Anda di halaman 1dari 2

PERIBAHASA

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini
dinyatakan di bawah:

A. Membina ayat daripada peribahasa:


Contoh:
1. bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak
yang penuh sehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurung


Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia
berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.

3. seperti paku dengan penukul


Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus


Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji
pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:


Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.

1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang
sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu
terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah
membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman
yang setimpal.

i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari
hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan
pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur
sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya
akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua.


ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:


Contoh:

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula
bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke
kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu,
keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:


Contoh:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika
mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja
yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak
mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat
menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau
bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah
…………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyi


ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata buruk padahnya.
iii. anak buah

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai