Anda di halaman 1dari 16

GARIS PANDUAN e-KURSUS

TM FUTURE SKILLS 2020

Garis Panduan e-Kursus TM Future Skills 2020 disediakan sebagai rujukan


kepada peserta e-Kursus TM Future Skills. e-Kursus ini dilaksanakan oleh
Creative Minds terhadap guru-guru bawah Projek Transformasi Pendidikan
Centric IR 4.0 di Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu.
Diharapkan garis panduan ini dapat membantu dan memudahkan
pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 dalam kalangan guru.

CREATIVE MINDS
STEM.ORG.MY | No A-5-07, One South Street Mall, Jalan Serdang Perdana, Seksyen 6,
43300 Seri Kembangan Selangor
e-kursus TM Future Skills
Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melaksanakan pelbagai program yang bercorak
pembangunan insan dalam komuniti pendidikan melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR). Dalam konteks ini, TM Future Skills memfokuskan pendidikan digital yang berteraskan
teknologi revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dan menekankan kemahiran masa depan (future skills).
Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran
kepada para guru dan murid agar berupaya mendepani cabaran kemajuan teknologi IR 4.0 serta
berdaya saing di peringkat global.

Teknologi yang akan diketengahkan:

Data Logging – Pocketlab 3D Modeling

✓ Menggunakan teknologi Pocketlab, ✓ Menggunakan teknologi 3D Printer.


iaitu sebuah data logger mini. ✓ Sesuai digunakan untuk merekacipta
✓ Sesuai digunakan untuk menjalankan inovasi mudah dan prototaip.
eksperimen Sains dan Fizik ✓ Aplikasi langsung subjek Reka Bentuk
✓ Aplikasi langsung ujikaji Sains dan dan Teknologi
Matematik

Skil: Skil:
▪ Menggunakan Pocketlab data logger ▪ Menggunakan perisian atas talian
untuk merekodkan data saintifik (tinkercad.com) untuk mencipta
secara digital. rekabentuk model 3D.
▪ Menggunakan spreadsheet seperti ▪ Menggunakan 3D Printer untuk
Google Sheet atau MS Excel untuk mencetak objek yang telah direka bentuk
menganalisa data yang telah direkodkan. menggunakan tinkercad.com

Dikuasakan oleh Platform ms | 2


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Cara menyertai e-kursus
e-kursus TM Future Skills 2020 merupakan kursus secara dalam talian yang disertai oleh guru-
guru dari sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar/Pudu sahaja.

▪ e-kursus yang ditawarkan adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan.


▪ Terhad kepada 21 buah sekolah rendah dan menengah yang terpilih dalam Projek
Transformasi Pendidikan Centric IR4.0 peringkat PPD Bangsar/Pudu.
▪ e-kursus terbuka kepada pasukan pelaksana projek dan guru-guru yang berminat.
Pengkhususan subjek pengajaran yang berkait dengan bidang STEM adalah digalakkan.
▪ Terdapat dua kaedah untuk menyertai e-kursus:
i. Secara Live melalui platform Cisco Webex
ii. Melalui Portal www.stem.org.my selepas sesi Live diadakan
▪ Kaedah secara Live membolehkan peserta berinteraksi secara langsung dengan pelatih.
▪ Peserta yang tidak dapat menyertai sesi e-kursus secara Live boleh mengikutinya di
portal dalam tempoh yang ditetapkan.

✓ Melalui portal setelah sesi Live tamat.


✓ Interaksi secara langsung
✓ Untuk guru yang tidak dapat
dengan pelatih.
menyertai sesi secara Live.
✓ Mengandungi tips-tips tambahan.
✓ Boleh diakses melalui portal
✓ Melalui platform Cisco Webex.
stem.org.my

Dikuasakan oleh Platform ms | 3


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Carta Alir Pelaksanaan e-Kursus Secara Live (Cisco Webex)

Link akses kepada


Guru mendaftar di Sertai e-kursus
e-kursus diemelkan
portal TM Future Skills melalui link yang
menjelang tarikh
(www.stem.org.my) telah diemelkan.
kursus diadakan.

Link Ujian Kefahaman


Guru menjawab
akan diemelkan
Ujian Kefahaman
setelah tamat
(3 kali percubaan)
sesi e-kursus.

Tempoh pelaksanaan bagi setiap sesi e-kursus adalah seperti yang berikut:

No Sesi e-Kursus Masa

1 Pengenalan 10 min

2 Sesi pembentangan (Tutorial) 45 min

3 Rumusan 10 min

4 Sesi Q&A 15 min


5 Penutup 10 min

Jumlah Masa: 90 min


Jadual 1: Jadual Sesi e-Kursus

Dikuasakan oleh Platform ms | 4


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Panduan Tambahan
Guru membuat pendaftaran e-kursus di portal TM Future Skills di
www.stem.org.my

Rajah 1: Layari stem.org.my dan klik pada tab “TM Future Skills – PPD Bangsar/Pudu”.

Rajah 2: Klik pada "Register my interest"

Dikuasakan oleh Platform ms | 5


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Rajah 3: Lengkapkan borang pendaftaran yang dipaparkan.

Rajah 4: Pendaftaran yang telah selesai akan dipaparkan.

Dikuasakan oleh Platform ms | 6


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Rajah 5: Guru yang berjaya membuat pendaftaran akan menerima e-mel pengesahan.

Link akses kepada e-kursus diemelkan menjelang tarikh diadakan.

Rajah 6: Semak e-mel untuk mendapatkan link akses e-kursus.

Dikuasakan oleh Platform ms | 7


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Sekiranya anda membuka link melalui PC/Laptop:

Melalui PC/Laptop

1. Klik pada Link di e-mel

2. Tuliskan butiran diri dan klik Next

e-Kursus

Dikuasakan oleh Platform ms | 8


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
3. Klik pada “Start Meeting” setelah bersedia.

Dikuasakan oleh Platform ms | 9


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Sekiranya anda membuka link melalui telefon pintar:

Melalui Telefon Pintar

1. Download Applikasi Cisco Webex Meet

2. Klik Join Meeting pada E-mail

Dikuasakan oleh Platform ms | 10


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
3. Klik “Allow” sekiranya pop-up keluar. Applikasi Cisco Webex Meet akan digunakan
secara automatik.

4. Sekiranya berjaya masuk, peserta akan melihat paparan seperti yang berikut:

Dikuasakan oleh Platform ms | 11


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Link Ujian Kefahaman akan diemelkan setelah tamat sesi e-kursus

Peserta e-kursus perlu menjawab Ujian Kefahaman selepas tamat setiap sesi e-kursus.

▪ Ujian kefahaman adalah berkaitan topik-topik yang dibentangkan sepanjang e-kursus.


▪ Peserta diberikan percubaan sebanyak 3 kali semasa menjawab ujian.
▪ Markah terbaik daripada 3 kali percubaan tersebut akan direkodkan.
▪ Link akses Ujian Kefahaman dalam bentuk Google Form akan diberikan melalui e-mel
setelah tamat sesi e-kursus.

Dikuasakan oleh Platform ms | 12


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Carta Alir Pelaksanaan e-Kursus Melalui Portal
Bahagian ini disediakan untuk peserta yang tidak dapat mengikuti sesi e-kursus secara
live melalui platform Webex.

Video pembentangan (tutorial) dirakam dan dimuat naik di portal stem.org.my.

Klik pada Modul


Guru mendaftar di
Klik pada laman (page) Projek Transformasi
portal TM Future Skills
e-Learning Pendidikan Centric
(www.stem.org.my)
IR4.0

Link Ujian Kefahaman


Guru menjawab
akan diemelkan
Ujian Kefahaman
setelah tamat
(3 kali percubaa)
sesi e-kursus

Dikuasakan oleh Platform ms | 13


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Panduan Tambahan

1. Membuat pendaftaran di portal TM Future Skills


www.stem.org.my

Rajah 7: Membuat pendaftaran di laman web stem.org.my

❖ Pengesahan butiran akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Dikuasakan oleh Platform ms | 14


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
2. Klik pada laman (page) e-Learning

3. Klik pada Modul Projek Transformasi Pendidikan Centric IR4.0

Rajah 8: Peserta dari sekolah projek PPD Bangsar/Pudu yang berdaftar sahaja
dapat melihat papara Modul Projek Transformasi Pendidikan Centric IR4.0

Dikuasakan oleh Platform ms | 15


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my
Penutup
Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 bertujuan untuk memberikan pendedahan dan
kemahiran berteraskan teknologi IR 4.0 kepada warga pendidik. Melalui e-kursus ini, diharapkan
dapat meningkatkan kapasiti guru serta memantapkan pendidikan digital di sekolah. Murid yang
telah didedahkan pengetahuan dan kemahiran teknologi digital akan lebih kompetitif di
peringkat pengajian tinggi dan peringkat global, seterusnya berdaya saing dalam dunia kerjaya
melalui keyakinan digital (digital confidence).

Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 turut menyokong dan memberikan impak terhadap
pelaksanaan Projek Transformasi Pendidikan Centric IR4.0 di sekolah Pejabat Pendidikan Daerah
Bangsar/Pudu. Inisiatif ini akan menjadi pemangkin untuk merealisasikan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia dan pihak korporat dalam usaha memantapkan pendidikan melalui
teknologi terkini seiring dengan perkembangan IR4.0.

Penghargaan

Telekom Malaysia Berhad

Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu

Multimedia Universiti

Panel Garis Panduan e-Kursus TM Future Skills 2020


1. Muhammad Shafiq bin Shahrul Amar (Creative Minds)
2. Syed Abdul Hadi bin Syed Abdul Rahman (Creative Minds)
3. Izuan Alif bin Mohd Arifin (Creative Minds)
4. Ahmad Aizat bin Arzmi (Creative Minds)
5. Ong Li Choo (SISC+ PPD Bangsar/Pudu)

Dikuasakan oleh Platform ms | 16


TM FUTURE SKILLS Online STEM Community | stem.org.my

Anda mungkin juga menyukai