Anda di halaman 1dari 5

[1

KERTAS CADANGAN
PROGRAM PEMERKASAAN ‘SAHSIAH-KISAS’-ASPEK PERTAMA (1)
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH – SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
TAHUN 2018

A. PENDAHULUAN

KISAS sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi sudah sekian lama mendominasi carta tertinggi
prestasi akademik dalam semua peperiksaan awam SPM, STPM Dan STAM. Ini telah berakar umbi sejak
zaman-berzaman sejak tahun-tahun awal penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM) pada tahun 1955 yang
kemudiannya bertukar kepada Kolej Islam Kelang (KIK) dengan pengambil-alihan KPM pada tahun1967
dan meletakkannya dalam kalangan sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) pada tahun 1972.
Seterusnya ditukarkan namanya kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) pada tahun 1989.
Kemudiannya KISAS diangkat taraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan pada tahun 2007 dan sekolah
berprestasi tinggi pada tahun 2010.
Pastinya, berseiringan dengan kecemerlangan kurikulum mahupun kokurikulum ini, KISAS-SBT
sewajarnya turut berprestasi tinggi dalam aspek sahsiah dan disiplin para pelajarnya. Ia sama diperakui
sejak sekian lama dengan pelbagai anugerah tokoh kepemimpinan pelajar dalam segenap bidang dan
peringkat.
Hasilnya kini, barisan para lepasan kolej iaitu alumni KISAS (ALKIS) turut teruji aktif dan progresif
mewarnai sama pentas-pentas tadbiran awam dan swasta untuk pelbagai khidmat dan keperluan,
bahkan menjadi pimpinan utama dalam tadbiran sektor-sektor tertentu kerajaan mahupun bukan
kerajaan.
Namun, dapatan semasa mutakhir ini, melalui pemerhatian umum dan komentar khusus para guru
langsung terhadap prestasi sahsiah dan disiplin pelajar KISAS-SBT, mendapati bahawa sebahagian
pelajar tidak menepati kehendak dan potensi khusus mereka sebagai seorang pelajar Muslim di sebuah
sekolah berprestasi tinggi dan, sebahagian mereka nyata mengalami penurunan nilai diri dalam aspek:
i. Kepemimpinan dan keterampilan diri
ii. Istiqamah dalam pengamalan fardhu ain dan kifayah
iii. Salam dan Sapa kepada yang lain dan Syukur terhadap nikmat dan kurniaan
iv. Amanah dalam pertanggungjawaban diri dan tugas
v. Sentiasa Cakna dan Prihatin pada perubahan dan keperluan sekeliling

Hal ini, pastinya menimbulkan kerisauan terhadap potensi keberhasilan pelajar khusus dalam aspek
kemenjadian sahsiah murid KISAS-SBT.
Justeru, dengan harapan meneruskan legasi kecemerlangan akademik, kokurikulum mahupun
sahsiah itu, KISAS-SBT memerlukan satu proses pemerkasaan dalam aspek sahsiah dan perilaku para
pelajar, khas untuk pengekalan kecemerlangan sedia ada dan anjakannya dalam mendepani cabaran
mendatang.

PEMERKASAAN ‘SAHSIAHKISAS’- ASPEK (1)


2018 @ KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH – SBT
[2

B. OBJEKTIF PROGRAM

i. Menyediakan para pelajar KISAS-SBT yang berketerampilan hebat dengan jati diri yang tinggi
dan sifat istiqamah, amanah dan prihatin, serta mampu bersaing cemerlang khusus untuk
mendepani cabaran pemilihan tajaan belajar selepas SPM, STPM dan STAM
ii. Mengaktifkan ruang kolaborasi dan partisipasi wajib semua guru dari segenap bidang
matapelajaran khusus dalam pemerkasaan sahsiah dan disiplin pelajar yang ianya menjadi
tanggungjawab langsung semua pentadbir, guru dan staf KISAS-SBT

C. ASPEK TUMPUAN PEMERKASAAN

Bagi menjayakan program pemerkasaan ini, Jabatan Kemanusiaan dan Unit Tingkatan 6 diberi
tanggungjawab untuk aspek sahsiah yang pertama (1) di mana harus diberikan penekanan dan fokus.
Di bawah ini dinyatakan aspek sahsiah tersebut dan perincian sub-aspek yang dipikirkan perlu untuk
ditambah-baik. (Sub-aspek boleh ditambah dengan kesepakatan ahli jawatankuasa)

BI ASPEK Sub-ASPEK
L
1 Kepemimpinan & Pelajar KISAS-SBT dari aspek Kepemimpinan, seharusnya :
Keterampilan Diri i. boleh memberi arahan kepada rakan pelajar secara jelas dan
berkeyakinan tinggi serta mendahului pelaksanaan arahan tersebut
ii. melaksanakan semua peraturan dan undang-undang pelajar TANPA
diskriminasi dan terpilih
iii. boleh mengendalikan sebarang perhimpunan pelajar dengan penuh
disiplin berdasarkan peraturan dan standard yang telah ditetapkan
iv. boleh menguruskan situasi-situasi khas atau kecemasan dengan
pemerhatian minimum daripada guru
v. boleh berbicara di hadapan audien pelajar atau awam, berkaitan tajuk-
tajuk khusus dalam bidang agama mahupun dalam disiplin ilmu yang
lain
vi. boleh menjadi imam solat-solat fardhu dan memimpin solat sunat
nawafil khas dalam qiyamullail mingguan, bulanan dan perdana
vii. boleh memimpin tahlil, bacaan yaasin dan solat jenazah sekiranya
diperlukan dalam program BADAR mahupun kegiatan luar dan
komuniti
viii. mengamal dan mengaplikasikan maksud hadis Nabi SAW:
Barangsiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka
CEGAHILAH ianya dengan tangan… (Hadis riwayat Muslim: No. 73)

dan, pelajar KISAS-SBT dari aspek Keterampilan Diri, seharusnya :


i. untuk pelajar lelakinya, pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, berpakaian
kemas, bertali leher, bersongkok hitam, berkasut kulit dan memakai
stokin kaki berwarna hitam tanpa belang, yang tidak pendek sehingga
menampakkan sebahagian kaki
ii. untuk pelajar lelakinya, pada hari Khamis, berpakaian batik,
bersongkok hitam, berkasut kulit dan memakai stokin kaki berwarna
hitam tanpa belang, yang tidak pendek sehingga menampakkan
sebahagian kaki
iii. untuk pelajar lelakinya, pada hari Jumaat, berpakaian baju Melayu
berbutang penuh, bersongkok hitam, berkasut kulit dan memakai
stokin kaki berwarna hitam tanpa belang, yang tidak pendek sehingga
menampakkan sebahagian kaki, dan kekal dipakai untuk solat fardhu

PEMERKASAAN ‘SAHSIAHKISAS’- ASPEK (1)


2018 @ KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH – SBT
[3

BI ASPEK Sub-ASPEK
L
Jumaat di Masjid Diraja Sultan Suleiman
iv. untuk pelajar perempuan pada setiap hari persekolahan rasmi, Isnin
hingga Jumaat, berpakaian dengan kemas menutup aurat, menepati
kod pakaian muslimah KISAS seperti yang tertakluk di dalam buku
peraturan dan disiplin pelajar KISAS-SBT
v. pelajar lelakinya, tidak memakai t-shirt ‘round-neck’ di seluruh
kawasan kolej
vi. pelajar lelakinya, tidak memakai jaket yang dibenarkan tanpa pakaian
yang menepati peraturan di sebelah dalamnya
vii. pelajar lelakinya, tidak memakai seluar yang tidak menepati peraturan
sekolah, dari segi material kain atau stail potongan seluar
viii. pelajar lelakinya, tidak membiarkan misai dan janggut tumbuh tanpa
dicukur, pada setiap masa persekolahan, di sekolah mahupun di
asrama
ix. pelajar lelakinya, menepati kod pemotongan rambut yang diguna
pakai di semua sekolah KPM
x. pada hari mengambil slip keputusan peperiksaan awam SPM, STPM &
STAM, menepati kod pakaian yang akan dinyatakan TANPA GAGAL
xi. mengamal dan mengaplikasikan maksud hadis Nabi SAW:
Sesungguhnya Allah SWT itu cantik dan suka akan kecantikan. (Riwayat
Muslim: 91)

D. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Tn Hj Omar bin Salleh, Pengetua KISAS-SBT


Timbalan Pengerusi I Pn Hjh Rashidah Nor binti Shamsuddin, Penolong Kanan HEM
Timbalan Pengerusi II Tn Hj Mohd Nordin bin Mohd Tohir, Penolong Kanan Pentadbiran
Timbalan Pengerusi III En. Mohd Azlan bin Abdul Aziz, Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Timbalan Pengerusi IV Tn. Hj. Abdullah bin Hassan, Penolong Kanan Tingkatan 6

Penyelaras (1) : Pn. Aznora binti Mohd Kamal, GKMP Kemanusiaan

Setiausaha JK Pelaksana : Cik Zaleha binti Ibrahim (s/u Tingkatan 6)


Pn. Nor Azila binti Zakaria (s/u MP Kemanusiaan)

AJK Pelaksana
1. En. Zamri Shah bin Ibarahim
2. En. Fitri Aziz bin Masuaud
3. Pn. Sakinah binti Amir Husain
4. Pn. Haryati binti Mohamed

PEMERKASAAN ‘SAHSIAHKISAS’- ASPEK (1)


2018 @ KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH – SBT
[4

5. Pn. Kamisah binti Arbain


6. Cik Nur Azlin binti Zainalaludin
7. Cik Norlini binti Abdullah
8. Pn. Hamsiah binti Yusof
9. Pn. Nurul Imratun binti Abdul Khalid
10. Pn. Raba’ah Adawiyah binti Hj Mohamad

E. PELAN TINDAK IKUT


Berdasarkan pembahagian tugasan dalam Teraju Bestari 2018 yang disepakati bersama, berikut adalah
pembahagian tugas berkaitan program pemerkasaan ini.

BI ASPEK JABATAN TARIKH


L
1 Kepemimpinan & Keterampilan Diri Jabatan Kemanusiaan &
Tingkatan 6
2 Istiqamah Jabatan Sains & Matematik
3 Salam dan Syukur Jabatan Bahasa
4 Amanah Jabatan Pendidikan Islam & Bahasa Arab
5 Sentiasa Cakna & Prihatin Jabatan Vokasional & Teknik

F. ANGGARAN PERBELANJAAN

BI BUTIRAN KUANTITI JUMLAH Sumber


L (RM)
1. Bunting perasmian 1 50.00 SUWA
RM
2. Cenderahati- Baucer Koop (RM5.00 keping) 55 183.00 Sumbangan
koperasi
3 Hamper pemenang 6 300.00 SUWA
RM50/ unit
6. Sijil 30 - KISAS
JUMLAH KESELURUHAN 531.00

G. RUMUSAN
Kertas cadangan perlu dilihat secara holistik dan menyeluruh dalam segenap segi kepentingannya demi
kecemerlangan bersama.
Moga ia mendapat pertimbangan sewajarnya dari setiap pemegang taruh kecemerlangan KISAS-SBT
ini, demi meneruskan sinergi kecemerlangan hakiki dan maknawi putera dan puteri bumi waqafan, bumi
bertuah ini.
Akhirnya, kesediaan semua pihak dan guru tanpa berkecuali untuk turut sama meneruskan usaha ini,
amatlah diharapkan dan dihargai. Semua usaha terpuji dari semua pihak terlibat moga diganjari Allah
dengan ganjaran kemuliaan dari sisiNya dan didahului dengan ucapan JazakumuLlahu Khairan Kathiraa.

PEMERKASAAN ‘SAHSIAHKISAS’- ASPEK (1)


2018 @ KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH – SBT
[5

Sekian, wassalam.

Disediakan oleh,

………………………………………………
(PN. NOR AZILA BT ZAKARIA) (TN HJ MOHAMAD JAMAHARI BIN ABDUL
Setiausaha,
Jabatan Kemanusiaan a Arab,
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………………… …………………………………………….
(PN AZNORA BINTI MOHD KAMAL) (TN HJ OMAR BIN SALLEH)
GKMP Jabatan Kemanusiaan, Pengetua,
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

PEMERKASAAN ‘SAHSIAHKISAS’- ASPEK (1)


2018 @ KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH – SBT

Anda mungkin juga menyukai