing students for competent scientific ptactice:
Implications of recent research in science and technology studies. Educational
Researcher, 28, 14-24.

Mcguire, S. 2009. Group projects: An effective fieldwork teaching strategy.


http://www.gees.ac.uk/essd/field. htm. 12. 10. 2009.

Moran, A. 1997. Managing your own learning at university: A practical guide.


University Dublin Press.

Orien, N. 1993. A model for the development and implementation of fileld trips as an
integral part of the science curriculum. School Science and Mathematics, 93, 325-331.

Orien, N. & Hofstein, A. 1994. Factors that influence laerning during scientific fieldtrip
in a natural environment. Journal of Research in Science Teaching, 31, 1097-1119.

Piaget, J.. 1972. Intellectual development from adolescence to adulthood. Human


Development, 15, 1-12.

Presseley, M., Hogan, K., Wharton-Mc Donald R., & Mistretta, J. 1996. The challenges
of instructional scaffolding that supports student thinking. Learning Disabilities,
Research and Practice, 11 (3), 138-146.

Ramsden, P. 1992. Learning to teach in higher education. London : Routledge.

Rogers, C. 1961. On becoming a person. Boston: Houghton Mifflin.

Sanders, M. 2004. Engaging with e-learning in geography, Earth and Environmental


Sciences. Exchange, 6, 19.

Schn, D. 1987. Educating the Reflective Practitioner, Jossey Bass : San Francisco.

Tobin, K. 2004. Cultural prespectives on th eteaching and learning of science. In. E.


Scanlon, Murphy, P, Thomas, J. & Whitelegg, E. (Eds.), Reconsidering Science
Learning. London : Routledge.

Talbot-Jones, P.D. & Albans, A. 2009. Student perceptions of field work.


http://www.gees.ac.uk/essd/field.htm. 12.10.2009

30
Thompson, D.B. 1982. On discerning the purpose of geological fieldwork. Geology
Teaching. 7 (2) , 59-65.

Vygotsky, L.S. 1978. Mind in Society: The development of higher psychological


processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Wiske, M.S. 1998. Teaching for understanding: Linking research and practice. San
Francisco : Jossey Bass Pub.

Zilbersztain, A. & Gilbert, J. 1981. Does practice in th elaboratory fir the spirit?
Austyralian Science Teachers Journal, 27, 39-44.

31

Anda mungkin juga menyukai