Anda di halaman 1dari 9

KURSUS

“TRIAGE COURSE”
2018

ANJURAN

JABATAN KECEMASAN & TRAUMA


HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN

1
1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Perubatan Berterusan (Continous Medical Education) adalah


merupakan salah satu faktor yang penting untuk memastikan kakitangan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa meningkatkan tahap
pengetahuan mereka. Perkembangan-perkembangan terbaru dalam dunia
perubatan berlaku dengan pantas dan kita perlu memastikan kakitangan KKM
sentiasa mempunyai pengetahuan yang terkini. Ini seterusnya akan
meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada para
pesakit.

Perkhidmatan sistem Triage merupakan perkhidmtan yang penting dan


utama di dalam semua Jabatan Kecemasan dan Trauma seluruh Malaysia.
Kaunter triage merupakan tempat pertama yang akan didatangi oleh segenap
lapisan pesakit yang hadir di Jabatan Kecemasan. Semua pesakit yang tiba di
kaunter Triage mestilah disaring dengan tepat oleh staf/ pegawai triage yang
terlatih dan berpengalaman agar dapat memberikan perawatan kecemasan
dengan cepat dan berkesan berdasarkan keadaan klinikal pesakit. Sekiranya staf
kurang pengetahuan tentang sistem triaging dan tidak terlatih, ini akan
mendatangkan kemudaratan kepada pesakit dimana ia boleh menyebabkan
pesakit yang smikritikal tidak dapat dirawat dengan segera dan banyak
mengundang aduan awam.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan tahap pengetahuan para kakitangan Jabatan Kecemasan


dan Trauma tentang perkhidmatan sistem Triage.

2.2 Memastikan kakitangan didedahkan dengan perkembangan terkini


tentang SOP triage di Jabatan Kecemasan serta pengendalian kaunter
triage yang cekap.

2.3 Meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada


pelanggan-pelanggan KKM dengan perkhidmatan kaunter triage yang
berkualiti.

2.4 Memberi pembelajaran secara komprehensif berkenaan perawatan


kecemasan terutama teknik triaging pesakit supaya keputusan yang bijak
dan cepat dapat di ambil untuk menyaring pesakit dengan tepat.

2.5 Mengajar teknik komunikasi yang berkesan supaya pesakit mendapat


penerangan yang tepat dan dapat di nilai/ disaring dengan tepat dan
segera.

2
2.6 Meningkatkan pengetahuan tentang Total Quality Management (TQM)
pesakit di zon Triage Jabatan Kecemsan dan Trauma yang meliputi
semua aspek.

2.7 Meningkatkan pengetahuan dan memupuk sikap lebih bertanggungjawab


dan bersedia menerima pesakit serta boleh memikirkan komplikasi pesakit
yang datang berdasarkan keadaan klinikal pesakit.

3.0 KURSUS ‘ TRIAGE COURSE’


4.0
Kursus ini merupakan salah satu daripada kursus pendek yang
melibatkan perawatan kecemasan. Kursus ini merupakan kursus kali pertama
yang bakal dinjurkan untuk semua staf di Jabatan Kecemasan dan Trauma
peringkat negeri sembilan. Fokus kursus ini adalah lebih kepada pengendalian
kaunter triage oleh paramedik dan pegawai perubatan Jabatan kecemasan
dalam perawatan kecemasan pesakit. Kursus ini diadakan bagi melatih
kakitangan Jabatan Kecemasan dengan teknik-teknik pengendalian pesakit yang
betul dan pendedahan tentang sistem ‘ triaging ‘ yang terkini bagi memastikan
perkhidmatan yang lebih berkesan kepada semua pesakit yang datang ke
jabatan Kecemasan dan Trauma.

Berikut adalah butir-butir mengenai mesyuarat dan kursus tersebut :

Pegawai Perubatan dan paramedik


(Penolong Pegawai Perubatan dan
Jururawat Terlatih) serta
a). Kumpulan Sasaran PPK(Pembantu Perawatan Pesakit)
terutamanya yang terlibat secara
langsung dengan perawatan
kecemasan.
Cara pengendalian kaunter triage,
SOP triage, Medical triage, Surgical
b). Kandungan Kursus
triage, Trauma triage, Geriatric
Triage, TQM, Komunikasi berkesan.

3
c). Tempoh Kursus 2 hari

d). Tarikh Kursus 25-26 April 2018

Bilik Batu Hampar


e). Tempat
Hospital Tuanku Jaafar Seremban

4.0 PROGRAM KURSUS

Sila lihat lampiran A.

5.0 URUSETIA KURSUS

Dr Ariffin B Mohamad
TPKN (Perubatan)
Penasihat

Dr Azhana Hassan
Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kecemasan UD54,
Pengerusi
Jabatan Kecemasan & Trauma,
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban

Dr Emi Noorina Mohd Nor


Pakar Perubatan Kecemasan UD54,
Koordinator
Jabatan Kecemasan & Trauma,
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban

4
Dr Suraina Sulaiman
Dr Naqeb
Dr Eiizah Hamzaid

PPP Zaidi
Fasilitator
PPP Nantha
PPP Mashauddin bin Miskam
PPP Mohd Khabir bin Che Par
KJ Esnida Melati Khairan
PPP

Audio-visual En Junizar bin Jaafar

6.0 PENCERAMAH/FASILITATOR

Sila lihat lampiran B.

7.0 PEMBAHAGIAN PESERTA

PPP/ Jumlah
Hospital MO PPK
PPW Peserta
HTJS 2 10 4 16
Hospital
Jelebu( cluster 2 4 2 8
HTJS)
Jumlah peserta 4 14 6 24

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Makan/Minum
@ RM 13/per person x 40 orang ( peserta dan fasilitator/penceramah)
Rm 520.00 x 2 hari = Rm 1040

JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PERBELANJAAN : RM 1040.00

5
LAMPIRAN A

Tentatif Atucara Program


Kursus “ Triage Course 2018”

Bilik Batu Hampar

25 April 2018 Hari Pertama

0800H - 0830H Pendaftaran peserta

0830H- 0915H Introduction to triage and triage classification system in ED

(Dr Zuraidah Wahid)

0915H – 1000H Total Quality Management (TQM) in triage

(Dr Emi Noorina Mohd Nor)

1000H -1030H TEA BREAK

1030H- 1115H Handling non-trauma patient at triage

(Dr Suraina Mohd Sulaiman)

1115H-1215H Handling trauma patient at triage

(Dr Suraina )

1215H- 1300H Triaging ENT/Ophtalmic/dental/psychiatric emergencies

(Dr Nohazizah Hussin)

1300H -1400H LUNCH

1415H- 1645H Sesi praktikal

(Handling patient at triage- trauma and non-trauma, Not just a Passover,


handling aggressive patient, TQM and do it all together)

1700H End of Day 1 session

6
26 April 2018 Hari Kedua

0800H- 0830H Briefing

0830H- 0930H Assessment of TQM, and Triaging process in ED

(1st team and second team)

930H- 1030H Assessment 3rd team and 4th team

1030H -1045H TEA BREAK

1045H- 1145H Assessment of 5th and 6th team

1300H- 1400H LUNCH

1400H - 1600 QA Session

Closing and certificate / price giving ceremony

1600H End of Day 2 session

7
LAMPIRAN B

SENARAI NAMA PENCERAMAH

BIL NAMA JAWATAN GRED


Ketua Jabatan & Pakar Perunding
1. Dr Azhana Bt Hassan Kecemasan, UD54
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Dr Emi Noorina Mohd Pakar Perubatan Kecemasan,
2. UD54
Nor Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Dr Suraina Mohd Pakar Perubatan Kecemasan,
3. UD54
Sulaiaman Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Pakar Perubatan Kecemasan,
4. Dr Zuraidah Bt Wahid UD52
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan
5. Dr Aiman UD 48
dan Trauma

SENARAI NAMA FASILITATOR

BIL NAMA JAWATAN GRED


Pegawai Perubatan,
1. Dr. Zairi UD48
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Pegawai Perubatan,
2. Dr Eizzah Hamzaid UD44
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Penolong Pegawai Perubatan,
3. Dr Naqeb UD44
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Penolong Pegawai Perubatan,
4. En. Mashauddin bin Miskam U32
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Penolong Pegawai Perubatan,
5. En. Mohd Khabir bin Che Par U32
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Penolong Pegawai Perubatan,
6. En. Zaidi U32
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban

8
Ketua Jururawat
7. Pn. Esnida Melati Khairan U32
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Jururawat Terlatih
8. Pn. Suzila bt Shamdin U29
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban

SENARAI NAMA URUSETIA

BIL NAMA JAWATAN GRED

1. Mohd Rashdan bin Nordin Penolong Pegawai Perubatan U36

2. Hussin bin Ibrahim Penolong Pegawai Perubatan U 32

Pembantu Tadbir
2 Cik Siti Norbaya Bt Abdul Aziz N17
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban
Pembantu Perawatan Kesihatan
3. En. Junizar Jaafar U12
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban

Disediakan Oleh :

(DR AZHANA HASSAN)


Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kecemasan
Jabatan Kecemasan & Trauma,
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban

Anda mungkin juga menyukai