Anda di halaman 1dari 8

Sumber : Kisah Tauladan http://cerita-

tauladan.blogspot.com/
Pada suatu ketika dahulu, tinggal
lelaki yang mempunyai seorang
anak lelaki bernama Mat di
sebuah kampung. Mat membesar
menjadi seorang anak yang lalai
menunaikan suruhan agama.

Meskipun telah berbuih


nasihat, suruhan dan perintah
dari ayahnya agar Mat
bersembahyang, puasa dan lain-
lain amal kebajikan, dia tetap
meninggalkannya. Sebaliknya amal
kejahatan pula yang menjadi
kebiasaannya.
Kaki judi, kaki botol, dan seribu
satu macam jenis kaki lagi
menjadi kemegahannya.

Suatu hari lelaki tadi


memanggil anaknya dan berkata,
"Mat, kau ni sangat lalai dan
berbuat kemungkaran. Mulai hari
ini aku akan pacakkan satu paku
pada tiang di tengah-tengah
halaman rumah kita.

Setiap kali kau berbuat satu


kejahatan,maka aku akan
benamkan satu paku ke tiang itu.
Sebaliknya, setiap kali kau
berbuat satu kebajikan, sebatang
paku akan kucabut keluar dari
tiang ini."
Bapanya berbuat sepertimana
yang dia janjikan, dan setiap hari
dia akan memukul beberapa
batang paku ke tiang tersebut.
Kadang-kadang sampai berpuluh
paku dalam satu hari. Jarang-
jarang benar dia mencabut keluar
paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa


purnama berlalu, dari musim ribut
dan tengkujuh berganti kemarau
panjang. Tahun demi tahun
beredar.Tiang yang berdiri megah
di halaman kini telah hampir
dipenuhi dengan tusukan paku-
paku dari bawah sampai ke atas.
Hampir setiap permukaan tiang
itu dipenuhi dengan paku-paku.
Ada yang berkarat dek kerana
hujan dan panas. Setelah melihat
keadaan tiang yang bersusukan
dengan paku-paku yang
menjijikkan pandangan mata,
timbullah rasa malu.

Maka dia pun berazamlah


untuk memperbaiki dirinya. Mulai
detik itu, Mat mula sembahyang.
Hari itu saja lima butir paku yang
dicabut oleh ayahnya dari tiang.
Keesokkannya, Mat mula
menunaikan solat-solat sunat pula.
Lebih banyak lagi paku yang
dicabut oleh ayahnya.
Hari berikutnya Mat
meninggalkan semua sisa maksiat
yang masih melekat pada dirinya .
Maka semakin banyaklah tercabut
paku-paku tadi.

Hari demi hari, semakin


banyak kebaikan yang Mat lakukan
dan semakin banyak maksiat yang
ditinggal. Hingga akhirnya, hanya
tinggal sebatang paku yang tinggal
melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggil


anaknya dan berkata: "Lihatlah
anakku, ini paku terakhir, dan
akan aku cabutkannya keluar
sekarang.
Tidakkah kamu gembira?" Mat
merenung pada tiang tersebut,
tapi disebalik melahirkan rasa
gembira sebagai yang disangkakan
oleh ayahnya, dia mula menangis
teresak-esak.

"Kenapa anakku?" tanya


ayahnya, "aku menyangkakan
tentunya kau gembira kerana
semua paku-paku tadi telah
tiada."Dalam nada yang sayu Mat
mengeluh, "Wahai ayahku,
sungguh benar katamu, paku-paku
itu telah tiada,tapi aku bersedih
parut - parut lubang dari paku itu
tetap kekal ditiang, bersama
dengan karatnya."
Pengajarannya, bersama-
samalah kita mengelakkan diri
daripada melakukan dosa dan
kemungkaran.

Rakan yang dimuliakan, dosa-dosa


dan kemungkaran yang seringkali
diulangi hingga menjadi suatu
kebiasaan akan meninggalkan
parut-parut yang akan kekal
dalam lipatan kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai