Anda di halaman 1dari 10

KATA ADJEKTIF WAKTU

TAHUN 2
Kata Adjektif waktu merupakan kata yang menerangkan tentang waktu.

CONTOH KATA ADJEKTIF:

Baharu Lama
Perlahan Pantas
Awal Lewat
Pagi Petang
1) Kata Adjektif Waktu LAMA

Beg Aminah sudah rosak kerana sudah lama.


2) Kata Adjektif Waktu BAHARU

Aisyah membeli sepasang kasut baharu.


3) Kata Adjektif Waktu PERLAHAN

Kura-kura itu berjalan dengan perlahan.


4) Kata Adjektif Waktu PANTAS

Harimau itu berlari dengan pantas.


5) Kata Adjektif Waktu AWAL

Laila dan abangnya datang awal ke sekolah.


6) Kata Adjektif Waktu LEWAT

Amin tertinggal bas kerana bangun lewat.


7) Kata Adjektif Waktu PAGI

Amira berbasikal pada waktu pagi bersama ayahnya.


8) Kata Adjektif Waktu PETANG

Amir dan rakan-rakannya bermain bola di padang pada


waktu petang.

Anda mungkin juga menyukai