Belanjawan PCG
Belanjawan PCG
2.0 Rasional
Bersama-sama bergabung tenaga antara JPN, Guru Besar, Guru Prasekolah dan PPM
Prasekolah dalam membantu mengemaskini, memperbaiki dan mempertingkatkan
kualiti Perancangan Belanjawan Bantuan Per Kapita murid (PCG) Prasekolah.
Memberi gambaran yang lebih jelas tentang Perancangan Belanjawan Per Kapita
Murid (PCG) kepada pihak atasan bagi memberi peruntukan sewajarnya pada tahun
yang seterusnya.
Memberi fokus kepada segala Perancangan Belanjawan bagi kepentingan murid-
murid Prasekolah setiap tahun. Mencapai standard Pendidikan Negara bagi
merealisasikan Pelajaran Terunggul bertaraf antarabangsa.
Mengemukakan Perincian Perancangan Belanjawan bagi mempercepatkan proses
Peruntukan Belanjawan Kerajaan Malaysia setiap tahun.
3.0 Justifikasi
JPN, Guru Besar, Guru Prasekolah, PPM dan semua kakitangan yang berkaitan dapat
bekerjasama dalam menyediakan Perincian Perancangan Belanjawan Bantuan Per
Kapita murid (PCG) kepada pihak atasan dengan rasional, tepat, cepat dan berprinsip
menjaga kepentingan semua murid-murid Prasekolah pada setiap tahun.
Menyediakan Perincian Perancangan Belanjawan Bantuan Per Kapita murid (PCG)
yang berprinsipkan menjaga kepentingan penglibatan pihak kerajaaan memberi
peruntukan yang sewajarnya kepada setiap Prasekolah di Negara Malaysia.
Mementingkan peningkatan sistem pemprosesan peruntukan PCG murid Prasekolah
setiap tahun
4.0 Objektif
Merapatkan sitaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu di antara JPN, Guru
Besar, Guru Prasekolah, PPM dan semua kakitangan berkaitan Prasekolah dalam
Perancangan Belanjawan Bantuan Peruntukan Per Kapita Murid (PCG) Prasekolah.
Memberi peluang kepada semua Prasekolah bekerjasama dengan JPN dan
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan lebih optimum.
Menjaga, memulihara dan menghayati segala Penglibatan pihak kerajaan
memperuntukkan asset Negara kepada pada pihak Prasekolah setiap tahun.
Perancangan Belanjawan Per Kapita Murid Prasekolah (PCG) adalah satu rancangan dan
inisiatif baru bagi KPM dan dapat diperincikan dan dilaksanakan dengan sokongan serta
bantuan semua pihak Prasekolah JPN Negeri Perlis. Semoga perincian Perancangan
Belanjawan Prasekolah dapat membantu mencapai realisasi dasar KPM dan meningkatkan
standard sistem belanjawan Negara dengan menyelaraskan konsep mencintakan asset Negara
Malaysia.