Anda di halaman 1dari 2

KISAH POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki
begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Budak lelaki itu begitu sayang akan
tempat permainannya. Pokok epal itu juga sukakan budak itu.
Masa berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan menjadi remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya bermain di sekitar pokok epal itu. Namun, suatu hari dia datang kepada pokok epal itu
dengan wajah sedih.
“Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja
itu.“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu
dengan nada sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, “ Kalau begitu petiklah epal-epal yang ada padaku dan jualkannya untuk
dapatkan wang. Kamu bolehlah membeli permainan yang kamu mahu.

Masa berlalu, budak remaja itu kembali semula kepada pokok epal. Dia semakin dewasa. Pokok epal
merasa gembira.
“Marilah bermain-main di sekitarku, “ ajak pokok epal itu.
“Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk dapatkan wang. Aku ingin membina
rumah untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” tanya budak itu.
“Maafkan aku. Aku tidak ada rumah tetapi engkau boleh memotong dahan-dahan besarku untuk kau
buat rumah darinya.
Lalu budak dewasa itupun memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya.
Pokok epal itu turut tumpang gembira tetapi kemudian sedih kerana budak itu tidak kembali lagi.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang berjumpa pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang
pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
“Marilah bermain-main di sekitarku,” kata pokok epal.
“Maafkan aku tapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main de sekitarmu. Aku sudah
dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk berlayar. Malangnya aku tidak ada bot. Boleh kau
membantuku?” kata budak itu.
“Aku tidak ada bot untukmu tapi kau boleh potong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan
dapat belayar dengan gembira.
Lelaki itu merasa gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudian pergi dari situ
dengan gembiranya dan tidak Kembali semula.

Suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia datang menuju ke pokok epal itu.

“Maafkan aku. Aku tiada apa-apa untuk diberikan kepadamu. Aku sudah berikan buahku untuk kau
jual, dahanku untuk kau buat rumah dan batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dan
akar yang hampir mati.” Kata pokok epal itu dengan pilunya.
Kemudian lelaki tua itu berkata “ Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi, aku tidak
mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, dan aku tidak mahu batang pokokmu
kerana aku sudah tidak mampu belayar. Aku merasa penat dan ingin berehat.” Kata lelaki itu.
“Jika begitu, berehatlah di perduku “ kata pokok itu.
Lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis
kegembiraan.
Kawan-kawan, sebenarnya pokok epal dalam cerita ini ialah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih
muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan
mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali kepada mereka bila
kita perlukan bantuan mereka. Namun mereka tetap membantu dan berkorban apa saja asalkan
kita gembira dalam hidup. Oleh itu kawan-kawan, mulai dari hari ini marilah kita sama-sama
menghormati dan menyayangi ibu bapa kita. Kerana pengorbanan mereka tiada terlalu besar.

Anda mungkin juga menyukai