Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL MINGGU 1

1) Analisiskan kenyataan berikut “ ‫ ”تسلم أسلم‬bermaksud : “ Masuklah Islam, kamu


akan selamat”
Pada pendapat saya berdasarkan kenyataan “Masuklah Islam, kamu akan selamat”,
Islam adalah agama yang diredai oleh Allah SWT, makan umat Islam dan orang-orang
Islam ini akan selamat berbanding dengan orang bukan Islam atau orang kafir yang akan
menanggung dosa serta segala perbuatan mereka tidak akan diredai dan diberkati oleh
Allah SWT. Selain itu, agama Islam juga mengajar kita untuk membuat kebaikan dan
melarang kita sebagai umat Islam untuk melakukan segala perbuatan jahat, maka
dengan itu, semua umat Islam yang melakukan perbuatan baik dan mengerjakan segala
perintah Allah SWT, hidupnya akan diberkati dan diredai serta dilimpahkan kurniaan
rezeki.

2) Cari dan huraikan TIGA kalimah “ISLAM” dalam al-Quran.


Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar
dan diredai) di sisi Allah ialah Islam…” (Surah Ali ‘Imran, ayat 19). Berdasarkan Firman
Allah SWT di dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 19, Allah SWT menjelaskan Islam adalah
agama yang diredai-Nya. Apabila Allah SWT reda, makan segala yang termaktub
sebagau ajaran Islam adalah benar dan tiada keraguan padanya.

Allah SWT berfirman bermaksud: “… Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu
agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan
Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah al-Ma’idah, ayat 3). Berdasarkan
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ma’idah, ayat 3, bermaksud setelah tamatnya
proses penurunan ayat al-Quran memberi petunjuk bahawa segalanya telah lengkap
dan tiada tokok tambah lagi dalam urusan agama.

Kalimah Islam dalam al-Quran juga terdapat di dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 85, dalam
al-Quran juga telah menjelaskan bahawa sesiapa yang mencari agama selain daripada
Islam, maka usahanya tidak akan diterima sama sekali dan sehingga pada hari akhirat
nanti, mereka akan tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang rugi. Firman Allah
SWT “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.” (Surah Ali
‘Imran, ayat 85).

Anda mungkin juga menyukai