Anda di halaman 1dari 33

1

TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

School of Education and Cognitive Science

EPL 311 Pengantar Linguistik

Tugasan

Pengenalan
2
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Panduan ini menerangkan dengan terperinci Tugasan untuk kursus ini. Tujuan
panduan ini ialah untuk memastikan bahawa semua pelajar serta Fasilitator Akademik
mempunyai maklumat yang sama tentang apa yang dikehendaki. Tugasan ini
merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kurusus ini.

Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi;


iaitu kebolehan anda mengaplikasi prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam
penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan
menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.

Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan


Fasilitator Akademik menilai hasil kerja anda.

Penulisan Akademik

Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifik yang menjawab secara
sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan kepada idea
bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan bukti. Seorang
penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak terpengaruh dengan
pegangan sendiri (kecuali tajuk menggalakkan penulis memberi pandangan atau
merupakan sesuatu refleksi peribadi), gunakan data yang diperolehi untuk menyokong
sesuatu soalan atau hipotesis.

Secara ringkas sesuatu Penulisan Akademik mempunyai ciri-ciri berikut:


 Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur
yang jelas.
 Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
 Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.
 Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu.
 Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada
kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

Plagiarisme

Apa itu PLAGIARISME?


Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan
menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar.
Selaras dengan Seksyen 14.0 Academic Offence, dalam Buku Panduan Peraturan
Universiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea,
penulisan, data atau ciptaa orang lain yang bermaksud seperti berikut:

 Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi
penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwa bahawa ia adalah hasil
ciptaan sendiri.
3
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

 Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang
diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak
salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber,

 Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah
sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang
adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk
gambarajah, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya.

 Penyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih
kursus.

Bagaimana saya boleh elak daripada PLAGIARISME?

 Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik mempunyai
rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan.
 Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinyatakan dalam
kurungan.
 Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat
segala rujukan.
 Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa
yang anda boleh gunakan tanpa hak cipta.

c) Rujukan
Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan diakhir tugasan anda di
bawah seksyen RUJUKAN.

Berikut ini ialah kaedah membuat Rujukan.

Daripada Jurnal
DuFour, R. (2002). The learning-centred principal: Educational
Leadership, 59(8). 12-15.

Daripada Online Jurnal


Evnine, S. J. (2001). The universality of logic: On the connection
between rationality and logical ability [Versi Elektronik].
Mind, 110, 335-367.

Dariapada Halaman Web atau Halaman Sesawang


National Park Service. (2003, February  11). Abraham Lincoln
Birthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003,
from http://www.nps.gov/abli/

Daripada Buku
Naisbitt, J. and Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London:
Pan Books.
4
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Dariapda Bab dalam Buku


Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J.
Sternberg (Eds),  Teaching thinking skills: Theory and practice. New
York: W.H. Freeman and Company. 27-37.

Daripada Akhbar
Holden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82:
Matchless stylist of pop. The New York Times, pp. A1,
A22-A23.

TUGASAN (60%)

Tugasan ini terdiri daripada TIGA bahagian:

Bahagian A [15%]

Kepentingan Linguistik Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Malaysia.

Ilmu linguistik merupakan tulang belakang kepada semua bahasa di dunia;


termasuklah bahasa Melayu. Secara khususnya semua pendidik yang mengajar ilmu
bahasa Melayu di sekolah – sekolah telah dibekalkan dengan ilmu linguistik di
samping ilmu – ilmu lain. Seperti yang diketahui oleh ramai mahasiswa dan
mahasiswi, ilmu dan teori yang diperolehi di menara gading sememangnya amat
berbeza dengan realiti hidup sebenar. Namun begitu, hal ini seharusnya tidak
menghalang mereka untuk meneruskan kerjaya mereka. Mereka perlu pandai
menyesuaikan diri dan mengaplikasikan ilmu dan teori yang telah mereka perolehi
dengan situasi sebenar semasa.

Seorang guru terutamanya guru bahasa Melayu memang telah dilengkapkan dengan
pelbagai ilmu berkaitan bidang bahasa yang akan dan perlu digunakan oleh mereka
ketika di sekolah nanti. Namun, apabila mereka sudah di tempatkan di sekolah dan
ingin memulakan tugas mereka, mereka akan dapati bahawa banyak situasi dan
keadaan yang tidak pernah mereka temukan dalam buku ketika belajar di menara
gading dahulu. Mungkin mereka ditempatkan di sekolah Orang Asli yang mana murid
5
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

– murid di sana tidak fasih berbahasa Melayu, di sekolah vernacular yang mana murid
– muridnya tidak langsung pernah didedahkan dengan bahasa Melayu atau pun di
sekolah – sekolah pedalaman yang mana muridnya bertutur dalam loghat daerah
masing – masing .

Hal dalam contoh di atas telah disokong oleh Naom Chomsky dalam Haliza &
Samuel (2009) yang menyatakan bahawa, “kanak – kanak bukan hanya sekadar
meniru bahasa – bahasa yang digunakan di sekitar mereka tetapi mereka membuat
deduksi secara tidak sedar tentang peraturan – peraturan bahasa yang didengar”.
Jelas di sini bahawa murid di sesuatu sekolah telah dilengkapkan dengan kemahiran
berbahasa yang mereka pelajari di sekitar mereka. Mereka juga mendeduksi sistem
bahasa tersebut. Sebagai contoh, sebuah sekolah yang terletak di Kubang Golok,
Kelantan, murid – murid tahun satu di situ tidak masih langsung untuk menuturkan
bahasa Melayu yang standard kerana mereka membesar dalam lingkungan masyarakat
yang menggunakan dialek Kelantan untuk berkomunikasi. Justeru itu, mereka akan
meniru bahasa dan peraturan – peraturan bahasa tersebut untuk berkomunikasi bagi
memenuhi keperluan diri mereka.

Namun begitu dalam konteks pendidikan, seorang guru bahasa Melayu perlu pandai
dan bijak menyesuaikan kaedah dan teknik yang akan dan sedang digunakan untuk
mengajar murid tentang bahasa Melayu. Hal ini kerana, kurikulum bahasa Melayu
yang telah digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah didatangkan secara pakej iaitu bahasa serta peraturan – peraturan
bahasa. Secara ilmiahnya, bahasa dan peraturan bahasa ini didefinisikan sebagai
penggunaan bahasa, kemahiran bahasa dan sistem bahasa (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2003). Bahasa dan peraturan ini secara amnya selari dengan amalan
harian bahasa Melayu di sesetengah tempat di Malaysia namun bagi sesetengah
tempat yang lain, ianya adalah berbeza. Justeru itu, seorang guru bahasa Melayu
seharusnya mempunyai ilmu linguistik bahasa Melayu yang komprehensif dan
lengkap agar dapat memenuhi keperluan pasaran yang menuntut kepada semua murid
dan pelajar di Malaysia untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu selaras
6
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (2002), linguistik bermaksud ilmu
bahasa. Kamus Dewan
David Crystal (1973) dalam Din Senu (2013) menjelaskan linguistik sebagai kajian
bahasa secara saintifik. Hal ini bermakna bahawa bahasa – bahasa yang dikaji mesti
dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri.
Selain hal itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai cirri
kesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan David
ini disokong oleh John Lyons (1968:89). Menurut beliau, linguistik adalah “The
scientific study of language”.  Verhaar (1993) pula menjelaskan linguistik sebagai
satu kajian ilmu bahasa. Hal ini merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu
dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang
ilmu yang sangat luas.

Ianya merangkumi bidang linguistik secara khusus; iaitu linguistik sinkronik,


linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik
sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik
diakronik pula merujuk kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan
perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa
kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah.
Linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang
mana salah di dalam pemerian bahasa.

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2003), komponen sistem bahasa
berfokus pada pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada tatabahasa, ejaan,
sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Bahagian tatabahasa pula terbahagi
kepada morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk kata, dan golongan kata manakala sintaksis ialah bidang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2003).
7
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Jelas di sini, pihak penggubal kurikulum telah menyediakan satu konstituen ilmu
bahasa Melayu yang amat lengkap dan telah pun didokumenkan untuk kegunaan guru
– guru seperti Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi KBSM dan
Standard Kurikulum bagi KSSR. Namun, seperti yang telah dibincangkan di atas
bahawa, di sesetengah kawasan di Malaysia murid mempunyai pengetahuan yang
bahasa yang berbeza dan ada yang sama dengan kurikulum bahasa Melayu sedia ada,
justeru itu, guru perlu mengaplikasikan ilmu linguistik yang dipunyai oleh mereka
mengikut kesesuaian dan arus perdana semasa.

Menurut Guru Y, setiap rancangan mengajar yang telah dirangka oleh guru
seharusnya mempunyai unsur – unsur linguistik yang jelas. Hal ini kerana
linguistiklah yang mendasari ilmu pembelajaran berkenaan bahasa Melayu. Justeru
itu, setiap kali murid dan pelajar menghadiri kelas bahasa Melayu, mereka akan
mempelajari ilmu linguistik bahasa Melayu secara komprehensif. Sebagai contoh,
Guru Y mengatakan bahawa guru bahasa Melayu perlu menerapkan pembelajaran
pertuturan bahasa Melayu dan nahu sebagai perlu kepada setiap murid dan pelajar.
Hal ini disokong oleh ramai dalam kalangan ahli linguistik.

Shaiful Bahri Selamat (2012) pula menjelaskan bahawa penguasaan dan pengetahuan
nahu serta kemahiran berbahasa amat berguna untuk mengukuhkan pengetahuan
pengguna bahasa tentang sususan ayat dan fungsi – fungsi perkataan. Dengan hal
yang demikian, nahu boleh menjadi pedoman dalam perubahan besar kepada dunia
linguistik Melayu dan perkembangan pendidikan negara.

Berdasarkan kepada pendapat kedua – dua guru yang telah ditemu bual itu tadi, dapat
disimpulkan bahawa pengetahuan linguistik yang dipunyai oleh seorang guru bahasa
Melayu amat berguna dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Hal yang mewujudkan kepada perbezaan pendapat mereka ialah lokaliti dan
masa serta keperluan murid. Huraiannya, ilmu linguistik itu amat penting dan perlu
diajarkan kepada murid dan pelajar namun ianya perlu mengikut keperluan murid dan
pelajar. Sebagai contoh, jika murid sebuah kelas tahun 5 dari sebuah sekolah
8
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

vernakular cina masih tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu, kemahiran bertutur
dalam bahasa Melayu lebih wajib diajar berbanding ilmu tatabahasa kerana mereka
masih belum mampu untuk menuturkan bahasa Melayu dengan lancar. Jika mereka
sudah lancar bertutur, maka barulah diajarkan kepada mereka ilmu berkenaan
tatabahasa.

Adalah diharapkan agar ilmu berkenaan linguistik Melayu ini akan terus berkembang;
bukan sahaja dalam kalangan para linguist dan golongan pendidik, malah dalam
kalangan semua penutur bahasa Melayu sama ada bahasa Melayu sebagai bahasa
pertama mereka ataupun sebagai bahasa kedua. Melalui usaha – usaha yang giat
dijalankan oleh para linguistik Melayu, adalah diharapkan agar pelbagai pihak sama
ada dari pihak kerajaan mahupun swasta akan sama – sama bahu-membahu
merealisasikan impian ini

Perincikan jenis pengetahuan linguistic yang perlu diketahui oleh Guru Bahasa
Melayu.
Namun begitu, persoalan seterusnya yang timbul di sini ialah adakah seorang guru
bahasa Melayu itu memerlukan pengetahuan berkenaan linguistik untuk mengajar
subjek ini? Terdapat tujuh billion manusia pada hari ini di seluruh dunia dan 27 juta
daripadanya terdapat di Malaysia (Jabatan Perangkaan Negara, 2006) dan daripada
jumlah tersebut berpuluh ribu individu merupakan seorang guru.

Pada pendapat Guru X, ilmu linguistik memainkan peranan yang amat besar jika guru
itu mengajar di sekolah menengah namun tidak jika di sekolah rendah. Hal ini kerana
di sekolah rendah, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran ilmu linguistik
seperti sistem bahasa ialah pendekatan tematik yang bersifat induktif ataupun
deduktif. Namun begitu, jika dirujuk kepada sukatan kurikulum, bahasa Melayu
sekolah menengah juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu pendekatan
tematik. Menurut Guru X, pengaplikasian pendekatan ini bergantung kepada guru
berkenaan sama ada mahu mengaplikasikan pendekatan tematik tersebut atau tidak
mengikut keperluan murid dan pelajar.
9
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Menurut Noriati et al (2009), pendekatan tematik bermaksud pengajaran


menggunakan tema yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar . Satu –
satu tema itu dipecahkan kepada beberapa komponen kecil. Pendekatan secara tema
akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasikan
penggabungan.  Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan kepada satu konsep yang
lebih meluas atau tema membolehkan pelajar menyatukan pelbagai fakta. Secara
keseluruhannya, pendekatan tematik akan memberikan peluang kepada pelajar
mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan.

Menurut Guru X, pada kebiasaannya guru – guru bahasa Melayu di sekolah rendah
kurang mengaplikasikan pengetahuan linguistik mereka kerana model sosial, model
pengajaran behaviorisme dan model personal melalui strategi pengajaran mediatif,
kontekstual dan melalui pemerhatian lebih diguna pakai dalam kalangan murid –
murid. Hal ini disokong oleh Noriati et. al (2009) kerana model - model ini lebih
menarik untuk diaplikasikan pada murid – murid yang rata – rata usianya dalam
lingkungan 7 hingga 12 tahun.  Menurut Haliza & Samuel (2009), pada peringkat
lingkungan usia ini, perkembangan kemahiran berbahasa murid – murid adalah lebih
tertumpu kepada kemahiran menulis dan membaca dengan menggunakan gaya bahasa
yang betul. Ini bermaksud, pada lingkungan usia ini, murid – murid lebih gemar untuk
mempelajari kemahiran – kemahiran berbahasa seperti menulis dan membaca
berbanding sistem bahasa yang dilihat agak kompleks dan terlalu sukar. Justeru, guru
– guru bahasa Melayu kurang mengaplikasikan pengetahuan linguistik mereka ketika
di dalam kelas.

Namun begitu, kurikulum yang telah dirangka untuk sekolah rendah sama ada KBSR
atau KSSR mengandungi pengajaran sistem bahasa yang terarah kepada tatabahasa.
Makanya, guru – guru bahasa Melayu akan cuba menggunakan pendekatan deduktif
kepada murid – murid sekolah rendah. Mereka akan menggunakan gabungan
pendekatan tematik dengan pendekatan deduktif. Huraiannya, para guru akan
menggunakan tema – tema yang telah disusun dan disediakan dalam kurikulum untuk
10
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

menyampaikan isi mengenai tatabahasa. Sebagai contoh, seorang guru ingin mengajar
tentang kata ganda. Jika guru tersebut terus menerangkan mengenai kata ganda pada
murid – murid dan memberikan contoh, sudah pasti murid – murid akan merasakan
bahawa subjek ini sukar. Justeru, melalui gabungan pendekatan tematik dan deduktif,
guru tersebut akan menayangkan sebuah video dan setiap murid diberikan skrip
berkenaan video tersebut. Skrip tersebut perlulah menarik dilengkapi dengan gambar
– gambar.

Menurut Guru X, hal yang berbeza berlaku di sekolah menengah yang mana
pendekatan tematik ini kurang diguna pakai. Para pelajar akan cepat berasa bosan dan
mereka akan merasakan bahawa pendekatan yang digunakan oleh guru bahasa
Melayu tersebut sebagai sangat kebudak-budakkan atau kids oriented. Pelajar sekolah
menengah lebih cenderung kepada pendekatan induktif yang mana guru bahasa
Melayu akan menerangkan terlebih dahulu mengenai sesuatu hukum tatabahasa
sebelum memberikan contoh – contoh yang berkaitan.

Pandangan kedua telah ditemukan daripada seorang guru yang sedang mengajar di SK
Kg Membakut. Guru Y ini merupakan seorang guru bahasa Melayu yang mengajar
tahun 5. Penulis telah menemubual Guru Y dan menanyakan pendapat dan komentar
beliau mengenai isu ini. Menurut Guru Y, “Rasanya membantu jugalah sebab
linguistik merupakan satu cabang utama untuk mengajar P&P. Daripada
linguistiklah baru pecahan bahasa Melayu dikembangkan”.  Guru Y berpegang teguh
kepada prinsip bahawa proses P&P bahasa Melayu hanya akan dapat dijalankan jika
guru mempunyai pengetahuan mengenai linguistik. Linguistik merupakan tiang seri
kepada bahasa Melayu.

Jelaskan kepentingan linguistik dalam kehidupan masyarakat.

Soalan ini mengingatkan saya kepada suatu iktibar yang diberikan oleh seorang
peserta dalam Persidangan Linguistik di Stockholm pada tahun 1963. Dia berkata, ‘...
perancang persidangan mengingatkan bahawa linguistik ini boleh dibahagi dengan
11
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

senang kepada bahagian-bahagiannya seperti ulas-ulas sebuah limau’. Kalau dia


memilih buah lain sebagai bandingannya, mungkin akan terdapat persidangan yang
lain dengan perhubungan dan kesimpulan yang berlainan pula. Iktibar ini baik. Kita
hanya perlu mengambil yang baik sahaja daripada setiap buah itu. Mungkin inilah
sikap yang paling mudah boleh dipegang oleh seseorang guru bahasa itu, dan tidak
perlu berasa lemas kerana ada terlalu banyak teori linguistik itu.

Mungkin ramai antara guru bahasa yang tidak begitu jelas mengetahui manfaat yang
boleh mereka dapati daripada ilmu linguistik. Dengan kata lain mereka tidak
mengetahui kegunaan linguistik di dalam bilik darjah. Ini bukalah kesalahan guru
bahasa sahaja. Ada banyak sebab yang menimbulkan keadaan ini. Pertama, sifat ilmu
linguistik itu dan banyaknya bahan tentang linguistik itu harus akan membunuh
sebarang minat seseorang guru bahasa yang kurang keyakinannya terhadap linguistik.
Misalnya, dalam usaha mempelajari sistem bunyi bahasa Malaysia, seseorang guru
bahasa harus akan menjadi gusar, dan mungkin terus kecewa, kalau dia diberikan
bahan tertulis dalam bentuk ciri-ciri pembeza. Begitu jugalah dengan deskripsi
tatabahasa transformasi, nampaknya seolah-olah berbelit-belit sehingga menakutkan.
Selalunya deskripsi tersebut penuh pula dengan simbol-simbol matematik. Bagi ramai
guru bahasa, linguistik ini masih asing dan mereka kurang faham bagaimana
tatabahasa menghubungkannya dengan tugas mengajar sehari-hari. Mereka ini
perlulah diberi versi yang sudah dipermudah, supaya mereka tidak berasa begitu gusar
semasa menghadapi linguistik untuk pertama kalinya.

Guru Memerlukan Linguistik Normatif


Memang perlu juga dimengertikan bahawa ada bezanya antara seorang guru bahasa
dengan ahli linguistik. Seseorang ahli linguistik berhadapan dengan banyak bahasa,
tetapi guru bahasa hanya terlibat dengan satu bahasa sahaja, mungkin dua, kalau
diambil kira bahasa kandung pelajar itu. Ahli linguistik cuba bersikap objektif dan
saintifik dalam menganalisis data daripada sesuatu bahasa, tetapi seseorang guru
bahasa hanya mengajarkan bentuk dan norma baku bahasa itu. Jadi, guru lebih rapat
berhubung dengan aspek normatif bahasa itu daripada aspek deskripsinya. Perbezaan-
perbezaan ini seharusnya membawa perhubungan yang saling melengkapi antara guru
dengan ahli linguistik. Guru bergantung pada ahli linguistik untuk mendapatkan
12
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

bahannya, dan ahli linguistik mengharapkan guru menggunakan hasil deskripsi bahasa
yang dibuatnya. Tetapi kita hendaklah juga sedar, seperti kata Wilkins (1972), bahawa
seorang guru yang cukup matang dalam tatabahasa tradisi mungkin mendapati
bahawa deskripsi bahasa yang dibuat oleh ahli linguistik moden itu mengecewakan.
Dia mungkin tidak akan mendapat satu pun pengetahuan hal yang sama dalam bentuk
dan ungkapan baharu. Linguistik hanya mengambil jalan lain untuk menuju tempat
yang sama. Memang ada banyak hal baharu yang terdapat dalam linguistik, tetapi
tatabahasa tradisi juga mungkin dapat memberikan maklumat yang sama. Kita
haruslah dapat bergerak bersama-sama perkembangan, dan ini adalah satu daripada
perkembangan yang menuntut penyertaan kita. Sebenarnya, sebagai yang kita akan
bincangkan kelak, linguistik memang mempunyai kegunaan positif yang banyak.

Linguistik Gunaan
Oleh sebab kesukaran ini, dan juga dalam usaha menentukan bidang linguistik yang
diperlukan oleh guru bahasa, maka terdapatlah beberapa buah buku yang dikarang
oleh ahli linguistik bertujuan khusus untuk menyelesaikan masalah tersebut, misalnya:
B Arthur (1973), M.A.K. Halliday et al. (1973), M. Kehoe (1968), P. Strevens (1977),
K.C. Diller (1971), Lim Keat Boey (1975), dan lain-lain lagi. Ada banyak kegunaan
linguistik dalam mengajarkan bahasa. bidang inilah yang dikenali sebagai linguistik
gunaan. Deskripsi sesuatu bahasa itu bolehlah menjadi bahan mengajar. Memang
kadang-kadang bahan tersebut tidak berbeza isinya daripada tatabahasa tradisi. Tetapi
memang tidak boleh disangkal bahawa salah satu daripada sumbangan linguistik ialah
memberi pandangan baharu terhadap pengajaran bahasa. jadi, gunanya linguistik itu
ialah memberi maklumat dan analisis yang dihasilkan daripada deskripsi sesuatu
bahasa tersebut, untuk dimanfaatkan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
bahasa.

Linguistik Adalah Bahan Mata Pelajaran


Apa yang jelas ialah seseorang guru itu hendaklah mempunyai pengetahuan yang
cukup tentang mata pelajaran yang diajarkannya. Seorang guru matematik mesti
mengetahui matematik pada peringkat yang hendak diajarkannya. Jadi, dengan alasan
yang sama, seorang guru bahasa memerlukan deskripsi bahasa tersebut, termasuklah
sebarang penjelasan dan cara sistem bahasa itu berlaku untuk dijadikan bahan
13
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

mengajar. Inilah yang dikatakan tatabahasa pedagogi. Sebenarnya kita boleh juga
menentukan pengetahuan linguistik yang diperlukan sekiranya kita tahu rancangan
bahasa yang akan diajarkan itu. Sesiapa yang mengajar pertuturan hendaklah
mengetahui sistem bunyi bahasa tersebut. Memang patut juga guru bahasa itu
mengetahui seluruh deskripsi bahasa itu. Dia juga perlu tahu teori-teori linguistik
yang akan berguna baginya semasa mengajar. Misalnya, di Malaysia, seorang guru
bahasa itu perlu juga mengetahui deskripsi bahasa kandung pelajar itu, seperti bahasa
Cina dan India, atau sebarang bahasa atau dialek yang berkenaan. Mengajar bahasa
sebagai bahasa kedua memerlukan guru mengetahui masalah pelajar. Ini hanya boleh
dicapai sekiranya guru mengetahui kebiasaan bahasa pelajar. Jadi, bukan ilmu
linguistik sahaja yang perlu diketahui oleh seseorang guru bahasa itu, ada aspek lain
yang juga penting bagi guru. Linguistik sahaja tidak akan dapat membentuk guru
bahasa yang baik. Juga tidaklah dapat ditentukan nisbah antara linguistik dengan
perkaedahan. Apa yang jelas ialah bahawa linguistik itu adalah penting dalam melatih
guru bahasa.

Memang hal ini tidak semudah itu apabila kita berhadapan dengan linguistik. Ada
banyak teori linguistik tetapi bukan semuanya telah diterapkan sepenuhnya untuk
kegunaan guru. Misalnya, dalam bidang analisis dan deskripasi, linguistik amat tidak
memuaskan. Secara ringkas dapat saya katakan selain jenis deskripsi tradisional, tidak
banyak terdapat deskripsi dan penjelasan tentang mana-mana bahasa telah dijalankan
dengan lengkap untuk diambil dan digunakan oleh guru. Ini perlu dijelaskan lagi,
tetapi sebelum itu perlulah diberi sedikit definisi linguistik dan jenis-jenis teori yang
wujud sekarang.

Kesimpulan
Dalam bab ini kita telah meninjau sedikit tentang bagaimana teori dan deskripsi
bahasa dapat membantu pengajaran bahasa. tetapi, kalaulah seorang guru itu telah
belajar atau didedahkan kepada sistem bunyi, tatabahasa, dan struktur makna dalam
bahasa Malaysia, masih belum terjamin yang dia akan menjadi guru bahasa Malaysia
yang biak. Untuk menjadi seorang guru yang baik, diperlukan banyak sifat dan
pengetahuan yang lain, seperti bahan mengajar, motivasi pelajar, kaedah, persekitaran
yang mendorong, sikap yang sihat, alat bantu, dan sebagainya. Setiap satu hal ini
14
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

sama pentingnya. Pengetahuan linguistik bahasa Malaysia itu akan menjadi alat
sahaja. Ini akan membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya itu. Agak
mustahil bagi kita memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat mengajarkan
bahasa Malaysia tanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu berlaku.

Rujukan

Daripada Buku
Bahasa Malaysia Syntax oleh Nik Safiah Karim (1978)

Kamus Dewan (1970/1981), Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar
(1980).

Mengajar Tatabahasa oleh Arbak Othman (1985), Penerbitan Kata dalam


Bahasa Malaysia oleh Abdullah Hassan (1986)

Tatabahasa Dewan Jilid I: Ayat oleh Nik Safiah Karim et al., (1986).

The Malay Sound System oleh Yunus Maris (1980)

The Morphology of Malay oleh Abdullah Hassan (1974)

The Malay Phonology and Morphology oleh Farid Onn (1976)

The Syntax of Interrogatives oleh Mashudi Kader (1981)

Bahagian B [20%] – 8 halaman

Tulis satu ESEI bertajuk:


Pengaruh Linguistik dalam Penguasaan Bahasa Melayu
di Sekolah Saya

Apakah definisi psikolinguistik?

Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. Lyons
1968: 1). Istilah ‘saintifik’ itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen
terkawal yang mengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan
15
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

secara objektif. Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi


verifikasi. Jadi, kajian saintifik ini hendaklah empirikal, khusus, dan objektif (F.
Dinneen 1967:4). Ini bermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang
lengkap dengan teori dan perkaedahannya, dan ketepatan hasilnya boleh diuji. Jadi,
bidang linguistik tidaklah merupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan,
tekaan atau emosi seseorang penulis sahaja.

Guru Memerlukan Pendeskripsian Bahasa


Ungkapan Dinneen (1967) dalam mendefinisikan bahasa, amatlah sesuai digunakan di
sini. Dia mengatakan bahawa deskripsi bahasa itu pada asasnya adalah bunyi-bunyi
yang boleh dideskripsikan secara linear dan sistematis. Ini berlaku semasa
membentuk gabungan bunyi-bunyi yang mungkin dan dalam membentuk gabungan
unsur-unsur yang bermakna dalam sesuatu bahasa itu. Guru bahasa memang telah
lama bergantung pada deskripsi bahan yang demikian untuk menjalankan tugasnya
sebagai guru di dalam bilik darjah. Tidak ada guru yang akan dapat mengajarkan
bahasa tanpa pengetahuan deskripsi linguistik bahasa itu. Walau bagaimanapun,
deskripsi demikian tidak boleh dikatakan sesuai dengan ilmu linguistik moden sahaja.
Deskripsi bahasa itu dalam bentuk tatabahasa tradisi boleh juga digunakan, sebagai
yang telah lama berlaku.
Dalam mendefinisikan teori-teori linguistik ini, kita tidak bermaksud untuk hanya
mengemukakan model-model deskripsi linguistik yang utarakan oleh beberapa
mazhab linguistik sahaja. Kita patut juga menerima deskripsi dan penjelasan yang
diterbitkan oleh ilmu linguistik secara umumnya. Kita akan melihat contoh yang
dimaksudkan. Contoh deskripsi yang paling popular ialah deskripsi struktur yang
dijalankan dalam tahun 50-an. Mazhab ini dianggap sebagai mazhab struktur
deskriptif, dan dipelopori oleh sarjana-sarjana seperti L. Bloomfield, C.F. Hockett,
h.a. Gleason, Z. Harris, R.H. Robinss, F.R. Palmer, dan lain-lain. Mazhab ini telah
banyak mengeluarkan deskripsi bahasa. Setakat ini sebenarnya mazhab inilah yang
menghasilkan deskripsi bahasa yang agak lengkap dengan erti kata bahawa deskripsi
itu meliputi semua aspek bahasa. ini termasuklah fonetik, fonologi, morfologi,
sintaksis, dan leksikon. Bahan bahasa yang sudah dianalisis ini bolehlah disifatkan
sebagai menjadi bahan untuk mengajarkan bahasa. bahan demikianlah yang
dihasilkan oleh ramai sarjana linguistik. Seorang ahli linguistik sahaja tidak mungkin
16
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

berbuat demikian. Misalnya, untuk bahasa Malaysia sudah terdapat kajian seperti The
Malay Sound System oleh Yunus Maris (1980), The Morphology of Malay oleh
Abdullah Hassan (1974), The Malay Phonology and Morphology oleh Farid Onn
(1976), Bahasa Malaysia Syntax oleh Nik Safiah Karim (1978), dan The Syntax of
Interrogatives oleh Mashudi Kader (1981). Di samping buku deskripsi tatabahasa
bahasa Malaysia ini terdapat pula beberapa buah kamus seperti Kamus Dewan
(1970/1981), Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar (1980). Mengajar
Tatabahasa oleh Arbak Othman (1985), Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia
oleh Abdullah Hassan (1986), dan Tatabahasa Dewan Jilid I: Ayat oleh Nik Safiah
Karim et al., (1986). Hanya bahan yang meliputi semua aspek bahasa, bunyi,
tatabahasa, dan makna seperti inilah yang dapat dianggap berguna dalam pengajaran
bahasa. dalam hal ini, hasil dua tiga orang ahli linguistik mungkin diperlukan untuk
mendapatkan deskripsi yang lebih lengkap tentang sesuatu bahasa itu.

Tatabahasa Jenis Lain


Di samping jenis deskripsi ini ada banyak teori dan model deskripsi bahasa, seperti,
Tagmemik (K.L. Pike 1954, 1958 dan W.A. Cooks 1969), Tatabahasa Tingkatan
(S.M. Lamb 1966), Tatabahasa Kasus (J. Anderson 1971), Glosematik (J. Uldall
1930), Tatabahasa Skala dan Kategori (M.A.K. Halliday 1961), dan Tatabahasa
Generatif (N. Chomsky 1957, 1964, J.J. Katz & P.M. Postal 1964), dan lain-lain.
Baru-baru ini ada pula Tatabahasa Hubungan. Apa sahaja teori atau model deskripsi
bahasa ini, ia mestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya
dapat dianggap berguna untuk pengajaran bahasa. untuk berbuat demikian tatabahasa
itu bukan hanya sekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaan antara struktur
ayat ayang pada permukaannya nampak serupa, tetapi juga menunjukkan persamaan
struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatan berbeza. Memang ada beberapa
teori moden yang nampaknya banyak mempunyai kebaikan atau gunanya dalam
pengajaran bahasa. Tetapi malangnya kebanyakan teori baharu ini hanya membuat
deskripsi tentang sebahagian atau aspek kecil sesuatu bahasa itu sahaja. Tidak ada
yang menghasilkan deskripsi yang lengkap tentang mana-mana bahasa. Tatabahasa
transformasi generatif yang amat popular itu pun tidak pernah mendeskripsikan mana-
mana bahasa dengan lengkap. Oleh yang demikian kita hanya berbincang tentang
kemungkinan penggunaan bahan-bahan demikian sahaja. Walaupun demikian
17
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

kemungkinan terapannya agak jelas juga daripada contoh-contoh terhad yang


diberikan. memang benar antara mode ini, tatabahasa transformasi generatif, dan
tatabahasa mazhab Inggeris itu menunjukkan kemungkinan kegunaan yang berlebih
sedikit, tetapi masih belum diusahakan sepenuhnya.

Mungkin agak sesuai tatabahasa transformasi generatif dijadikan dasar kepada latihan
mengajarkan struktur. Rumus penerbitan ayat-ayatnya adalah tersusun. Walau
bagaimanapun, mengajarkan sebutan dengan berpandukan ciri-ciri pembeza memang
tidak akan memudahkan guru atau pelajar. Halliday juga ada menyusun bahan
mengajarkan bahasa Inggeris berdasarkan teori mazhab Inggeris yang menunjukkan
kemampuan yang tinggi. Kemungkinan kegunaannya memang baik, seperti yang
disebut di atas tadi. Teori deskripsi yang baharu ini menunjukkan beberapa kebaikan
berbanding dengan deskripsi lama bahasa-bahasa, tetapi tidak ada antara model ini
yang pernah mendeskripsikan keseluruhan bahasa.

Dalam mencadangkan penggunaan linguistik dalam pengajaran bahasa, kita


hendaklah faham tentang arah penerapan tersebut. Wilkins (1972) dan Roulet (1975)
telah menunjukkan bahawa hubungan ini hendaklah berlaku dalam dua arah;
linguistik bolehlah mempengaruhi pengajaran bahasa, dan sebaliknya pengajaran
bahasa hendaklah juga mempengaruhi linguistik.

Deskripsi Tatabahasa Perlu Tuntas


Agak sukar juga bagi seorang ahli linguistik yang bukannya seorang guru menentukan
jenis model linguistik yang diperlukan oleh seseorang guru bahasa. Yang jelas ialah
guru itu terpaksa memilih deskripsi dan pernyataan tatabahasa yang paling lengkap.
Deskripsi yang hanya sebahagian tidaklah akan berguna sangat. Deskripsi ini tidaklah
pula selalunya boleh digunakan tanpa sebarang penyesuaian. Misalnya, pengajaran
bahasa bolehlah memakai hasil deskripsi linguistik seperti suatu rumusan tatabahasa.
Kita tidaklah perlu mementingkan sangat sama ada kita mengatakan bentuk pasif
dalam bahasa Malaysia itu ialah:
“Apabila objek penderita menjadi subjek penderita atau FN1 + me + KK + FN2 
FN2 + di + KK + oleh + FN1.” Yang pentingnya ialah Ali memukul anjing menjadi
Anjing dipukul oleh Ali. Dengan itu memang ada faedahnya jikalau seseorang guru
18
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

bahasa itu mempunyai pengetahuan linguistik walaupun sedikit supaya dia dapat
memilih apa yang baik antara model deskripsi bahasa tersebut, sama ada tatabahasa
tradisi, tatabahasa transformasi, tatabahasa tagmemik, tatabahasa skala-dan-kategori,
tatabahasa kasus, atau tatabahasa hubungan, dan sebagainya.

Hasil Penyelidikan Perlu Disesuaikan untuk Pengajaran


Memang tidak dapat dinafikan bahawa apa yang dihasilkan oleh ahli linguistik itu
mungkin tidak merupakan apa yang diperlukan oleh guru bahasa. Begitu juga, apa
yang difikirkan dasar oleh seorang ahli linguistik, mungkin tidak menjadi dasar
kepada guru bahasa. yang jelas ialah, hasil deskripsi linguistik itu hendaklah
disesuaikan. Dalam penerapannya banyaklah isu yang boleh dibangkitkan, misalnya,
teori pemerolehan bahasa, sosiolinguistik, dan sebagainya (Roulet 1975). Hal-hal ini
juga amat penting dalam pengajaran bahasa.

Wilkins (1972) mengatakan kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan
terus mencari kegunaannya. Apa yang patut dilakukan ialah kita mengenali semua
masalah pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik.
Inilah sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa, iaitu memberi maklumat
tentang bahasa itu.

Kalau seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancangan
mengajarkan bahasa itu, maka harus ada banyak sebabnya. Misalnya, kegagalan
mengajarkan bahasa Malaysia di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal.
Kekurangan pengetahuan linguistik memangnya menjadi satu sebab. Latihan guru
bahasa Malaysia juga menjadi sebab, iaitu guru yang tidak terlatih mengajar bahasa
Malaysia. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan mengajarkan
bahasa Malaysia. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Ada banyak sebabnya dan
kita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja.

Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan,


menyampaikan ilmu,memberi arahan, menyatakan sesuatu dan sebagainya. Bahasa
juga mencerminkan pemikiran, peraturan, sikap, kebudayaan dan peradaban sesuatu
bangsa yang dapat diperturunkan dari satugenerasi ke satu generasi yang lain.
19
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Manusia memperoleh bahasa pertama secara semula jadi sejak dilahirkan dan


dianggap sebagai bahasa ibunda. Apabila perkembangan pesat berlaku manusia
mulamempelajari bahasa kedua secara formal. Dalam proses mempelajari bahasa
kedua ini kadang berlaku pertukaran kod, pemindahan kod dan tidak kurang penting
juga wujud bahasa lain di antarakedua-duanya.
 
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum
dansetiap kaum ini mempunyai bahasanya yang tersendiri. Uniknya BM dipilih dan
diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa ini
digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perantaraan masyarakat bagi semua
kaum. Oleh itu, walaupun terdapat banyak bahasa bumiputera atau bahasa tempatan
yang dituturkan di seluruh pelusuk tempat di negara ini, BM tetapdigunakan sebagai
bahasa perantaraan di sekolah.

Terangkan aspek-aspek psikolinguistik yang mempengaruhi penguasaan Bahasa


Melayu di sekolah anda
Di Sabah, khasnya terdapat 20 atau lebih daripada 30 etnik yang menuturkan bahasa
pribumi masing-masing. Justeru, mereka akan mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua di sekolah. Penguasaan B1 dan B2 sangat berbeza. Penguasaan bahasa
pertama melalui pemerolehan yang diwarisi secara turun temurun dan prosesnya
berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang. Dalamkeadaan atau situasi yang
tidak disedari, penguasaan bahasa secara pemerolehan akan melibatkan proses mental
dan prosesnya bersifat tabii. Penguasaan bahasa kedua pula kebiasaannya diperoleh
melalui pembelajaran secara formal di sekolah. Pelajar-pelajar di Sabah menghadapi
masalah berkaitan pertuturan dan penulisan bahasa Melayu Standard. Keadaan kini
mendorong pengkaji untuk mengkaji dan menyelidik fenomena tersebut dengan lebih
mendalam. Selain itu, fenomena pemindahan bahasa ini juga dilihat sebagai satu
permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani. Dalam kajian ini, bahasa kedua
merujuk kepada Bahasa Melayu yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Kadazan, Dusun,
Sungai, Brunei, Kadayan dan Iban, manakala Bahasa Kadazan / Dusun dan Sungai
merupakan bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka.
20
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Contoh-contoh situasi atau keadaan yang berlaku di sekolah anda yang


menunjukkan pengaruh Linguistik.
Dengan berpandukan kajian Noor Aina Dani (1994) berkenaan dengan pemindahan
bahasa dalam karangan dan pertuturan BM pelajar B2 di Sarawak, didapati memang
terdapatnya pengaruh dialek dalam penulisan pelajar. Fenomena pemindahan bahasa
ini dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani. Hal ini
kerana, gangguan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan
oleh pelajar sekolah rendah malahan juga dilakukan oleh pelajar pada peringkat yang
lebih tinggi lagi. Gangguan tersebut dilihat berbentuk pengaruh daripada unsur-unsur
persekitaran linguistik seperti pendedahan dan penggunaan bahasa oleh pelajar
tersebut serta sikap pelajar terhadap bahasa yang dipelajari. Nathesan (1995)
menjelaskan bahawa bahasa sememangnya mempunyai hubungan yangerat dengan
masyarakat penutur sesebuah bahasa tersebut. Tambah beliau lagi, kajian terhadap
bahasatidak dapat dilakukan tanpa mengaitkannya dengan masyarakat yang menjadi
penuturnya. Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji terdorong untuk mengkaji
dan membuktikan bahawa persekitaranlinguistik sememangnya mempengaruhi
pembelajaran bahasa Melayu sebagai B2.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa Melayu


pelajar. Tigakategori utama ialah faktor persekitaran linguistik, faktor psikolgi dan
faktor dan kaedah pengajaran. Faktor yang pertama ialah faktor persekitaran
lingusitik. Menurut Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman dalam Sosiohumanika,
(2008) menyatakan lingkungan keluarga individu amatmempengaruhi corak
kehidupan seseorang pelajar. Persekitaran linguistik ialah lingkungan di mana pelajar
itu tinggal, dalam bentuk masyarakat dan individu serta suasana politik tentu sekali
akan dapat juga membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa.

Pengkaji mendapati pelajar-pelajar Iban yang dibesarkan dengan lingkungan bangsa


mereka sendiri kurang yakin semasa bertutur bahasa Melayu. Pengkaji menyifatkan
pelajar-pelajar ini tidak hidup dalam lingkungan yang sihat untuk belajar  bahasa
Melayu terutama dari aspek pertuturan. Faktor yang kedua ialah faktor psikologi.
Selalunya motif dan keupayaan ini dibantu dengan sikapdan motivasi dalam
mempelajari sesuatu bahasa itu. Mengikut Lightbown dan Spada (1999) dalam kajian
21
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

yang dilakukan oleh Nik Mohd Rahimi et al (2008) menyatakan banyak keputusan
kajian yang telah membuktikan elemen motivasi memberikan sumbangan kepada
pencapaian bahasa kedua dalam kalangan pelajar. Dalam tinjauan yang lepas didapati
pelajar Iban tidak suka bertutur menggunakan bahasa Melayu kerana mereka
merasakan untuk bertutur bahasa Melayu mereka perlu mempelajarisegalanya.
Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa Melayu yang
jauh bezanya dengan bahasa ibunda mereka.

Menurut Tamam Timbang et al. Dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Edisi 89,
teknik pengajaranyang kreatif dapat membantu guru untuk meningkatkan tahap
pendidikan pelajar. Pengkaji mendapatiguru kurang menekankan dua kemahiran itu
disebabkan pelajar tidak suka memberi pendapat secaralisan akibat penguasaan kosa
kata yang kurang dan tidak yakin diri. Pelajar pula menganggap gurutidak
memperuntukkan masa yang secukupnya untuk mengajar dua kemahiran itu dan lebih
memfokuskan kemahiran menulis dan membaca. Sebenarnya punca-punca tersebut
saling berkait, iaitu sikap guru yang mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur
dalam pengajaran dalam bilik darjah menyebabkan pelajar tidak yakin untuk memberi
pendapat secara lisan. Siti Hajar Abd Aziz(2009: 110), kelemahan berbahasa pelajar
berlaku kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh
sewaktu berada pada peringkat sekolah. Pada peringkat menengah pula, pelajar lebih
memberikan tumpuan untuk lulus peperiksaan. Dengan kata lain, mereka
mempelajari bahasa bukan untuk mendapatkan kemahiran berbahasa, sebaliknya
untuk membolehkan mereka menjawab soalan peperiksaan.

Rujukan
Daripada Jurnal
Adjemain, C (1976).“On The Nature of Interlanguage Systems”dlm Jurnal
Language Learning 26,hlm.297-320 1976.Alice Alim, (2011).

Pemelajaran dan Pemerolehan Bahasa Kedua oleh Kanak-kanak dan


Orang  Dewasa dlm. Jurnal Dewan Bahasa 38:7 hlm.645-650.. Nemser,
William.,(1971).
22
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Kertas Kerja dalamPersidangan Linguistik ASEAN V, Warna-warni Lingustik


ASEAN: Penyelidikan danPemantapan Korpus Ilmu, Anjuran PLM dan UKM.
21-22 Disember 2011.Amir Juhari, Noor Zila (2012).

Daripada Buku
Bahasa Antara Kedudukannya dalam Rentangan Linguistik: Implikasi
dalam Pengajaran Bahasa Asing.

Bahagian C [25%] – 10 halaman [tidak termasuk lembaran kerja, alat


bantuan mengajar]

Untuk bahagian ini, anda kehendaki menggubal SATU rancangan pelajaran untuk
pengajaran linguistik di sekolah berkaitan aspek tatabahasa. Berikan contoh-contoh
ayat yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk.

Rancangan Pengajaran Harian


Tarikh : 06.03.2020
Masa : 0800-0830(30 jam)
Kelas : 5 Harmoni
Bilangan Pelajar : 20 orang (2 lelaki dan 18 perempuan)
Aspek : Tatabahasa
Tema : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Tajuk : Aktif dan Cergas
Standard Kandungan : 5.1
Standard Pembelajaran : 5.1.5
Teknik: Perbincangan, Soal jawab
Bahan Bantu Belajar: gambar & video (Pencemaran), petikan teks, Pendidikan Moral
Tahun 5 (m/s 85 &86), grafik, powerpoint
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
a) Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata
bantu
mengikut konteks yang betul
Aktiviti
23
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

1. Murid membaca , memahami dan menyenaraikan kata bantu yang terdapat dalam
teks
2. Murid membina ayat dengan kata bantu yang disenaraikan
3. Murid membaca pelbagai ragam ayat secara mekanis
4. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan
tajuk
pelajaran.
5. Murid membuat latihan di buku tulis.

Sistem Bahasa : Kata adjektif, kata bantu


Pengisian Kurikulum Ilmu: Pend. Jasmani
Nilai Murni :Rajin, membantu, berusaha, kerjasama
EMK :Kreativiti dan inovasi, Keusahawanan
BBM : Buku teks, buku tulis
Penilaian Refleksi Pada akhir pengajaran;
90% murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 10% murid yang tidak
mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.

Isi Pelajaran Aktiviti KBKK BBM Catatan


Pengajaran dan
Pembelajaran
1. Guru . Pengalaman Gambar Hasil Pebe
Set menunjukkan sedia ada (Pencemaran) i. Bersikap
induksi gambar murid. prihatin
(5 minit) kawasan yang . Menjana terhadap
kotor dan idea. masalah
bersampah. alam
2. Guru bersoal sekitar.
jawab dengan
murid perihal
a. Apakah yang anda gambar
dapati daripada tersebut.
gambar tersebut? 3. Guru
b. Apakah yang mengaitkannya
sepatutnya tidak dengan isi
ada dalam gambar kandungan
ini? pelajaran ini.
c. Mengapakah
sampah ini
24
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

berselerak di
merata-rata
tempat?
d. Apakah perasaan
anda terhadap alam
sekitar seperti
gambar tersebut?

a. Apakah yang anda


dapati daripada
gambar tersebut?
b. Betulkah tindakan
perempuan
tersebut?
c. Di manakah
sampah ini patut
dibuang?
Powerpoint Hasil Pemb
Langkah (petikan buku teks) 1. Murid Pemahaman Power point i.Menerang
1 Grafik-grafik yang dikehendaki teks sebab ala
(15 minit) disediakan (rujuk membaca teks Grafik sekitar
kepada lampiran): utama pada Pemikiran tercemar.
a) sebab alam sekitar power point. kreatif dan
tercemar. kritis. ii. Menyata
b) kesan pencemaran 2. Guru pencema
terhadap manusia, membimbing Kooperatif alam sek
haiwan dan murid terhadap
tumbuhan. memahami Perbincangan manusia,
c) langkah-langkah kandungan teks haiwan d
mengelakkan tersebut. tumbuha
masalah 3. Murid
pencemaran supaya dibahagikan
kita kembali aktif kepada
dan sihat. beberapa
kumpulan.
4. Murid
dikehendaki
mengisi grafik
yang
disediakan oleh
guru pada
25
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

papan tulis.

Langkah 1. Guru 1 botol plastik Hasil Pemb


2 a. menyediakan 1 Permikiran berisi air
(10 minit) botol plastik kreatif dan jernih. i.Menerang
yang berisi kritis. sebab ala
dengan air sekitar
Bolehkah air ini jernih. Gambar tercemar.
diminum? 2. Botol berisi air (Pencemaran)
Mengapa? jernih itu
b. Apakah akan dianggap
terjadi sebagai air
jika bahan buangan sungai.
dimasukkan ke 3. Guru
dalamnya? memasukkan
c. Sekarang, bolehkah dakwat hitam
air ini diminum? ke dalam air
Mengapa? botol.
4. Guru bersoal
jawab dengan
murid tentang
kandungan air
botol tersebut.

a. Apakah yang anda


lihat daripada
gambar tersebut?
b.Mahukah anda
makan ikan-ikan 1. Guru
yang telah tayangkan
dicemarkan? satu gambar
dan bersoal
Langkah jawab dengan
3 murid.
(15 minit)

Permikiran Video Hasil Pemb


kreatif dan (Pencemaran) i. Tidak
kritis melibatk
1. Guru diri dalam
tayangkan satu Menghubung Kad Manila kegiatan
video yang kait nilai (Lukisan yang bol
a. Apakah yang anda berkaitan murid) mencema
teliti daripada tentang Kooperatif dan
video pencemaran. memusna
26
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

yang ditayangkan 2. Murid alam sek


ini? dikehendaki menyeba
b. Siapakah mengambil badan ki
sebenarnya yang perhatian
mencemarkan terhadap video ii. Mengam
alam sekitar? tersebut. cara
c. Dapatkah kita 3. Guru bersoal hidup ya
mengelakkan jawab tentang dalam ke
pencemaran kandungan seharian
berlaku? video tersebut.

1. Murid
dibahagikan
kepada 2
kumpulan.
Setiap
kumpulan
mendapat
sekeping kad
manila.
2. Murid
dikehendaki
melukis
pemandangan
yang ringkas
atas kad
manila
tersebut dan
dipamerkan
pada papan
tulis.
3. Guru
menyuruh
a. Apakah langkah- murid
langkah yang melekatkan
haruslah diambil hasil buangan
untuk memastikan ke atas
alam sekitar tidak lukisan
tercemar dan ini kumpulan lain.
akan membuat 4. Guru bersoal
badan kita tidak jawab dengan
sihat. murid tentang
hasil tindakan
mereka.

1.Guru meminta
27
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

murid
mengalihkan
hasil buangan
yang dilekat
pada lukisan
permandangan
masing-masing.

2. Guru
mengaitkan
aktiviti tersebut
dengan nilai-
nilai moral.

Langkah 1. Guru Hasil Pemb


4 mengagihkan Menjana Idea. Gambar- I. Bersikap
(10 minit) gambar- gambar ‘Ibu terhadap
gambar ‘Ibu Alam’ masalah
Alam’ yang sekitar.
bermuka sedih Interpersonal
atau sakit
kepada setiap
murid.
2. Guru meminta
murid
menuliskan
perkataan
yang ingin
mengucap
terhadap ‘Ibu
Alam’
tersebut.
3. Hasil kerja
tersebut akan
dipaparkan di
sudut
Pendidikan
Moral pada
papan notis.

1. Guru
Penutup Slogan: membimbing Menghubung power point I. Mengam
(5 minit) Persekitaran murid-murid kait nilai cara hidu
Berkualiti Hidup membaca bersih da
Sihat! slogan kehidupa
dengan cara seharian.
28
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

bersama-
sama.

Refleksi:
Memberi kesedaran kepada murid-murid supaya memahami yang kesihatan dan
kecerdasan diri adalah berpunca dari persekitaran yang bersih dan tidak dicemari.
Pencemaran bukan setakat menguji tahap kebertanggungjawapan kita tetapi juga
merangkumi disiplin dan kebersihan.

Lampiran:
Set Induksi: gambar- gambaran berkaitan pencemaran
29
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Langkah 1: Grafik di papan tulis

(a) Sebab alam sekitar tercemar ,kita manusia jadi lemah,tidak aktif dan cergas.

Sebab alam sekitar


tercemar

Tindakan manusia Faktor semula jadi

pembakaran terbuka,
pembuangan sampah tidak kebakaran hutan, hakisan dan
teratur, asap daripada kilang tanah runtuh
30
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

(b) Kesan-kesan pencemaran

Kesan Pencemaran

Manusia Haiwan Tumbuhan

Penyakit
C) Langkah-langkah MengelakkanKehilangan tempat
Masalah Pencemaran Tidak dapat
Merebak,Kematian tinggal, Kehilangan tumbuh dengan
makanan, Pupus sihat, Tidak dapat
Mengitar Semula
air bersih, pupus

Menggunakan Memulihara
semula barang Alam
yang terpakai
Langkah-langkah
mengelakkan
masalah
pencemaran

Mengurangkan
aktiviti yang Pembangunan
mencemarkan Yang Mesra
alam Alam
31
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Langkah 2
(a) satu botol air jernih dan dakwat hitam (b) gambar pencemaran

Langkah 3
Video Pencemaran

http://www.youtube.com/watch?v=gJN7Eh3QR2o

Langkah 4
Kad “Ibu Alam” bermuka sedih

Pencemaran menyebabkan kita manusia tidak cergas dan aktif.


32
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

Nama ____________________
Bina ayat tunggal dan ayat majmuk berpandukan perkataan yang diberi,
1. Menyapu
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Menyimpan

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Mengutip
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4. Mengelap
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

5. Membuang
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

6. Bersenam
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

7. Berlari
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

8. Bergerak

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

9. Menulis
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

10. Menarik

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
33
TUGASAN EPL 311 Pengantar Linguistik

TUGASAN

SEMESTER JANUARI 2020

KOD KURSUS EPL 311

NAMA KURSUS Pengantar Linguistik

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

MUKA HADAPAN

Anda mungkin juga menyukai