B. PENDIDIKAN
Pada peringkat awal, Sayid Jamaluddin al-Afghani mendapat pendidikan
daripada orang tuanya dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. Beliau
mempelajari asas-asas bahasa Arab seperti nahu dan sastera ketika itu. Selepas itu,
beliau mempelajari ilmu-ilmu keagamaan seperti ilmu tauhid, fikah, usul fikah,
tafsir, hadis dan lain-lain. Sayid Jamaluddin telah menghafal al-Quran ketika
beliau berusia 12 tahun. Beliau mendalami beberapa bidang ilmu seperti hadis,
falsafah, mantik, usuluddin, perubatan, dan ilmu kalam ketika berada di Najaf.
Ketika Sayid Jamaluddin al-Afghani merantau ke India, beliau telah mempelajari
ilmu-ilmu moden seperti sains dan matematik.
Pada ketika itu juga, Sayid Jamaluddin al-Afghani sudah mula menulis
karyanya. Karya Sayid Jamaluddin al-Afghani yang pertama bertajuk Keterangan
Lengkap tentang Sejarah Afghanistan. Semasa menetap di Mesir, beliau telah
bertemu dengan ramai penuntut Universiti al-Azhar yang datang menimba ilmu
dan pengalaman daripadanya, termasuklah Syeikh Muhammad Abduh. Hasil
pertemuan tersebut telah menyemarakkan gerakan pemikiran Jamaluddin di
Mesir. Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah.
al-A'mal al-Kamilah
ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin
Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghan
al-Khatirat
at-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, telah kita ketahui bahawa segala jasa dan sumbangan
Jamaludin Al-Afghani di dalam dunia islam adalah sangat besar. Karya-karya
yang dihasilkan oleh beliau dalam bidang keagamaan dan keduniaan
meninggalkan kesan yang megah, utuh, abadi sepanjang zaman kepada umat
manusia. Jasa-jasa beliau yang masyhur adalah dalam menegakkan Negara islam
daripada dijajah oleh Negara-negara barat, tidak dapat dilakukan oleh orang lain,
malah ianyal kekal dalam lipatan sejarah dan dapat disaksikan sehingga kini.
Pemikiran Afghani, diteruskan dan dikembangkan oleh murid-muridnya yakni
Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha. Selanjutnya, pemikiran Islam modern yang
mereka kembangkan bukan hanya pada tingkat wacana, namun ditransformasikan
oleh pengikut-pengikut selanjutnya menjadi gerakan. Dapat dikatakan bahwa
gerakan Islam di abad kedua puluh banyak terpengaruh olehnya dan
menjadikannya sumber inspirasi. Pengaruh tersebut terlihat dalam tokoh dan
gerakan-gerakan Islam modern masa kini seperti Hasan al-Banna dengan
Ikhwanul Muslimin, Abul A’la al-Maududi dengan Jama’atul Islam dan termasuk
Muh Natsir dengan Masyuminya. Wallahu’alam.