Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PELAKSANAAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


SJKC CHUNG CHING 2 2021 PERINGKAT PRASEKOLAH
“MALAYSIA PRIHATIN“
KETERANGAN

1.0 PENDAHULUAN
Sambutan bulan kemerdekaan kali ke - 64 sedikit berbeza dari tahun-tahun yang lepas akibat
penularan virus covid -19. Akibat penularan covid-19 ketika ini, sambutan di setiap peringkat adalah
berbeza. Walaupun penularan covid -19 masih aktif di Malaysia dan kita tidak bebas sepenuhnya, sambutan
bulan kemerdekaan masih boleh diteruskan dengan pelbagai cara serta kaedah dengan mengikut garis
panduan (SOP) yang ditetapkan.

2.0 RASIONAL
Rasional di sebalik penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah untuk memupuk
semangat cintakan negara dan menanamkan rasa bersyukur di atas keamanan yang dikecapi. Dengan
menghayati kemerdekaan, kita dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dengan agama di Malaysia.
Selain itu, jangan kita biarkan anasir luar menggugat kedaulatan negara kita. Hayati dan semarakkan
semangat cintakan kemerdekaan di dalam hati, kuatkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.

3.0 MATLAMAT / OBJEKTIF PROGRAM

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan
kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa :

a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid prasekolah supaya terus
kekal sehingga remaja dan dewasa.
b. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
c. Murid prasekolah dapat memahami tradisional pelbagai bangsa dan kaum serta mewujudkan
masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid prasekolah secara
menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas prasekolah bagi
memastikan pelaksanaan program ini melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan
dijalankan dengan bantuan dan kerjasama semua ibu bapa penjaga masing-masing.

5.0 SASARAN

Semua murid prasekolah seramai 49 orang.

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

Sambutan Bulan Kemerderkaan Pasca Covid 19 Peringkat Prasekolah SJKC Chung Ching 2 akan dijalankan
seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Ogos hingga 29 Ogos 2021


Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing

7.0 TENTATIF PROGRAM


 Rujuk Lampiran Tentatif Program

KEWANGAN

8.0 RESOS KEWANGAN

 Kokurikulum Prasekolah
 Rujuk Lampiran Anggaran Belanja Mengurus

PENGESAHAN

Disediakan oleh : Dilulus oleh,


…………………………… ………………………..
(Siew Ying Min) (Gan Lay Theng)
Penyelaras Prasekolah Guru Besar

LAMPIRAN

8.0 RESOS KEWANGAN

PERTANDINGAN KRAFTANGAN MERDEKA

Anggaran Belanja Mengurus.


BIL BUTIRAN BAHAN HARGA KUANTITI JUMLAH

SEUNIT

1. Hadiah Pertama RM 5.00 1 RM 5.00

2. Hadiah Kedua RM 5.00 1 RM 5.00

3. Hadiah Ketiga RM 5.00 1 RM 5.00

4. Saguhati RM 3.00 5 RM 15.00

JUMLAH BESAR RM 30.00

LAMPIRAN

7.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH AKTIVITI/PERKARA

26 OGOS 2021 Mengenal Negara Kita- Malaysia

 Bendera Malaysia
 Bendera Negeri-negeri
 Bunga Malaysia
 Rukun Negara
 Aktiviti membuat kraf-tangan

27 OGOS 2021 Satu Bangsa Satu Malaysia

 Murid-murid diminta memakai pakaian tradisional


masing-masing.
 Memperkenalkan pelbagai jenis kaum dan bangsa di
Malaysia
 Pakaian Tradisional
 Perayaan

28 -29 OGOS 2021 Pertandingan Kraftangan Merdeka bersama ibu bapa


dengan menggunakan Bahan Kitar Semula

Anda mungkin juga menyukai