Anda di halaman 1dari 5

BAB 1 : ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

Soalan Objektif

Arahan: Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan
terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1 Pernyataan yang manakah betul tentang organisasi bengkel?


A Sistem penyimpanan alatan tangan dan cara penggunaannya.
B Sistem pengurusan bengkel dengan kerjasama guru dan murid
C Senarai nama murid mengikut tingkatan yang menggunakan bengkel
D Senarai nama murid yang bertugas membaiki alatan di bengkel

2 Apakah fungsi utama jadual tugasan murid di bengkel?


A Memudahkan tugas guru mengenal pasti muridnya
B Menyampaikan maklumat kepada murid dengan cepat
C Memudahkan pergerakan murid semasa kerja praktikal
D Membina sikap bertanggungjawab, berdisiplin, dan bekerjasama dalam kalangan murid

3 Apakah tujuan mengamalkan langkah keselamatan semasa berada di bengkel?


A Mengelakkan pembaziran bahan
B Memastikan alatan tangan sentiasa teratur
C Memastikan bengkel sentiasa bersih dan kemas
D Mengelakkan berlakunya kemalangan dan kecederaan

4 Apakah tugas dan tanggungjawab utama ketua fomen?


A Membimbing dan menilai tugasan yang dibuat oleh murid lain
B Memastikan agar murid melaksanakan tugas mengikut jadual tugasan
C Merekodkan segala kemalangan di dalam buku rekod kemalangan
D Mengumpul dan menyimpan baki bahan kerja yang ditinggalkan oleh murid lain

5 FOMEN

Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan


A B C D

Jadual di atas menunjukkan carta organisasi bengkel. Apakah tugas bagi X?


A Membuka dan menutup tingkap bengkel
B Mengumpul serta menyimpan baki bahan kerja
C Membantu formen memastikan setiap murid menjalankan tugas
D Menyusun dan membersihkan mesin mudah alih dan alatan tangan

6 Antara yang berikut, padanan yang manakah betul tentang amalan 4M?

Amalan 4M Keterangan
A Menilai Sentiasa mempraktikkan per-aturan keselamatan
B Membersih Menilai tempat kerja dan diri sendiri
C Mendisiplin Membersihkan diri dari aspek mental dan fizikal
D Menyusun atur Melaksanakan sistem penyimpanan alatan tangan dan bahan
7 Alat pemadam api yang manakah paling sesuai digunakan untuk memadam semua jenis
kebakaran?

A B C D

8 Apakah amalan 4M yang perlu diutamakan oleh setiap murid?


A Membersih, menyusun atur, menilai, dan mendisiplin
B Menilai, menyusun atur, merekod,dan membersih
C Menyusun atur, merekod, menilai, dan membersih
D Mendisiplin, menilai, membersih, dan merekod

9 Antara yang berikut, yang manakah menerangkan peraturan keselamatan diri?


A Pastikan lantai tidak berminyak atau licin
B Pakai pakaian yang sesuai semasa bekerja
C Jangan gunakan alatan elektrik yang telah rosak
D Gunakan alatan mengikut jenis dan kegunaannya

Peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam


10
sesebuah organisasi
Pernyataan di atas menerangkan tentang
A etika kerja C budaya kerja
B amalan 4M D keselamatan am

11 Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan organisasi dan keselamatan
bengkel diwujudkan?
I Mewujudkan sikap bertanggungjawab, bekerja-sama, menepati masa, dan berdisiplin
dalam kalangan murid
II Memastikan bengkel sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, kemas.dan selamat
IIIMemastikan setiap tugasan yang diberikan kepada murid dapat dilaksanakan dengan
cepat
IV Memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan teraturdan bersistematik
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

12 Antara yang berikut,yang manakah tugas pengurusan bengkel yang perlu dilakukan oleh
setiap murid mengikut giliran?
I Membersihkan lantai
II Membuang sampah
III Membaiki kerosakan pada alatan
IV Membersihkan papan tulis dan menutup suis
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

13 Apakah amalan yang perlu dipraktikkan oleh setiap murid semasa berada di bengkel?
I Menyimpan alatan tangan dan bahan di tempat yang betul
II Merekod segala kemalangan dan kecederaan yang berlaku
IIIBertanggungjawab dan sentiasa mematuhi peraturan
IV Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
14 Antara yang berikut,peralatan yang manakah disediakan di dalam bengkel untuk tujuan
keselamatan?
I Alat pemadam api
II Peti pertolongan cemas
IIIMesin pemampat udara
IV Alat penggera kebakaran
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

15 Antara yang berikut, sikap yang manakah menunjukkan etika kerja yang baik?
I Menepati masa
II Mematuhi peraturan
IIIBertanggungjawab
IV Mengutamakan diri sendiri
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

16 Apakah tujuan buku rekod kemalangan dan kecederaan disediakan?


A Untuk menulis aduan
B Untuk mengenal pasti kekerapan berlakunya kemalangan bengkel
C Untuk merekodkan kemalangan dan kecederaan yang berlaku di bengkel
D Untuk mencatatkan bilangan pengguna bengkel yang ditimpa kemalangan

17 Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan apabila berlaku kejutan elektrik?
A Mematikan suis elektrik
B Mengalihkan mangsa dengan tangan
C Mengalihkan mangsa dengan penebat
D Melaporkan perkara tersebut kepada pengetua

18 Antara yang berikut, alatan yang manakah sesuai digunakan untuk membersihkan lantai
bengkel?
I Penyapu
II Penadah sampah
IIIMesin penyedut hampagas
IV Mesin pemampat udara
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

19

Apakah kesalahan yang dilakukan oleh murid yang hendak menggunakan mesin gerudi
lantai di atas?
A Tidak memakai gogal C Tidak memakai kasut
B Tidak memakai apron D Baju tidak digulung

20 Antara yang berikut, di manakah bahan mudah terbakar harus disimpan?


I Di dalam botol
II Di dalam bekas plastik
IIIDi dalam bekas pengisi keselamatan
IV Di dalam stor khas yang berlabel "Mudah terbakar - Jauhkan daripada api"
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

21 Aspek-aspek keselamatan bengkel merangkumi perkara-perkara yang berikut, kecuali


A keselamatan diri
B keselamatan alatan dan bahan
C keselamatan tempat kerja
D keselamatan keluarga

22 Antara yang berikut, yang manakah punca kemalangan di bengkel?


I Kelalaian murid
II Pakaian yang tidak sesuai
IIIPeralatan bengkel
IV Carta organisasi bengkel
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

23 Perkara-perkara yang berikut perlu dilakukan oleh murid sebelum meninggalkan bengkel,
kecuali
A membersihkan bengkel
B menutup semua suis
C membiarkan pintu dan tingkap terbuka
D menyusun alatan tangan di tempat yang disediakan

24 Halim memakai baju lengan panjang semasa


hendak membuat kerja amali dalam bengkel.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Halim?
A Menukar baju yang dipakainya
B Membiarkan lengan baju tersebut panjang
C Melipat lengan baju yang dipakainya ke paras siku
D Mengancing butang pada hujung lengan baju

25 Minyak, cat, petrol, lekar, gas

Apakah jenis pemadam api yang sesuai untuk memadamkan punca api atau bahan
bakar di atas?
I Buih III Debu kering
II Air IV Karbon dioksida
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

26 Apakah langkah pertama semasa mengendalikan alat pemadam api?


A Keluarkan pin picu keselamatan
B Sembur bahan pemadam pada punca api
C Tekan tuas rapat pada pemegang alat pemadam api
D Halakan muncung pemancut (nozel) ke punca api

27 Antara yang berikut, pasangan jenis bahan pemadam api dengan label yang manakah
betul?
Jenis Alat Pemadam Api Label
A Debu kering ABC
B Buih A
C Air B
D Karbon dioksida AB

28 Antara yang berikut, susunan langkah merawat luka ringan yang manakah betul?
I Sapukan iodin pada luka
II Bersihkan luka dengan antiseptik
III Plasterkan kain kasa pada tempat luka
IV Balutkan luka dengan kain kasa
A I, II, III, IV C II, I, IV, III
B I, III, II, IV D II, IV, I, III

29 Apakah panduan keselamatan yang harus dipatuhi semasa menggunakan peralatan


elektrik?
I Cabut plag sebelum mematikan suis
II Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan basah
III Matikan suis selepas menggunakan peralatan elektrik
IVJangan membuat penyambungan beban yang banyak pada satu soket
A I, II dan III C II, III dan IV
B I, II dan IV D I, II, III dan IV

Disiplin dan sikap individu


terhadap sesuatu kerja

30 Pernyataan di atas berkaitan dengan


A etika kerja C peraturan kerja
B budaya kerja D amalan kerja

JAWAPAN
1 B 2D 3 D 4 B 5 C
6 D 7D 8 A 9 B 10 C
11 B 12 B 13 C 14 B 15 A
16 C 17 A 18 C 19 A 20 D
21 D 22 A 23 C 24 C 25 B
26 A 27 A 28 C 29 C 30 A

Anda mungkin juga menyukai