Anda di halaman 1dari 1

21 Mei 2020

Pengarah,

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,

Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,

Jalan Punat Tanah,

Taman Likas, 88450,

Kota Kinabalu.

Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB ATAS KETIDAKHADIRAN DALAM UJIAN CEFR READINESS

Saya, dengan segala hormatnya, (nama), guru (subjek) yang bertugas di Sekolah Kebangsaan
(sekolah) ingin menunjukkan sebab ketidakhadiran saya dalam Ujian CEFR Readiness yang diadakan
pada 22 Februari 2020.

2. Seperti yang dimaklumkan, setiap guru Bahasa Inggeris diwajibkan untuk sekurang-kurangnya
mencapai tahap C1 dalam ujian CEFR Readiness ataupun Band 5 dalam peperiksaan MUET.

3. Oleh itu, saya mengambil inisiatif dengan menduduki peperiksaan MUET yang diadakan pada
tahun lalu untuk membiasakan diri saya dengan format soalan yang diberi dan juga cuba mencapai
Band 5 lebih awal.

4. Bagaimanapun, saya tidak mendapat keputusan MUET tersebut sebelum tarikh pendaftaran ujian
CEFR, dengan itu, saya membuat keputusan untuk mendaftarkan sahaja diri saya bagi ujian tersebut
sekiranya saya tidak mencapai keputusan yang diperlukan dalam MUET.

5. Beberapa minggu selepas itu, saya menerima keputusan MUET di mana saya berjaya mencapai
Band 5. Sehubungan itu, saya membuat keputusan untuk tidak hadir ke ujian CEFR memandangkan
saya sudah mencapai tahap yang diperlukan.

6. Saya memohon maaf kerana tidak memaklumkan perkara ini dengan lebih awal. Saya berjanji
tidak akan mengulangi lagi perkara ini.

Sekian, terima kasih,

Yang benar,

(nama)

Guru (subjek)

(sekolah)

Anda mungkin juga menyukai