Anda di halaman 1dari 3

AIMAN DENGAN POHON EPAL

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati Tuan
Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim yang arif lagi bijaksana, Penjaga Masa yang setia,
guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Pahlawan gagah Laksamana Kasturi,


Memburu musuh tak kenal penat,
Phelps Ethan Buma nama diberi,
Menyampai cerita penuh nasihat.

Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Aiman
Dengan Pohon Epal. Hayatilah cerita saya ini.
Pada masa dahulu, di sebuah kampung terdapat sebatang pokok epal yang amat
besar. Pokok epal itu dikelilingi oleh deretan bukit-bukau dan gunung-ganang.

Seorang budak lelaki yang bernama Aiman begitu gemar bermain di sekitar pokok
epal itu setiap hari.

Aiman akan memanjat pokok epal tersebut dengan hanya berkaki ayam, memetik
serta memakan buah epal sepuas-puas hatinya.

Enak epalnya nyum…nyum…nyum…nyum

Enak epalnya nyum…nyum…nyum…nyum

Begitulah Aiman menyanyi kegirangan sambil menikmati keenakan buah epal


yang dipetiknya.

Adakalanya dia berehat lalu terlelap di bawah pokok epal tersebut. Aiman begitu
menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai Aiman. Hubungan
mereka diibaratkan bagai aur dengan tebing.

Masa pun berlalu...

Cerita disampaikan oleh Phelps Ethan Buma anak Nedick (Tahun 4)


SK Suba Buan, Bau
Aiman sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia
datang kepada pokok epal itu dengan wajah yang haru-biru.

"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu dengan bermanis muka.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab
budak remaja itu.

Pokok epal itu berasa kecil hati dengan kelancangan mulut Aiman.

"Aku mahukan permainan video. Aku perlu mendapatkan wang untuk membelinya,"
tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Pokok epal itu tidak sampai hati lalu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal
yang ada padaku. Jualkannya supaya kau dapat membeli permainan video yang kau
inginkan."

Aiman dengan suka hatinya memetik semua buah epal di pokok itu dan dengan
tergopoh-gapah lalu pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal berasa
sedih.

Masa pun berlalu...

Suatu hari, Aiman kembali semula kepada pokok epal itu. Dia sudah dewasa.
Pokok epal itu berasa gembira. Seperti sebelumnya, pokok epal itu mengajak Aiman
bermain bersamanya. Namun ajakannya ditolak oleh Aiman kerana Aiman hanya ingin
mengadu bahawa dia memerlukan wang untuk membina rumah sebagai tempat
perlindungan anak dan isterinya. Pokok epal mencadangkan agar Aiman menebang
batang pokoknya untuk membuat rumah. Lalu, Aiman yang sudah dewasa itu
menebang batang pokok epal, mengambil semua dahan dan batang pokok epal lalu
pergi dengan gembiranya.

Dia umpama mendapat durian runtuh. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya berasa sedih semula kerana Aiman sudah tidak kembali lagi selepas itu.
Hatinya berasa resah-gelisah menanti kepulangan Aiman.
Cerita disampaikan oleh Phelps Ethan Buma anak Nedick (Tahun 4)
SK Suba Buan, Bau
Masa pun berlalu dan musim pun bertukar…

Pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia datang menuju ke
arah pokok epal itu. Dia ialah Aiman, budak yang pernah bermain di sekitar pokok epal
itu suatu ketika dahulu.
Pohon epal meluahkan isi hatinya. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi
hendak diberikan kepada kau Aiman. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual,
batang dan dahanku untuk kau buat rumah. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang
hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak lagi bergigi untuk memakannya,
aku tidak mahu batang dan dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya,
sesungguhnya aku amat terhutang budi padamu. Aku merasa penat dan ingin berehat,"
jawab lelaki tua itu. "kalau begitu, berehatlah di banirku," cadang pokok epal itu.
Lalu Aiman si lelaki tua pun duduk di banir pokok epal itu dan berehat.

Kawan-kawan,

Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita ini adalah kedua-dua ibu
bapa kita. Bila kita masih kecil, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat
remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka
dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun
begitu, mereka tetap membantu kita asalkan kita bahagia dan gembira dalam
kehidupan. Oleh itu, sayangilah ibu bapa kita dan balaslah jasa mereka selagi masih
hidup. Terimalah pantun nasihat daripada saya;

Pergi ke kebun menanam lada,


Lada ditanam di tepi hutan,
Kasih sayang ayah dan bonda,
Tidak terbalas segunung intan.

Sehingga bertemu di lain waktu, sekian terima kasih.

Cerita disampaikan oleh Phelps Ethan Buma anak Nedick (Tahun 4)


SK Suba Buan, Bau

Anda mungkin juga menyukai