Anda di halaman 1dari 3

PERINCIAN PERANCANGAN BELANJAWAN BANTUAN MAKAN MURID

PRASEKOLAH (BMP) PRASEKOLAH CHOON SIEW TAHUN 2022

1.0 Tujuan Mengemukakan Perancangan Belanjawan Bantuan Makan murid (BMP).

Tujuan mengemukakan Perancangan Belanjawan Bantuan Makan murid (BMP)


adalah untuk memberi penerangan dan keberhasilan perancangan tahunan BMP
Prasekolah sepanjang tahun.
Memberi peluang kepada semua pihak Prasekolah bagi memulihara dan menentukan
bajet BMP tahunan Prasekolah dengan jelas dan teliti.
Memudahkan Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) membuat
perancangan Tahunan BMP dengan mudah dan tepat.

2.0 Rasional

Bersama-sama bergabung tenaga antara JPN, Guru Besar, Guru Prasekolah dan PPM
Prasekolah dalam membantu mengemaskini, memperbaiki dan mempertingkatkan
kualiti Perancangan Belanjawan Bantuan Makan murid (BMP) Prasekolah.
Memberi gambaran yang lebih jelas tentang Perancangan Belanjawan Bantuan Makan
Murid (BMP) kepada pihak atasan bagi memberi peruntukan sewajarnya pada tahun
yang seterusnya.
Memberi fokus kepada segala Perancangan Belanjawan bagi kepentingan murid-
murid Prasekolah setiap tahun.
Mencapai standard Pendidikan Negara bagi merealisasikan Pelajaran Terunggul
bertaraf antarabangsa.
Mengemukakan Perincian Perancangan Belanjawan bagi mempercepatkan proses
Peruntukan Belanjawan Kerajaan Malaysia setiap tahun.

3.0 Justifikasi

JPN, Guru Besar, Guru Prasekolah, PPM dan semua kakitangan yang berkaitan
dapat bekerjasama dalam menyediakan Perincian Perancangan Belanjawan
Bantuan Makan murid (BMP) kepada pihak atasan dengan rasional, tepat, cepat
dan berprinsip menjaga kepentingan semua murid-murid Prasekolah pada setiap
tahun.
Menyediakan Perincian Perancangan Belanjawan Bantuan Makan murid (BMP)
yang berprinsipkan menjaga kepentingan penglibatan pihak kerajaaan memberi
peruntukan yang sewajarnya kepada setiap Prasekolah di Negara Malaysia.
Mementingkan peningkatan sistem pemprosesan peruntukan BMP murid
Prasekolah setiap tahun

4.0 Objektif

Merapatkan sitaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu di antara JPN, Guru
Besar, Guru Prasekolah, PPM dan semua kakitangan berkaitan Prasekolah dalam
Perancangan Belanjawan Bantuan Peruntukan Bantuan Makan Murid (BMP)
Prasekolah.
Memberi peluang kepada semua Prasekolah bekerjasama dengan PPD dan
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan lebih optimum.
Menjaga, memulihara dan menghayati segala Penglibatan pihak kerajaan
memperuntukkan asset Negara kepada pada pihak Prasekolah setiap tahun.

5.0 PERBELANJAAN PERUNTUKAN BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH


(BMP) TAHUN 2021 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

BAKI PERUNTUKAN PCG TAHUN 2021 DIBAWA KE HADAPAN : RM 6878.52

PERUNTUKAN BMP TAHUN 2022 : 6720.00

BILANGAN MURID TAHUN 2022 : 21 ORANG

JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 : 198 HARI


BULAN BILANGAN HARI ANGGARAN (RM)
MAC 9 378
APRIL 21 882
MEI 16 672
JUN 17 714
JULAI 20 840
OGOS 22 924
SEPTEMBER 16 672
OKTOBER 17 714
NOVEMBER 22 924
DISEMBER 7 294
JANUARI 18 756
FEBRUARI 13 546
JUMLAH RM 8316.00
6.0 PENUTUP

Perancangan Belanjawan Bantuan Makanan Murid Prasekolah (BMP) adalah satu


rancangan dan inisiatif baru bagi KPM dan dapat diperincikan dan dilaksanakan dengan
sokongan serta bantuan semua pihak Prasekolah termasuk JPN Negeri Perlis. Semoga
perincian Perancangan Belanjawan Prasekolah dapat membantu mencapai realisasi dasar
KPM dan meningkatkan standard sistem belanjawan Negara dengan menyelaraskan konsep
mencintakan asset Negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai