Anda di halaman 1dari 3

KISAH POKOK EPAL

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang

bertajuk Kisah Pokok Epal.

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki

begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut,

memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu

pokok epal tersebut. Budak tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga

menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi

menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari

dia datang kepada pokok epal dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah denganku," ajak pokok epal itu.

Budak lelaki itu menyatakan bahawa dirinya bukan lagi kanak-kanak dan tidak lagi gemar bermain

dengan pokok epal itu. Dia cuma mahukan permainan dan perlukan wang untuk membelinya.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Jualkannya untuk

mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak lelaki itu dengan gembiranya memetik semua epal dan pergi dari situ. Pokok epal itu tumpang

gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak lelaki itu tidak kembali lagi selepas itu.

Masa berlalu...Suatu hari, budak lelaki itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa

gembira. Pokok epal itu mengajak budak remaja itu bermain-main dengannya.
Budak remaja itu menyatakan dia tiada masa untuk bermain. Dia terpaksa bekerja untuk

mendapatkan wang. Dia ingin membina rumah untuk tempat perlindungan supaya dapat berlindung

daripada ancaman harimau dan meminta pertolongan daripada pokok epal itu.

Pokok epal itu mencadangkan supaya dia memotong dahan-dahan yang besar untuk dijadikan

rumah. Budak remaja itu dengan gembiranya memotong kesemua dahan dan pergi dari situ. Pokok

epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak remaja itu tidak

kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki menuju ke arah pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak

lelaki yang pernah bermain-main di sekitar pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

Pokok epal itu mengajak lelaki itu bermain dengannya.

Lelaki itu menyatakan bahawa dia bukan lagi kanak-kanak yang suka bermain dengan pokok epal itu.

Dia sudah dewasa. Dia mempunyai cita-cita ingin belayar tetapi, malangnya, dia tidak mempunyai bot

dan meminta pertolongan daripada pokok epal itu.

Pokok epal itu menyatakan bahawa dia tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada lelaki itu. Tetapi

lelaki itu boleh memotong batang untuk dijadikan bot supaya lelaki itu dapat belayar dengan

gembiranya. Lelaki itu dengan gembiranya menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi

dari situ.
Namun begitu, seorang lelaki yang dimamah usia, datang menuju ke arah pokok epal itu. Dia

sebenarnya budak yang pernah bermain dengan pokok epal itu.

Pokok epal itu dengan nada yang pilu meminta maaf kerana dia tidak ada apa-apa lagi nak diberikan

kepada lelaki itu. Pokok epal itu menyatakan dia sudah memberikan buahnya untuk dijual, dahannya

untuk dibuat rumah dan batangnya untuk dijadikan bot.

Lelaki tua itu menjawab, dia tidak mahu lagi epal kerana dia kerana dia tidak mempunyai gigi untuk

memakannya, dia tidak mahu dahan kerana dia sudah tua untuk memotongnya dan dia tidak mahu

batang kerana dia sudah tua untuk belayar. Dia cuma merasa penat dan ingin berehat.

Pokok epal itu mencadangkan supaya dia berehat di perdu pokoknya. Lalu, lelaki tua itu berehat di

perdu pokok epal itu. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Moral yang kita dapat dalam cerita ini ialah sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan itu ialah kedua

ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika meningkat remaja, kita

perlu bantuan mereka untuk teruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta

pertolongan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita

bahagia dan gembira dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai