rohayatifasilinus@gmail.com ms 1 TAJUK: Bangau Menipu Semut
D i tepi hutan terdapat
sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering.
Semua ikan berasa susah hati.
Pada suatu hari, datang seekor burung
bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.
KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK
rohayatifasilinus@gmail.com ms 2 "Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.
Semua ikan bersetuju. Mereka sangat
gembira.
KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK
rohayatifasilinus@gmail.com ms 3 Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya.
Kemudian tibalah giliran ketam untuk
berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau.
Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan.
Ketam tahu bangau itu penipu.
Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi
ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.
KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK
rohayatifasilinus@gmail.com ms 4 NILAI MURNI Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.