Anda di halaman 1dari 14

ANDA APA ITU KSSR?

 
TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan
dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan
bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum,
Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula
bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul
yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk
KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya
dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih
menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek matematik dan
sains sejajar dengan matlamat kerajaan. 

MENGAPA TRANSFORMASI? 
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah
baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam
proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat
penanda arasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan
kebangsaan setanding dengan pendidikan global. 

Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas


KURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah
Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat pengubahsuaian dan penambahan
kepada beberapa mata pelajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
teratur dan menepati keperluan murid-murid berkeperluan khas ini. Bagi Pendidikan Khas
Masalah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah ialah Kemahiran Asas Individu Masalah
Penglihatan manakala dua mata pelajaran yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian
dan Dunia Seni Visual Suaian. Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan
mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris dan Pendidikan Islam yang diubahsuai. Sementara bagi Masalah Pembelajaran,
kesemua mata pelajarannya dibuahsuai termasuklah:
Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Kemahiran
Manipulatif)
 Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris dan Matematik
 Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik)
 Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
 Pendidikan Jasmani.
Pengubahsuaian dan penambahan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus
perubahan pendidikan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Penambahan mata
pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran
asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan khas ini. Pengubahsuaiannya pula
dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka seterusnya dapat meningkatkan kapayaan
serta pemahaman dalam proses pembelajaran.

Kurikulum Terbaik Sekolah Rendah


Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan
bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang
ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terper inci mengenai perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula ialah satu
penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan
pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan
sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandung kurikulum
diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Organisasi KSSR Tahap 1

Modul Teras Asas


 Bahasa Malaysia
 Bahasa Inggeris
 Bahasa Cina
 Bahasa Tamil
 Matematik
 Pendidikan Jasmani
 Pendidikan Kesihatan
 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Modul Teras Tema


 Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik) Dunia Sains dan Teknologi

Modul Elektif
 Bahasa Arab
 Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)
 Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)
 Bahasa Iban
 Bahasa Kadazan Dusun

Manakala bagi tahap dua, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan
mata pelajaran elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada 2014
untuk murid-murid tahun empat.

Organisasi KSSR Tahap 2

Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi


 Bahasa Malaysia
 Bahasa Inggeris
 Bahasa Cina
 Bahasa Tamil
 Modul Sains dan Teknologi
 Matematik
 Sains
 Reka Bentuk dan Teknologi / ICT

Modul Fizikal dan Estetika


 Pendidikan Jasmani
 Pendidikan Kesihatan
 Pendidikan Muzik
 Pendidikan Seni Visual

Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai


 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Modul Kemanusiaan
 Sejarah

Mata Pelajaran Elektif

Modul Komunikasi Elektif 


 Bahasa Arab
 Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan
 Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan 
 Bahasa Iban 
 Bahasa Semai
 Bahasa Kadazan Dusun
Pentaksiran
KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi
menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada
peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian
yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan
dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dilaksanakan mengikut
keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.

Tiga Kemahiran Baru Merentas Kurikulum


Bertepatan dengan fasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan
nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik
dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan
masa hadapan. Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah
telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10 tahun
kemudian, kurikulum sekolah rendah telah ditukar k epada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah sebelum Kementerian Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Mulai
2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen
nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi,
keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi
keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran
kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai
tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama
kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar
negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa
hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif
dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka sebagai kunci kejayaan dalam pelbagai bidang
terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang Sains. 

Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam


proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk
diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat
global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk
transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya
tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha
menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula
Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun
bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara
menghasilkan modal insan berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan
kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namun, peluang pekerjaan
yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari
pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara.

Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi
memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai
potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan
siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di
bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berniaga di kalangan murid bagi menggalakkan
mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan
minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang
mempunyai latar belakang perniagaan. Sudah sampai masa untuk negara mengubah perspektif
tersebut, dan melahirkan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan
teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada
perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat
dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan
itu, setiap modal insan harus dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan
dalam persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam
perlaksanaan KSSR pada tahun hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut
dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan
maklumat dengan berkesan. Memantapkan kemahiran murid berasaskan elemen ini juga
dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan
dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada
di dalam bilik darjah sahaja.

Guru Dipersiapkan Untuk Menghadapi KSSR


TRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi
memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi
memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta
ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen
perubahan mampu mencapai objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus
orientasi. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR,
satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masing-
masing mengikut mata pelajaran. Standard kurikulum merupakan pernyataan yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai
murid sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada
di bangku sekolah rendah. Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa
Malaysia yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,
bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Standard kurikulum bahasa Malaysia ini
merangkumi empat aspek untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;

Standard Kandungan 
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan.

Pendekatan Modular 
Merujuk kepada kedua-dua standard kandungan dan standard pembelajaran yang
diorganisasikan dalam bentuk bahagian-bahagian yang diasingkan dalam bentuk modul iaitu:
i. Modul Dengar Tutur
ii. Modul Membaca
iii. Modul Menulis
iv. Modul Seni Bahasa
v. Modul Tatabahasa

Pengajaran Dan pembelajaran Secara Didik Hibur


Berbentuk serampang dua mata:
i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan
ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.

Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah yang telah ditetapkan supaya murid
dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi), memperkaya kosa kata,
meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan
dalam perhubungan kehidupan sosial. Bagi memastikan objektif tersebut tercapai,
Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran untuk
dijadikan panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah;
 Berpusatkan murid
 Kepelbagaian teknik pengajaran
 Kepelbagaian sumber bahan
 Penggunaan tatabahasa yang tepat
 Memperkayakan bahan bacaan

Aspek Kemahiran bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam pengajaran dan
pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berikut adalah
aspek KBT yang akan diaplikasikan;
 Kemahiran berfikir
 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
 Kemahiran belajar cara belajar
 Kajian masa depan
 Kecerdasan pelbagai
 Pembelajaran konstruktivisma
 Pembelajaran kontekstual
 Kreativiti dan inovasi
 Keusahawanan

Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan
penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
lancar agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah
tercapai. Penggabungjalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi
dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Dengan ini murid dapat menguasai
beberapa kemahiran serentak. 

Contohnya:
i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca,
ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis,
iii. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis.
Selain aspek kurikulum yang dinyatakan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya:

Cara Menterjemahkan Pernyataan Standard Kurikulum


Baca perkataan demi perkataan dalam setiap pernyataan untuk memahami maksud dan hasrat
kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat.
 Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.
 Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan kemahiran sampingan
dalam setiap aktiviti.
 Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilih dan
kehendak kurikulum.
Peringkat Perancangan Pengajaran
 Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya pilihlah kemahiran
fokus dan  kemahiran sampingan;
 Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
kemahiran yang dipilih;
 Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran yang
dipilih bersesuaian dengan masa pengajaran;
 Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengaja ran dan pembelajaran
tersebut;
 Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan murid.

Peringkat Penyampaian Pengajaran


 Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik minat
murid;
 Bahan bantu mengajar yang sesuai;
 Aspek kawalan kelas;
 Aspek komunikasi;
 Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu
yang disampaikan; dan
 Berlakunya pemulihan dan penggayaan.

Aktiviti Pengajaran Yang Sesuai


 Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran;
 Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke arah melahirkan
murid kreatif' dan inovatif;
 Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan;
 Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti murid menguasai kemahiran
yang diperlukan.

Penyampaian Berkesan
 Mestilah mudah difahami oleh murid;
 Aktiviti mudah dilaksanakan;
 Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid;
 Dapat menarik tumpuan murid.
Peringkat Selepas Pengajaran
 Adanya proses refleksi. Mengapa perlu refleksi?
 Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai mengapa?
 Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan?
 Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan?
 Adakah aktiviti dan k emahiran yang dipihh tidak sesuai?
 Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada
bagi pengajaran berikutnya.

Kemahiran Mendengar Dan Bertutur


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai
2011 bermula dengan tahun satu di semua sekolah rendah seluruh negara telah
memperkenalkan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai elemen baru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kementerian Pelajaran (KPM) telah menetapkan
objektif standard pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur yang perlu bagi
memasti keberkesanan KSSR ini. 

Antara objektif tersebut adalah:


i. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan
teliti dan betul;
ii. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
iii. Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau
tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan
tepat;
iv. Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
v. Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak lake berdasarkan
arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;
vi. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi
isi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak
formal secara bertatasusila;
vii. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
viii. Berbicara untuk menyampaikan maklurnat tentang sesuatu perkara dengan tepat
menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

Terdapat 10 Prinsip Kemahiran Mendengar


i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa;
ii. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan. jelas;
iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur;
iv. Memberi peluang murid terlibat secara aktif agar dapat mempercepatkan penguasaan
kemahiran;
v. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa;
vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep;
vii. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankanbersama-samakemahiran lain;
viii. Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan tugasan yang boleh membawa kepada
sesuatu aktiviti;
ix. Setiap aktiviti dan kemahiran, membolehkan murid menunjukkan kefahaman mereka
melalui bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan;
x. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin
dan berserta dengan motivasi.

Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan
menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat
memberikan respons. Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula
mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. Proses penguasaan bahasa ini
perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa. Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa
yang didengar dan dialaminya, dan dia cuba meniru dan menuturnya berulang kali mengenai
apa yang didengar daripada orang yang berada disekelilingnya. Perkembangan kemahiran
mendengar boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu

Peringkat Awal
i. Mengecam, mengajuk memilih bunyi;
ii. Mendengar dan mengecam, makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat;
iii. Melakukan sesuatu yang disuruh;
iv. Menjalankan perintah dan permintaan;
v. Bertindak terhadap soalansoalan mudah;
vi. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat Pertengahan
i. Mengecam, dan mengingat fakta;
ii. Mengenal maklumat khusus;
iii. Mengesan urutan maklumat;
iv. Mengenal sebab dan akibat;
v. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi;
vi. Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap.

Peringkat Maju
i. Mengenal isi-isi penting;
ii. Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap;
iii. Mentafsir maksud orang yang bercakap;
iv. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi;
v. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar;
vi. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan;
vii. Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama serta merupakan
kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanakkanak sebelum mempelajari kemahiran lain
seperti kemahiran membaca,dan menulis. Lisan adalah percakapan atau pertuturan yang
merupakan kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan. Apabila mempunyai
keinginan mempelajari sesuatu bahasa, keupayaan bercakap akan berlaku. Begitu juga apabila
mahu membuat perhubungan atau interaksi dengan orang lain, keupayaan bertutur akan
terjadi. Oleh itu, jelaslah bahasa tujuan mempelajari lisan bukan hanya setakat mempelajari
bahasa itu tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam komunikasi. Kemahiran bertutur
merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan, menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul
secara sopan dan ertatasusila. Penekanan juga diberi kepada penggunaan tatabahasa yang
betul. Perkembangan kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:

Peringkat Awal
i. Melafazkan, mengajuk, perkataan dan ayat yang yang didengar; 
ii. Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
iii. Bertindak terhadap soalan mullah;
iv. Membuat ayat mengenai diri sendiri dan membuat ayat daripada gambar.

Peringkat Pertengahan
i. Membuat diskripsi tentang objek atau gambar;
ii. Bercerita berdasarkan gambar dan pengalaman;
iii. Menyoal dan menjawab soalan;
iv. Memberi ucapan pendek;
v. Perbualan mudah;
vi. Memberi komen mudah;
vii. Memberi ulasan, pendapat atau pandangan mudah.

Peringkat Maju
i. Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman,objek dan lain-lain;
ii. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
iii. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
iv. Mengambil bahagian alam drama atau lakonan;
v. Mendeklamasi puisi;
vi. Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.

Pengajaran dan Pembelajaran Menarik, Pentaksiran Holistik


KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan
pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap
murid-murid. Penekanan, kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran
berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual,
pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini
untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan
kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta
peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti
memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian,
kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu, KSSR turut memberi penegasan kepada
perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih
menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah
pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan
holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk
mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid
mencapai standard yang ditetapkan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh
daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak
berkepentingan.

Bekalan Buku Teks Selesai Disember 2010


PEMBEKALAN buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011 ke sekolah-sekolah
telah melebihi 80 peratus selesai di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi Sarawak, Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 30 peratus proses pembekalan telah berjaya
diselesaikan. Proses pembekalan untuk kesemua negeri dijangka selesai pada minggu kedua
Disember ini. Buku teks ini mula dibekalkan pada 23 Ogos lalu. la melibatkan Japan penerbit
swasta dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang merangkumi 22 judul buku Tahun Satu. Bahagian
Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan pembekalan buku teks berkenaan
sampai dan diterima oleh semua sekolah di seluruh negara supaya is dapat digunakan pada hari
pertama sesi persekolahan tahun 2011.

Terdapat 1,380 Minit Seminggu


KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di
sekolah rendah seluruh negara mulai 2011 ini. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 2010 telah
dikeluarkan bagi memaklumkan kepada guru besar dan guru-guru mengenai perlaksanaan
KSSR itu. Menurut kementerian, KSSR telah melalui proses transformasi dan surat pekeliling
mengenainya telah diedarkan. Setiap kandungan kurikulum telah diperkukuh dan ditambah
baik. Mulai 2011, KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pelajar sekolah
tahun satu. Semua sekolah diwajibkan untuk mengikuti dokumen standard bagi setiap kurikulum
KSSR. Sehubungan itu, jumlah masa yang diperuntukkan pula ialah selama 1,380 minit
seminggu iaitu mengikut satu waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) 30 minit. Semua
sekolah perlu menyediakan jadual waktu mengikut masa ditetapkan KSSR. la juga meliputi
perlaksanaan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam modul efektif mengikut kesediaan sekolah
terutama dalam penyediaan guru, permintaan daripada murid dan prasarana sekolah. Dalam
KSSR, beberapa disiplin ilmu digabungkan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. Pada tahap satu, kurikulum disusun dalam
bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Modul Teras Asas merangkumi
sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Islam atau Pendidikan
Moral. Manakala Modul Teras Tema melibatkan Dunia Kesenian, Dunia Seni Visual, Dunia
Muzik, Dunia Sains dan Teknologi. Modul Elektif pula ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa
Kadazan Dusun.

Soal Jawab Mengenai KSSR

Mengapa KSSR perlu diperkenalkan ? Adakah kurikulum yang sedia ada tidak cukup
baik?

Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan


menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada. Transformasi
kurikulum adalah untuk memastikan round. dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Kurikulum
transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR digubal
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. KSSR
merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kunkulum di sekolah. KSSR juga
diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan
mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan
akademik. KSSR member penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan,
pengurangan bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran
berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum
dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam
sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan. Fokus juga diberikan kepada penguasaan
kernahiran membaca, menulis dan mengira. (3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran
menaakul. KSSR juga memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti
kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK).
Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika, mempunyai
keyakinan dm, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan
cintakan negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang
dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu  yang relevan
dengan keperluan dan cabaran abad ke- 21.

Bagaimana pihak sekolah akan menilai inovasi dan kreativiti pelajar di luar konteks Buku
Teks? Adakah guru diberi kebebasan untuk mentafsir KSSR menurut fahaman masing-
masing?
KSSR memastikan proses kreatif dan inovatif diamalkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di bilik darjah supaya menjadi amalan dan budaya dalam kalangan
murid. Antara ciri murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan inovatif
adalah seperti berikut:
 kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan
mencapai sesuatu objektif
 kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif
 kebolehan untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru
 kebolehan meneroka bidang & teknologi baru
 kebolehan mencari jawapan yang bukan konvensional
 kebolehan mencerna idea bagi menyelesaikan tugasan
 kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan imaginasi & visualisasi

Guru perlu memahami hasrat KSSR dan berupaya mentafsir dan menterjemahkan kandungan
kurikulum sewaktu proses P&P. Dalam konteks ini, guru perlu mengambil kira keperluan murid
yang mempunyai latar belakang berbeza, kecerdasan yang pelbagai dan lokasi sekolah untuk
disesuaikan dengan kandungan kurikulum. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi
memastikan murid mencapai standard yang telah ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.

Dalam KSSR, bagaimana guru dapat menonjolkan unsur kreatif dan kritis pelajar melalui
P&P?
Guru perlu menggunakan pendekatan seperti berikut:
 Inkuiri penemuan
 Penyelesaian. masalah
 Konstruktivisme
 Kontekstual
 Pengajaran Berasaskan Masa Depan
 Pembelajaran Berasaskan Projek

Pendekatan pengajaran. bersifat 'hands-on" dan "experiencial learning" yang dilaksanakan oleh
guru di dalam kelas dapat menonjolkan kemahiran menaakul untuk meningkatkan keberkesanan
murid membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan serta,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Apakah kriteria yang digunakan untuk
mengukur kreativiti pelajar? Antara, kriteria murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif
dan Inovatif adalah seperti;
 kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan
mencapai sesuatu objektif
 kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif 
 kebolehan untuk menghasilkan idea, yang tulen, asli atau baru
 kebolehan meneroka bidang & teknologi baru
 kebolehan mencari kebolehan mencema idea bagi menyelesaikan tugasan
 kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakuIan imaginasi & visualisasi

Bagaimana KSSR dapat memupuk kepimpinan dan sahsiah diri pelajar sama ada melalui
kurikulum mahu pun kokurikulum?
Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR (rujuk gambarajah Reka Bentuk KSSR) memastikan
murid dididik dan dibimbing agar memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui
kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

                                                         Gambarajah Rekabentuk KSSR

Apakah persiapan yang telah dilakukan untuk melaksanakan KSSR? Sudahkah guru-guru
yang terbabit dilatih?

KPM menjalankan pelbagai strategi dan persiapan bagi memastikan KSSR dapat dilaksanakan
sebagaimana dihasratkan. Antara strategi yang dijalankan adalah seperti berikut:-

Kursus Orientasi KSSR kepada:


Jurulatih Utama - semua mata pelajaran
Guru mata pelajaran

Kursus Pendedahan KSSR


Guru Besar dan pentadbir sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri, PPD
Bahagian KPM — IPGM, BPG, BPSH, JNJK, IAB, LPM, BBT

Penyebaran Umum kepada; ibu bapa, masyarakat, NGO & Warga Pendidik.
Strategi yang akan dijalankan untuk pendedahan masyarakat umum, ialah: 

Interaksi Bersemuka seperti Perayaan Hari Guru, Perhimpunan Kebangsaan Guru


1Malaysia, Hari temu Pelanggan, Program Jom Heboh TV3, Pameran Dan Taklimat seperti:
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi: laman web KSSR, laman web BPK
 Media Cetak: akhbar, majalah, iklan
 Media Elektronik: ASTRO, RTM, TV3
 Penerbitan bahan: brosur, buku penerangan, cd

Anda mungkin juga menyukai