Anda di halaman 1dari 10

SMJK SHING CHUNG,31100 SUNGAI SIPUT(U), PERAK.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019


PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1

Nama:__________________________________ ( )

Kelas:____________________

Arahan Umum: Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap
soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu
jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

1. Antara yang berikut adalah prinsip FIIT kecuali…

A Frequency (kekerapan)
B Intensity (Tahap Intensiti)
C Time (Masa)
D Capacity ( Capacity)

2. Kekerapan melakukan latihan adalah merujuk kepada prinsip...

A Intensity (Tahap Intensiti)


B Frequency (Kekerapan)
C Time (Masa)
D Capacity ( Capacity)

3. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah aktiviti yang
sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan?

A Tekan tubi
B Bangkit tubi
C Ayun tangan
D Jangkauan melunjur

4. Latihan kekuatan otot boleh memberi beberapa faedah kepada semua individu. Antara yang
berikut, manakah bukan faedah latihan kekuatan otot?

A Dapat mengawal berat badan


B Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
C Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
D Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang- ulang
5. Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk melakukan
aktiviti naik turun bangku selama 10 minit tanpa henti. Pada pendapat anda apakah yang akan
terjadi kepada pelajar tersebut?

A Pelajar akan berasa seronok


B Pelajar akan bertambah mahir
C Pelajar akan mengalami kecederaan otot
D Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya

6. Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap kelenturan yang baik. Antara yang
berikut, aktiviti manakah tidak dapat membantu membina kelenturan?

A Aktiviti regangan pectoralis


B Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang
C Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan belakang badan
D Aktiviti naik turun bangku

Soalan 7 berdasarkan Jadual 1

Jawapan Pelajar Mac April


A Shamsul 22 cm 25 cm
B Murthy 10 cm 20 cm
C Choy - 1 cm 8 cm
D Dave 20 cm 28 cm

Jadual 1

7. Jadual 1 menunjukkan data yang diterima daripada guru Pendidikan Jasmani selepas menjalani
aktiviti jangkauan melunjur terhadap empat orang pelajar dalam bulan Mac dan April. Pelajar
yang manakah menunjukkan peningkatan kelenturan yang paling ketara?

8. Kelenturan berubah mengikut…

A usia
B kaum
C bangsa
D berat badan

9. Semasa melakukan senaman regangan, aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian bagi
mengelakkan kecederaan dan kemalangan adalah seperti berikut kecuali…

A Memanaskan badan sebelum membuat regangan


B Bernafas seperti biasa semasa membuat regangan

2
C Membuat regangan pada sendi dan otot yang cedera
D Meregang otot sehingga ke tahap maksimum tanpa rasa sakit

10. Berikut merupakan antara bateri ujian SEGAK ( Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan) untuk
murid sekolah Malaysia kecuali…..

A Half Squat
B Ringkuk Tubi Separa
C Naik Turun Bangku 3 Minit
D Jangkauan Melunjur

11. Berikut merupakan tips untuk mengelakkan kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan
kecuali..

A Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu


B Jangan bersenam ketika cuaca panas yang melampau
C Minum air masak atau air yang ditapis dalam kuantiti yang sedikit.
D Mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari dalam jangka
masa yang lama.

12. Berikut adalah contoh otot teras pada bahagian tengah badan kecuali…

A Hamstring
B Rectus Abdominis
C Multifidus
D Erector spine

13. Ahli sukan selalu mengamalkan aktiviti memanaskan badan ________ melakukan aktiviti.

A sepanjang
B semasa
C selepas
D sebelum

14. Individu yang mempunyai komposisi badan yang baik berupaya menghindarkan diri daripada
penyakit hipokinetik seperti

A Darah tinggi
B Kencing Manis
C Bulimia nervosa
D Sakit jantung

15. Olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Apakah acara pertama yang
dilangsungkan semasa Sukan Olimpik Kuno?

A Lompat tinggi
B Lari pecut
C Lompat jauh

3
D Lontar peluru

Soalan 16 berdasarkan Rajah 1

Acara 100 Meter


Acara 200 Meter
Acara 400 Meter

Rajah 1
16. Kategori acara olahraga di atas ialah kategori

A Acara lari pecut


B Acara lari jarak jauh
C Acara padang
D Acara sukan sekolah

17. Apakah fungsi blok permulaan dalam acara lari pecut?

A Menambahkan kelajuan hayunan tangan


B Memindahkan pusat graviti ke bahagian lengan
C Menambah kekuatan otot kaki
D Mendapatkan kuasa eksplosif semasa memulakan larian.

18. Berikut adalah kemahiran dalam kedudukan “Ke Garisan” kecuali…

A Kepala selari dengan kedudukan badan


B Naikkan punggung melebihi aras bahu
C Tolak kedua-dua kaki dari blok permulaan dengan pantas dan kuat
D Tindak balas eksplosif dan bersedia untuk berlepas

19. Semasa acara lari berganti-ganti 4x100 meter pelajar perlu menguasai teknik pertukaran baton
di zon pertukaran baton. Berapakah jarak yang dihadkan di zon pertukaran baton?

A 15 meter
B 20 meter
C 25 meter
D 35 meter

4
20. Dalam acara lari berganti-ganti berikut adalah cara memberi baton…
I Memberi isyarat kepada penerima
II Mengekalkan kepantasan larian
III Menghulurkan tangan secara lurus ke hadapan
IV Segera hulurkan tangan ke arah pembawa baton

A IV sahaja
B I dan II sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

21. Berikut adalah faktor-faktor yang menentukan lompatan dalam acara lompat tinggi yang
berkesan kecuali

A pergerakan pergelangan tangan


B gunakan tandaan supaya langkah-langkah larian menjadi seragam.
C kilasan badan
D Mendapatkan kuasa eksplosif semasa memulakan larian.

22. Berikut adalah fasa ansur maju dalam acara lontar peluru kecuali..

A Fasa persediaan
B Fasa mendarat
C Fasa lontaran
D Fasa gelongsoran

23. Pemain bola sepak berada dalam kedudukan ofsaid jika…


A bola melintasi garisan gol
B bola disentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan
C cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalam kedudukan tersebut
D pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasan
penaltinya sendiri

24. Dalam satu perlawanan bola sepak, setiap pasukan diwakili oleh ________ semasa sepak mula
hendak dilakukan.

A 8 orang pemain
B 10 orang pemain
C 11 orang pemain
D 12 orang pemain

5
Soalan 25 berdasarkan Rajah 2

Rajah 2

25. Kemahiran badminton yang dilakukan pada Rajah 2 adalah kemahiran…

A Servis pendek
B Servis tinggi
C Pukulan kilas
D Smesy

26. Berikut adalah ciri-ciri bagi kemahiran pukulan lob kecuali…


I Pukulan yang dilakukan untuk menghantar bulu tangkis ke garisan belakang gelanggang
pihak lawan
II Memberi masa kepada pemain untuk bersedia menerima pukulan lawan
III Dilakukan sebagai pukulan untuk bertahan
IV Boleh dilakukan dengan pukulan hadapan dan pukulan kilas

A I dan III sahaja


B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

27. Apakah situasi yang sesuai untuk melakukan pukulan smesy?

A Mematikan suatu rali


B Mengelirukan pihak lawan
C Menghantar bulu tangkis ke garisan belakang
D Membuat hantaran

28. Bagi satu set dalam permainan badminton, perlawanan akan diteruskan sehingga pemain
perseorangan atau beregu memperoleh…

A 21 mata
B 22 mata

6
C 23 mata
D 25 mata
29. Pertolongan cemas bermaksud …
A membantu mangsa
B menjaga harta benda mangsa
C tindakan awal dan segera sementara menanti ketibaan ambulans
D membawa mangsa ke hospital

30. Pernafasan mulut ke mulut Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa?
A Patah
B Lemas
C Melecet
D Terseliuh

31. Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut …


A kematian
B perkahwinan
C kemalangan
D kenduri-kendara

32. Antara yang berikut manakah bukan merupakan tatacara pertolongan cemas …
A RICE
B DRCE
C DRABC
D TOTAPS

33. Pernyataan manakah yang betul dalam cara melakukan prosedur pertolongan cemas.
A Bahaya – gerak balas – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah
B Gerak balas – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah – bahaya
C Bahaya – saluran pernafasan – gerak balas – bernafas – peredaran darah
D Gerak balas – bahaya – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah

34. Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan seseorang pelajar berasa
letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi?
A Minum petang
B Sarapan pagi
C Makan malam
D Makan tengah hari

35. Penyakit Anorexia Nervosa adalah disebabkan oleh kekurangan nutrien…


A Protein
B Mineral

7
C vitamin C
D Karbohidrat
36. Antara berikut, manakah langkah yang tidak boleh mengatasi masalah
malnutrisi?
A Mengamalkan pemakanan yang seimbang
B Menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan kardiovaskular
C Makan sekenyang-kenyangnya setiap kali bersarapan
D Menjalani pemeriksaan doktor setiap kali menghadapi gastrik

37. Penglihatan Tan pada waktu malam adalah terhad. Apakah kemungkinan penyakit yang dihidapi
oleh Tan?
A Buta
B Mata juling
C Rabun warna
D Rabun malam

38. Sekiranya anda mendapat sebarang penyakit, anda hendaklah mendapatkan rawatan daripada
A doktor
B ibu bapa
C jururawat
D Persatuan Bulan Sabit Merah

39. Manakah yang berikut merupakan fungsi lemak?


A Membina sel tubuh badan
B Membantu pembinaan tulang
C Meningkatkan sistem pertahanan badan
D Membekalkan tenaga

40. Peranan makronutrien adalah membekalkan tenaga dalam kuantiti yang banyak. Berikut
merupakan makronutien kecuali…
A Karbohidrat
B Protein
C Lemak
D Mineral

Kertas Soalan Tamat

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………… ……………………………….. ………………………………..


(MOHD RAFAIY B. ISA (ENGKU MOHD AFZAINIZAM) (LAW THING HOCK)
Ketua Panitia Guru Kanan Kemanusiaan
Pendidikan Jasmani & Kesihatan 8
Guru Mata Pelajaran
Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Skema Jawapan Kertas PJPK Tingkatan 1 :

1.D 11.C 21.A 31.C


2.B 12.A 22.B 32.B
3.A 13.D 23.C 33.A
4.C 14.D 24.C 34.B
5.C 15.B 25.D 35.D
6.D 16.A 26.D 36.C
7.B 17.D 27.A 37.D
8.A 18.B 28.A 38.A
9.C 19.B 29.C 39.B
10.A 20.C 30.B 40.D

9
JADUAL SPESIFIKASI ITEM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 1

BIL. ITEM ARAS SOALAN TABURAN JAWAPAN


MUDAH SEDERHANA SUKAR A B C D
1 S1 X X
2 S2 X X
3 S3 X X
4 S4 X X
5 S5 X X
6 S6 X X
7 S7 X X
8 S8 X X
9 S9 X X
10 S10 X X
11 S11 X X
12 S12 X X
13 S13 X X
14 S14 X X
15 S15 X X
16 S16 X X
17 S17 X X
18 S18 X X
19 S19 X X
20 S20 X X
21 S21 X X
22 S22 X X
23 S23 X X
24 S24 X X
25 S25 X X
26 S26 X X
27 S27 X X
28 S28 X X
29 S29 X X
30 S30 X X
31 S31 X X
32 S32 X X
33 S33 X X
34 S34 X X
35 S35 X X
36 S36 X X
37 S37 X X
38 S38 X X
39 S39 X X
40 S40 X X
PERATUS
TABURAN 50% 25% 10 10 10 10
25%
SOALAN (%)

10

Anda mungkin juga menyukai