Anda di halaman 1dari 1

DOA UPSR

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami dan anak-anak didik kami dari golongan orang-orang yang berjaya
dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah
mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh

Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan
kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama, kurniakanlah kepada mereka
kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin.

Ya Allah, lapangkanlah dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan mereka, dan
kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau
terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan
kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha
Mengetahui.

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai. Ingatkanlah anak-anak kami ini apa-apa
yang telah mereka baca, apa-apa yang mereka pelajari dari guru-guru mereka dan tidak akan lupa
apabila diperlukan kelak

Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,


Jadikanlah anak-anak kami ini sebagai anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, yang menjadi
harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah mereka dikalangan orang-
orang yang soleh dan solehah.

Ya Allah Ya Latif
Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan anak-
anak kami yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan hamba-hamba-Mu sekalian
dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan
segala usaha yang bersungguh-sungguh selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat sepenuh
kejayaan 5A.

Anugerahkanlah anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan cetusan idea yang bernas,
kesihatan akal fikiran, kesihatan rohani dan kesihatan jasmani supaya meraka dapat mengapai cita-cita
mereka, cita-cita guru-guru dan cita-cita ibu bapa mereka serta menjadi contoh ikutan generasi akan
datang.

Ya Allah berikanlah  mereka sepenuh kekuatan, jauhi sifat kegusaran, jauhi perasaan gemuruh dan
gentar agar anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini mampu menjawab soalan
peperiksaan dengan penuh ketenangan, dengan penuh dedikasi yang sangat utuh dan akhirnya
memperolehi keberhasilan yang dicitakan.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Ikhlaskan hati anak kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus
belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami
dan mereka dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita,
hanya untuk lelaki dan hanya untuk tahta kedudukan. Lindungilah kami dan mereka dari sifat tamakkan
dunia.

Anda mungkin juga menyukai