Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI 1/2017

Tarikh : 3 Januari 2017


Hari :Selasa
Masa : 2.15 ptg
Tempat :BilikMesyuarat

Kehadiran :
1. Pn Rusnani b tAwang – PK Pentadbiran
2. Pn Nur Fatin Syahirah bt Ahmad Saufi – KetuaPanitia
3. Pn Norahuda bt Abdul Raffar - Setiausaha
4. Pn Hanita bt Omar
5. En Abdul Rahim b Hainin
6. Cik Norhazima bt Mohd Maamon

1.0 KATA- KATA ALUAN KETUA PANITIA


1.1 Ketua Panitia merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru Bahasa
Inggeris pada mesyuarat kali pertama ini.

2.0 UCAPAN ALUAN PK PENTADBIRAN


2.1 PK Pentadbiran merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru Bahasa
Inggeris kerana dapat hadir dalam mesyuarat kali ini.
2.2 Pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR 2016 meningkat berbanding
tahun sebelumnya. Namun usaha perlu diteruskan untuk peningkatan pencapaian
pada tahun ini.
2.3 Temerloh Wave masih diteruskan pada tahun ini dan program yang disediakan
diharap dapat membantu guru-guru Bahasa Inggeris untuk meningkatkan
pencapaian murid.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 Cadangan : En Abdul Rahim b Hainin
3.2 Sokong : Pn Nur Fatin Syahirah bt Ahmad Saufi

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Sistem fail Temerloh Wave perludipatuhi. Tambahan maklumat KSSR semakan
perlu dikemaskini.
4.2 BBM Bahasa Inggeris dalam bentuk gambar (flash card) masih tidak mencukupi
terutama untuk murid-murdTahap 1.
4.3 Masih terdapat 9 orang murid LINUS (LBI) Tahun 3 2017.
4.4 PLC perlu dilaksanakan dan disediakan laporan.
4.5 Pelaporan Temerloh Wave juga perlu dikemaskini.
4.6 English Corner masih belum dapat dilaksanakan pada tahun lepas. Cadangan
supaya dapat diwujudkan pada tahun ini di sudut yang strategic dan bajet yang
sesuai.
4.7 Rujuk PT untuk status duitpanitia.

5.0 POST-MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


5.1 Tahap II perlu sediakan profil.
5.2 Tahun 3B - % lulus – PEM – 76.12% - PEN – 88.46%
5.3 Tahun 4B - % lulus – PEM – 69.57% - PEN – 73.91%
5.4 Tahun 4C - % lulus – PEM – 33.33% - PEN – 38.89%
5.5 Tahun 5B - % lulus – PEM –48.15 % - PEN – 62.96%
5.6 Pencapaian UPSR 2016 – silarujuk fail berkaitan.
5.7 Kelemahan –
- Pelajar asli tidak mencapai tahap kompetensi
- Perubahan format UPSR 2016
- Masih terdapat murid LINUS dalamTahun 4
Kekuatan –
- Pendedahan perubahan format
- PdP PA21
Cara mengatasi –
- Pengajaran berfokus
- Peningkatan kualiti penguasaan vocab
- Pendedahan aktiviti format peperiksaan

6.0 PERANCANGAN TAHUNAN ( TAKWIM )


6.1 KP meminta guru-guru mencadangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
tahun.
6.2 English Day akan dijalankan pada setiap hari Rabu. Guru-guru BI perlu bertugas
mengikut giliran dan menyediakan aktiviti murid setiap minggu.
6.3 Aktiviti yang disarankan dalamTemerloh Wave perlu dijalankan dan laporannya
dihantar 3 kali setahun.
6.4 Pencerapan buku tulis murid dan pemantauan pdp guru-guru BI akan dilaksanakan
oleh Pentadbir.

7.0 RANCANGANPENGAJARAN HARIAN


7.1 Cara penulisan RPH berlandaskan format pdp Abad 21. Edaran mengenai cara
menulis RPH akan dibuat oleh KP kepada semua guru BI.
7.2 RPH NILAM juga perlu ditulis mengikut pdp Abad 21.
7.3 Aktiviti murid perlu dirancang mengikut prestasi murid.
7.4 Content Standard hanya ditulis kemahiran tetapi Learning Standard perlu ditulis
secara terperinci.
7.5 BBM perlu lengkap mengikut topic yang terdapat di dalam buku teks.
7.6 Uji murid mengikut kemahiran yang diajar.

8.0 DSKP & RPT


8.1 Salinan DSKP & RPT perludi kemaskini dalam fail panitia.
8.2 Setiap guru perlu ada DSKP & RPT bagi setiap kelas diajar.

9.0 TARGET SETIAP KELAS DIAJAR


9.1 Target setiap murid mengikut tahap kompetensi masing-masing.
9.2 Guru perlu merekodkan TOV dan menetapkan ETR setiap murid. Ubah ETR
selepas setiap peperiksaan. Kekalkan ETR jika tidak mencapai target.
9.3 Headcount perlu adauntuk Tahun 4,5& 6. Guru-guru BI Tahap 1 boleh merujuk
kepada guru-guru BI Tahap 2 mengenai cara penetapan headcount.
9.4 Guru perlu mematuhi penetapan Gred lulus mata pelajaran :
A - 85 – 100
B - 65 – 84
C - 50 – 64
D -40 – 49
E - 0 – 39

10.0 PBS
10.1 Laporan offline PBS perlu diisi oleh guru dan perlu dihantar kepada pentadbir
setiap tahun untuk semakan.

11.0 LINUS
11.1 Saringan LINUS akandijalankan 2 kali setahun.
11.2 Bilanganmurid LINUS –
- Tahun 2 Cekal –
- Tahun 3 Bijak - 9 orang
- Tahun 4 Bijak - 2 orang

12.0 PLC
12.1 Perlu dijalankan dan kemaskini pelaporan berserta gambar.
Tarikh :
Masa :
Aktiviti :
Gambar :
12.2 Perbincangan boleh dijalankan dalam kumpulan kecil atau komuniti BI.
13.0 TEMERLOH WAVE
13.1 Panitia BI perlu menyediakan rancangan/cadangan aktiviti yang bersesuaian
untuk membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam matapelajaran BI.
13.2 Cadangan aktiviti dijalankan pada program pagi English Day.
13.3 Laporan program perlu dihantar 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan
September.

14.0 MBMMBI
14.1 Terdapat aktiviti MBMMBI dalam modulTemerloh Wave.
14.2 Panitia perlu sediakan perancangan dan jadual aktiviti.
14.3 Cadangan untuk mewujudkan English Zone di kawasan sekolah.
14.4 Guru perlu menggalakkan dan membantu murid-murid untuk menggunakan
Bahasa Inggeris di dalam kelas.

15.0 BUKU LATIHAN MURID


15.1 Guru perlu menetapkan jumlah buku latihan murid yang perlu digunakan
mengikut Tahap dan kesesuaian.
15.2 Buku latihan murid perlu disemak.
15.3 Latih murid menggunakan tulisan berangkai (cursive writing) seperti yang
terdapat dalam kemahiran diajar untuk memperbaiki mutu tulisan murid.
15.4 Pencerapan oleh PPD danPentadbir. Semakan buku tulis murid juga akan
dijalankan. 2 kali semakan oleh panitia dan 2 kali olehPentadbir.
15.5 Galakan penambahan perbendaharaan kata (vocabulary) setiap hari, minima 5
perkataan sehari.

16.0 KOKORIA
16.1 Perlu tunggu surat arahan daripada Unit KOKO PPD sebelum aktiviti
dijalankan.
16.2 Cadangan pertandingan peringkat sekolah.

17.0 PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA


17.1 Panitia perlu mencadangkan aktiviti yang bersesuaian untuk meningkatkan
kecemerlangan murid, contohnya, Program Peningkatan Vocab.
17.2 Perbincangan akan dibuat untuk menentukan 2 program sampingan dan 3
program sokongan yang bersesuaian.

18.0 HAL-HAL LAIN


18.1 KP mencadangkan untuk mengadakan PLC mengenai carapenulisan RPH pdp
Abad21, dalam waktu terdekat.
18.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 ptg.
DisediakanOleh,

………………………………………………….
( NORAHUDA BT ABDUL RAFFAR )
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris 2017

Anda mungkin juga menyukai