Anda di halaman 1dari 12

www.tuneracademy.

com
HAK CIPTA TERPELIHARA

[ TIDAK ]
Dibenarkan memberi serta mengedarkan ebook ini secara
PERCUMA kepada sesiapa pun tanpa izin pihak
Khairul Tuner Garage terlebih dahulu.

[ TIDAK ]
Dibenarkan mengubah sebarang isi serta maklumat dalam
ebook ini.

[ TIDAK ]
Dibenarkan menjual ebook ini tanpa keizinan Khairul
Tuner Garage terlebih dahulu.

[ TIDAK ]
Dibenarkan mengaku bahawa ebook ini adalah milik serta
tulisan anda sendiri.

[ YA ]
Anda memiliki hak mutlak untuk membaca serta
mempraktikkan segala ilmu yg ada dalam ebook ini.

www.tuneracademy.com
PERSEDIAAN ASAS

Di bawah adalah senarai semak persediaan awal sebelum Dyno Tune


dilakukan. Ini adalah untuk memastikan tiada kejutan atau masa dibazirkan
semasa sesi Tuning dilakukan. Dengan mengikut langkah ini, anda akan
membolehkan proses Tuning dilakukan dengan lebih mudah dan lancar.

Dan pastinya anda tidak pelu membazir wang kerana kos untuk dyno Tune
adalah mahal, Jika perkara-perkara basic ini tidak dipraktikkan, kemungkinan
besar anda akan datang 2-3 kali ke dyno kerana membetulkan perkara yg remeh
ini.

1. Exhaust leaks

Pastikan tiada kebocoran pada sistem ekzos. Pilih sistem ekzos sekurang-
kurangnya 36 inci panjang dari enjin atau turbo sehingga ke muffler untuk
memudahkan pengendali mesin Dyno meletakkan Wideband o2 sensor supaya
Wideband o2 sensor mendapat bacaan yang betul.

www.tuneracademy.com
2. Vacuum/boost leaks

Pastikan tiada kebocoran pada sistem Intake, termasuk SEMUA hose vacuum,
terutama bagi enjin Force Induction (turbo/supercharge), pastikan semua paip
intercooler dan Blow Off serta paip yang berkaitan mesti lulus ujian tekanan di
tahap maksimum Boost yang anda tetapkan (terutama bagi setting boost 2 bar
keatas). Pastikan semua clip vacuum dan piping diikat kuat dan selamat supaya
tiada kebocoran semasa sesi tuning dijalankan. Blow Off adalah sumber utama
yang biasa berlaku kebocoran. Pastikan ia berfungsi dengan betul dan diikat
dengan kemas.

www.tuneracademy.com
3. Compression test

Walaupun tidak wajib, ia adalah sangat disyorkan untuk melakukan


Compression test dan merekodkan nombor sebelum penalaan. Ini akan memberi
diri anda, dan juga tuner, idea tentang keadaan enjin.

4. Strange noises

Apa-apa bunyi pelik seperti bunyi bearing belt, bunyi mounting rosak dan
sebagainya boleh menjadi gangguan kepada tuner. Anda perlu memastikan
kenderaan berada dalam keadaan operasi yang selamat. Ini termasuk sebarang
vibrate dari driveline atau bunyi-bunyi dari sistem brek.

www.tuneracademy.com
5. Wheel Alignment

Wheel Alignment dan balancing sebaik-bainya dibuat penjajaran dahulu


sebelum Dyno Tune. Tekanan tayar perlu dilebihkan sedikit sekitar 3-5 psi
memandangkan Tayar akan tertekan pada Roller Dyno dan ini akan menjadikan
enjin anda bekerja lebih berat daripada pemanduan atas jalan raya jika tekanan
tayar tidak cukup. Pastikan kereta anda selamat dipandu di jalan raya, baru
kereta anda boleh berada di Dyno.

www.tuneracademy.com
6. Electrical system, sensors and check engine light

Pastikan semua soket berkaitan wiring mempunyai sambungan yang kukuh, dan
tidak ada sambungan yang longgar atau sambungan wayar yg pendek. Bateri
dan alternator perlu berada dalam keadaan terbaik, dan semua sensor enjin
mestilah berfungsi dengan baik. Jika lampu cek enjin menyala, menunjukkan
ada sensor yang rosak. Pastikan Tiada lampu cek enjin menyala sebelum,
semasa dan selepas Dyno Tune dilakukan.

www.tuneracademy.com
7. Cooling system

Dyno tune sangat memerlukan sistem penyejukan kenderaan yang terbaik.


Pastikan coolant berada pada tahap/level yang betul dan tiada kebocoran pada
sistem. Jika kenderaan mempunyai masalah high temp, ia akan belaku lebih
teruk semasa berada pada mesin dyno disebabkan penyejukan hanya bergantung
kepada angin dari Fan/ Blower yang terdapat pada dyno. Pastikan sistem
penyejukan berada dalam keadaan tip top.

www.tuneracademy.com
8. Fuel system
Periksa fuel filter dan gantikannya jika perlu. Pastikan tidak ada kebocoran
dalam sistem Fuel Line, dan menggunakan Fuel (bahan api) yang sesuai dengan
setup enjin. Sebagai contoh, jika enjin anda mempunyai compression ratio
13.5:1. Fuel yang sesuai adalah RON 97 dan keatas.

Jika anda berhajat untuk menaikkan Boost Pressure sehingga 2 Bar dan keatas,
pastikan anda menguji dahulu kemampuan Fuel Pump dengan menaikkan
Pressure Fuel Regulator pada tahap maksimum.
Contoh, semasa enjin idle, Tekanan Fuel Pressure 3 Bar. Naikkan Fuel Pressure
dengan mengikat Fuel Regulator sehingga 5 Bar (3bar + boost 2 bar) dan
keatas. Pastikan Jarum pada Fuel pressure boleh sampai 5 bar atau lebih bagi
memastikan Fuel Pump anda boleh menampung boost 2 bar. Setelah ujian
dilakukan, tetapkan semula Fuel Pressure Regulator mengikut spec enjin anda.
Pastikan semua Injector berfungsi dengan baik. Pastikann tangki (fuel) penuh
dengan jenis bahan api (RON) yang anda inginkan kenderaan anda pakai.

www.tuneracademy.com
9. Oil change and other fluids

Minyak enjin dan penapis sebaik-baiknya ditukar sebelum Dyno tuning. Periksa
semua cecair lain di dalam kenderaan itu dan menggantikan nya atau
menambah jika perlu. Ini termasuk minyak Gearbox, Axle, minyak brek dan
cecair clutch. Juga, pastikan tiada kebocoran.

www.tuneracademy.com
10. Spark plugs

Akhir sekali Spark plug mesti berada dalam keadaan yang sangat baik dan
pastikan anda mengunakan Spark plug yang mempunyai Julat haba yang betul
dan gap/kelegaan mengikut spec. Digalakkan juga anda membawa satu set
Spark plug baru sebagai persediaan jika Spark plug perlu diganti semasa
Tuning dilakukan.

www.tuneracademy.com
KESIMPULAN

Kebanyakan Tuner tidak suka menghabiskan masa berharga semasa tuning


dengan meneylesaikan isu-isu yang remeh ini. Tuner lebih suka menghabiskan
masa dengan menala ECU/Management dan Enjin Part sehingga mencapai
tahap kuasa maksimum yang boleh tuner banggakan dan anda berpuas hati
dengannya.

PENUTUP

Diharap dengan sedikit perkongsian ini, dapat memberi anda pengetahuan asas
serba sedikit mengenai penjagaan kenderaan, sekaligus dapat membantu anda
mencegah sebelum berlakunya kerosakan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan dengan langkah di atas mengenai


penyediaann kereta untuk Dyno Tune, jangan teragak-agak untuk menghubungi
kami. Kami boleh memeriksa kereta dan memastikan ia dalam keadaan yang
betul sebelum Dyno Tune dilakukan.

www.tuneracademy.com

Anda mungkin juga menyukai