Anda di halaman 1dari 6

MUHAMMAD SYAMIR IMAN BIN MOHD SATTAR

F7 PISMP JUN 2020


RUMUSAN PERATURAN PERMAINAN BADMINTON

1.0 UNDANG-UNDANG ASAS


Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Permainan
badminton boleh dimainkan dengan dua atau empat orang pemain iaitu individua tau
berpasukan. Terdapat acara persendirian lelaki dan perempuan serta beregu
campuran.

2.0 SERVIS PANJANG


Servis panjang adalah servis yang berbeza dengan servis pendek. Servis panjang
kebiasaanya dilakukan dengan memukul bulu tangkis dari arah bawah. Servis
panjang ini juga digunakan untuk jenis permainan buku tangkis tunggal atau “Deep
Single Serve”. Tujuan servis ini dilakukan adalah untuk mengarahkan bulu tangkis ke
belakang dengan keadaan melambung yang mana pihak lawan akan sukar untuk
melakukan serangan balas.

2.1 TEKNIK SERVIS PANJANG


 Tubuh berdiri dalam daerah servis secara bersedia. Kemudian, bulu
tangkis dipegang dan diletakkan di hadapan badan serta kaki
belakang digunakan untuk menampung berat badan.
 Berat badan akan dipindahkan ke depan dan bulu tangkis dijatuhkan.
Dalam waktu yang sama, raket dihayunkkan ke hadapan dari atas
melepasi paras bawah pinggang dan bulu tangkis dipukul sekuat hati
yang mungkin.
 Segera kembali ke posisi asal setelah memukul bulu tangkis.

2.2 PERATURAN SERVIS
Pemain tidak boleh melengah-lengahkan servis selepas raket dihayunkan
kebelakang. Pemain yang membuat serta menerima servis tidak boleh
memijak garisan gelanggang dan tidak boleh bergerak sebelum membuat
servis. Selain itu, kedua-dua belah kaki hendaklah menyentuh lantai
gelanggang dan bahagian gabis bulu tangkis perlu disentuh semasa
melakukan servis. Buliu tangkis hendaklah berada dibawah bahagian
pinggang dan batang (shaff) perlu menghala ke bawah semasa membuat
servis.
2.3 SERVIS BATAL
 Bulu tangkis melepasi bawah jarring
 Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis
 Bulu tangkis tersangkut di jarring semasa membuat servis.
 Bulu tangkis dipukul sebanyak dua kali berturut-turut.

2.4 PERLAWANAN PERSEORANGAN


 Pemain membuat servis di tapak kanannya. Mata genap adalah di
petak kanan dan mata ganjil adalah dipetak kiri.
 Pemain perlu membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.
 Pemain yang melakukan pukulan servis, perlu menjatuh bulu tangkis di
bahagian berwarna merah sahaja berdasarkan gambar di atas, barulah
kiraan mata dikira

2.5 PERLAWANAN BEREGU


 Pemain yang membuat servis pertama akan membuat servis dari
gelanggang kanan.
 Pasukan beregu yang menang rali akan bertukar petak servis,
manakala pihak lawan akan kekal dalam petak servis masing-masing.
 Pasukan beregu yang melakukan servis perlu mengarahkan bola di
Kawasan gelanggang hijau seperti rajah di atas sekiranya ingin
mendapat kiraan mata.
 Sekiranya, bulu tangkis jatuh di luar Kawasan hijau seperti gambar di
atas, servis tidak dikira dan mata diperoleh oleh pihak lawan.

3.0 PUKULAN LOB


Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan
serangan.
 Pemain perlu berada dalam kedudukan sedia
 Pemain perlu pegang raket dengan teknik pegang depan
 Pemain perlu bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala
didonggakkan.
 Pemain perlu bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi.
 Bulu tangkis perlu dikontakkan semasa ia berada di atas kepala.

3.1 PERLAWANAN PERSEORANGAN


 Pemain perseorangan yang melakukan pukulan lob perlu
mengarahkan bulu tangkis ke arah kawasan merah sahaja
berdasarkan gambar di atas.
 Sekiranya bulu tangkis jatuh di luar kawasan merah berdasarkan
gambar di atas mata akan diperoleh oleh pihak lawan.

3.2 PERLAWANAN BEREGU

 Pasukan beregu yang memukul lob perlu mengarahkan bola di


Kawasan hijau berdasarkan gambar di atas bagi memperoleh
mata.
 Sekiranya bulu tangkis yang dipukul oleh pasukan beregu terkeluar
dari kawasan hijau, mata akan diperoleh pasukan lawan.

4.0 PUKULAN SMESY


Pukulan Smesy boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Pukulan
ini digunakan untuk menamatkan rali atau mencipta ruang. Sasaran pukulan smesy
adalah ke ruang kosong gelanggang lawan. Teknik melakukan pukulan smesy
adalah seperti berikut:

 Pemain perlu pandang ke arah bulu tangkis.


 Pemain perlu berdiri di sisi dan sebelah kaki di hadapan.
 Pemain perlu mengayunkan raket ke belakang dengan siku dibengkokkan.
 Sebelah tangan lagi perlu lurus ke atas.
 Selepas itu, pemain perlu mengayunkan raket ke hadapan dengan lengan
dalam keadaan lurus.

4.1 PERLAWANAN PERSEORANGAN

 Pemain yang melakukan pukulan smesy perlu memukul ke arah ruang


kosong gelanggang lawan yang berwarna merah sahaja seperti
gambar di atas.
 Sekiranya pukulan itu tersasar dan terkeluar dari kawasan merah,
mata akan diperoleh oleh lawan dan pemain lawan akan mendapat
servis yang seterusnya.

4.2 PERLAWANAN BEREGU


 Pasukan beregu yang melakukan pukulan smesy perlu mengarahkan
bulu tangkis di kawasan gelanggang lawan yang berwarna hijau
ataupun keseluruhan gelanggang lawan.
 Pasukan beregu yang menjatuhkan bulu tangkis di gelanggang lawan
berwarna hijau akan memperoleh mata.
 Pasukan beregu yang melakukan pukulan smesy dan bulu tangkis
terkeluar dan jatuh di luar gelanggang lawan, mata akan diperoleh
pasukan lawan.

Anda mungkin juga menyukai