Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah.

Ini basikal.
Ini basikal Jason.
Basikal Jason berwarna biru.
Jason suka mengayuh basikal.
Jason pergi ke sekolah dengan mengayuh basikal.
Jason sentiasa mengayuh basikal dengan kawannya pada waktu petang.
Jason sentiasa mencuci basikal pada hari Sabtu.
Basikal Jason sangat bersih dan cantik.
Jason amat menghargai basikal baharunya kerana ini ialah hadiah
daripada ayahnya.

Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan.


1) Ini basikal siapa?
___________________________________________________

2) Apakah warna basikal Jason?


___________________________________________________

3) Bagaimanakah Jason pergi ke sekolah?


____________________________________________________

4) Bilakah Jason mencuci basikal?


____________________________________________________

5) Mengapakah Jason amat menghargai basikal baharunya?


____________________________________________________
____________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai