Anda di halaman 1dari 2

SOALAN TUTORIAL

PJMS3063 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN KAEDAH PENGAJARAN

KUMPULAN 7

(DANIAL HAIKAL, MUHAMMAD MIRZA & SYAMIR IMAN)

1. Pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani tidak lari daripada berpaksikan model-


model kurikulum yang bersifat objektif dalam memenuhi matlamat yang dihasratkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kaitkan kesesuaian Model Kurikulum Tyler dengan Pendidikan Jasmani.

Dalam pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi subjek Pendidikan
Jasmani, Model Kurikulum Tyler merupakan salah satu model kurikulum yang sesuai
dirujuk. Jika dilihat daripada konsep kurikulum yang dihuraikan, ia boleh dijelaskan
sebagai satu perancangan proses pembelajaran yang dikelolakan oleh pihak sekolah
dan bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikan. Maka, seharusnya dengan
pelaksanaan subjek pendidikan jasmani berpandukan model Tyler ini membantu
mencapai matlamat pendidikan. Sebagai contoh, model kurikulum Tyler amat
mementingkan proses pengurusan pembelajaran yang sistematik. Ini boleh
diaplikasikan dalam kelas Pendidikan Jasmani sewaktu di padang. Guru akan meminta
pelajar berkumpul dahulu, dan melakukan sesi regangan badan mengikut guru sebelum
melakukan aktiviti utama. Ini dapat membantu mengurangkan kadar keseriusan
kecederaan jika dialami oleh pelajar. Selepas itu, guru boleh meneruskan dengan
aktiviti utama yang ingin diajar seperti berkenaan bola jaring misalnya. Bagi memastikan
pembelajaran berjalan lancar, guru akan melakukan demonstrasi dan menguji pelajar
bagi memeriksa kefahaman mereka. Akhir sekali, guru akan melakukan sesi cooling
down bagi meregangkan otot pelajar. Penerapan perancangan yang sistematik seperti
yang diterapkan dalam model Tyler ini bukan setakat membantu memastikan matlamat
pembelajaran tercapai, malah membantu pelajar untuk terhindar daripada kecederaan.
Selain itu, model ini mementingkan penilaian kerana ia dianggap sebagai penentu
keberkesanan pembelajaran. Semasa proses di padang di atas, guru telah melakukan
ujian untuk pelajar bagi menguji pemahaman mereka. Dari sini guru dapat membetulkan
sebarang teknik yang salah yang dilakukan murid. Dengan ini, murid dapat menguasai
pembelajaran dengan baik dan tepat mengikut teknik yang sepatutnya. Model ini jelas
membantu matlamat pendidikan jasmani untuk membantu murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan serta menyumbang ke arah
pembangunan fizikal pelajar-pelajar. Jelaslah bahawa model Tyler sesuai untuk dirujuk
dalam pelaksanaan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani.

2. Bandingkan Model Kurikulum Ralph Tyler (1949), Model Kurikulum Robert Glaser (
1962) dengan Model Kurikulum Robert Slavin (1994 ) yang sering dikaitkan dengan
mata pelajaran Pendidikan Jasmani

Model Kurikulum Model Kurikulum Model Kurikulum

Ralph Tyler Robert Glaser Robert Slavin

(1949) ( 1962) (1994 )

Mementingkan tingkah laku Mementingkan Mementingkan pengalaman


murid pengetahuan sedia ada sedia ada

Merancang pengajaran Merancang pengajaran Merancang pengajaran


berdasarkan psikologi berdasarkan maklum balas dengan mengutamakan
murid dengan objektif murid dengan objektif pembelajaran koperatif

Mempunyai penilaian Mempunyai penilaian Tiada penilaian tetapi guru


memberikan motivasi

Mementingkan kaedah Mementingkan kaedah Mementingkan kaedah


pengajaran yang mengikut pembelajaran yang pembelajaran yang
tahap kendiri murid pelbagai. berkesan.

Anda mungkin juga menyukai