Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 6 KUMPULAN (SYAMIR, NUH, DANIAL HAIKAL)

1) Cari maklumat tentang perkara-perkara furuk dalam Islam beserta contoh-


contoh.
 Fiqh Zakat
 Fiqh Puasa
 Fiqh Haji
 Fiqh sewa-menyewa
 Fiqh jual beli

2) Masyarakat Islam di Malaysia masih ada yang berselisih pendapat berkait


dengan perkara-perkara furuk. Jelaskan faktor berlakunya perkara tersebut dan
kesannya.

Perbezaan yang berlaku di dalam memahami dalil-dalil syarak adalah satu lumrah di
dalam kehidupan. Ini kerana, akal manusia itu berbeza-beza dari sudut tahapnya.
Tambahan pula, perselisihan atau perbezaan pendapat ini telah berlaku pada zaman
Nabi SAW dan juga para sahabat RA. Apatah lagi, pada zaman selepas daripada
mereka, sudah pasti lebih banyak perselisihan yang berlaku sehingga munculnya
pelbagai mazhab dan aliran.

Menurut Syeikhul Islam, Dr. Yusuf al Qardhawi, pada hari ini adalah haram bagi
umat Islam atau pergerakan Islam untuk bertelagah tentang perkara-perkara furuk
seperti masalah janggut, jubah, hijab, tawfid dan beberapa masalah lain lagi. Pada
hari, sebahagian daripada kelompok aktivis Islam yang lebih tertumpu kepada
masalah-masalah khilafiah, sehingga masalah tersebut menjadi lebih penting
daripada masalah yang sebenarnya lebih utama dan lebih penting untuk
diperbincangkan. Perkara perpecahan akibat pertengkaran mengenai isu yang tidak
guna dibahaskan, tidak mustahil untuk berulang kembali sekiranya umat Islam tidak
menjadikan sejarah itu sebagai pedoman dan iktibar dalam kehidupan mereka.

Menurut Dr. Yusuf al Qaradhawi lagi, masa dan tenaga yang digunakan untuk
pertelingkahan dan pertikaian serta perbezaan pendapat mengenai perkara khilafiah
ini sepatutnya adalah lebih baik sekiranya ia dijuruskan kepada perbincangan untuk
pembangunan struktur keagamaan dan kerohanian, ilmu pengetahuan dan
peradaban.
3) Menurut Mazhab Syafie, seorang yang solat perlu melakukan sujud sahwi. Bila
dan kenapa ?
 Tertinggal Rukun solat
 Merasa ragu-ragu mengenai bilangan rakaat
 Meninggalkan perkara sunat ab’adh

Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan
Tahiyat akhir dan sebelum salam diberikan dan sujuh sahwi ini dikerjakan untuk
menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah
sunat.

4) Berdasarkan video sedutan ceramah dibawah, buat ringkasan ttg perkara


furuk.
Furuk merujuk kepada cabang dalam syariat. Perkara furuk merupakan perbezaan
pendapat yang diterima atau ditolak oleh umat Islam tanpa ijmak. Berdasarkan
sedutan video, amat ditegaskan supaya perkara furuk ini tidak boleh diperlekehkan
kerana boleh membawa kepada murtad. Sebagai contoh perkara furuk ialah menjilat
jari selepas makan. Hal ini dikira sunnah. Namun terdapat individu yang mengatakan
menjilat jari ini perkara yang kotor. Individu tersebut tidak perlu buat jika tidak mahu
namun jangan sesekali memperlekehkan perkara furuk. Kesimpulan daripada video
ini, walaupun sesuatu itu furuk dan mempunyai berlainan pendapat, janganlah
sesekali memperlekehkan hal tersebut.

Anda mungkin juga menyukai