Anda di halaman 1dari 5

PDPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

TARIKH: 22 JUN 2021


8 HINGGA 9.30 PAGI

NOVEL : JUSTERU IMPIAN DI JARING (ZAID AKHTAR)


RUJUKAN:
1. Novel dan buku nota novel
OBJEKTIF:
1. Pelajar dapat menguji kefahaman mengenai novel yang dibaca melalui soalan yang
dikemukakan.
2. Pelajar dapat mengingat semula plot novel yang dipelajari.
AKTIVITI :
1. Baca satu persatu bab yang terkandung dalam novel.
2. Jawab soalan mengikut bab.
3. Jawapan perlulah ringkas dan padat.
4. Anda wajib membaca dahulu setiap bab kerana jawapan setiap soalan ada dalam bab
yang dibaca ( tidak perlu merujuk buku kajian komsas)

BAB 1
1. Senaraikan 13 nama watak yang dinyatakan dalam bab ini.
2. Berapakah usia Engku Aiman?
3. Apakah pekerjaan Azmie?
BAB 2
1.Apakah menu yang dimasak oleh ibu Syahir ketika makan malam?
2. Sudah berapa lamakah Syahir menangguhkan pengajiannya di UPM?
3. Di manakah Kak Uda Syahrizah berkhidmat?
4. Namakan adik-beradik Syahir serta pekerjaan mereka.
BAB 3
1. Nyatakan kedudukan Syahir, Bernard, Gopinath dan Syed Amiri mengikut ranking dunia yang
dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa.
2. Siapakah Wan Najlah?
3. Mengapakah Syahir dipanggil dengan gelaran ‘ustaz selebriti’?
BAB 4
1. Apakah pesanan arwah ayah Syahir yang masih diingatinya?
BAB 5
1. Berapakah umur Kam Heng?
2. Siapakah pembantu Mas Suparman?
3. Siapakah bekas juara tiga kali yang dimaksudkan oleh Syahir?
4. Apakah taktik rahsia yang jarang digunakan oleh Syahir?
5. Siapakah guru sekolah yang bertanggungjawab membentuk Syahir menjadi seorang pemain
badminton?
BAB 6
1. Apakah kerisauan Wan Najlah sehingga dia berasa was-was untuk memakai tudung?
2. Siapakah Ruqaya al-Ghasara?
BAB 7
1. Bilakah kali pertama Syahir dan Azmie bertemu?
2. Siapakah Ratna?
3. Kenapakah Syahir tidak keberatan untuk bergambar bersama peminatnya?
BAB 8
1. Apakah kritikan Engku Aiman terhadap Syahir mengenai bentuk permainannya?
2. Siapakah pengurus pasukan negara?
BAB 9
1. Siapakah lawan Syahir di peringkat suku akhir?
2. Siapakah adik-beradik Syahir yang paling kuat menentang penglibatannya dalam dunia
badminton?
3. Apakah kontroversi yang melanda Syahir dalam bab ini?
BAB 10
1. Bagaimanakah prestasi Syed Amiri ketika beraksi?
BAB 11
1. Apakah nasib Syahir pada Kejohanan Terbuka Johor?
2. Apakah berita yang disampaikan oleh Haji Marzuki kepada Syahir?
BAB 12
1. Bagaimanakah keadaan Gopinath?
2. Kenapakah Syahir akhirnya terpilih menyertai rakan-rakannya ke Jakarta walaupun dia kalah
pada Kejohanan Terbuka Johor?
BAB 13
1. Kenapakah Syahir menganggap laluannya sukar?
2. Apakah berita yang disampaikan oleh Kak Uda kepada Syahir?
BAB 14
1. Apakah penyakit ibu Syahir?
2. Pada pendapat anda, wajarkah Syahir berangkat ke Jakarta dalam keadaan ibunya yang
sakit?
BAB 15
1. Berapakah bilangan kontinjen Malaysia ke Jakarta?
2. Siapakah lawan Syahir pada pusingan ketiga?
BAB 16
1. Namakan negara yang mendominasi kategori perseorangan wanita sejak sepuluh tahun yang
lalu.
BAB 17
1. Di manakah perlawanan akhir berlangsung?
2. Siapakah pemain yang menentang Syahir pada perlawanan akhir?
3. Apakah yang berlaku kepada Syahir sejurus perlawanan tamat?

EPILOG
1. Apakah harapan Syahir selepas ini?
2. Pada pendapat anda, apakah pengajaran penting yang boleh diambil daripada novel ini?

Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai