Anda di halaman 1dari 3

3.0 PERATURAN-PERATURAN ASAS BADMINTON.

3.1 Servis

Servis pertama dilakukan dari gelanggang kanan ke gelanggang kanan


penerima. Peraturan-peraturan servis adalah seperti berikut:

a) Pemain yang membuat servis mesti menunggu sehingga penerima


bersedia.
b) Pemain yang membuat servis harus berdiri di dalam gelanggang
servis yang betul dan mengikut skor.
c) Pemain yang membuat servis harus memastikan kedua-dua belah
kaki menyentuh tanah sehingga bulu tangkis telah dipukul.
d) Bulu tangkis hendaklah di bawah pinggang pemain yang membuat
servis pada masa bulu tangkis dipukul.
e) Pada masa bulu tangkis dipukul, kepala raket harus di bawah tangan
yang memegangnya.
f) Bulu tangkis hendaklah dipukul melintasi jaring ke gelanggang yang
bertentangan.

3.2 Giliran Servis untuk Beregu

Pemain yang dipilih untuk memulakan perlawanan dengan memukul


bulu tangkis ke gelanggang lawan dan berjaya memenangi rali tersebut akan
melakukan servis semula, tetapi bertukar tempat dengan pasangannya
pemain-pemain lawan yang menerima servis mengekalkan posisi mereka.
Servis akan terus dilakukan sehingga ia berjaya dirampas oleh pihak lawan.
Pemain yang telah kehilangan servis akan kembali ke posisi asal semasa
mereka melakukan servis untuk rali tersebut. Pihak lawan juga akan mengikut
prosedur yang sama.

3.3 Giliran Servis untuk Perseorangan

Pemain A memulakan perlawanan dari gelanggang kanan dengan


memukul bulu tangkis ke gelanggang kanan pemain B. Jika A memenangi
rali, pemain A akan melakukan servis semula tetapi dari sebelah kiri dan
pemain B juga akan berpindah posisinya ke gelanggang sebelah kiri.

Jika pemain B memenangi rali tersebut, pemain A akan kehilangan


servis. Maka pemain B mendapat peluang membuat servis dari gelanggang
kanan. Seseorang yang membuat servis akan memulakan servis dari
gelanggang dis ebelah kanan apabila skornya 0 atau bilangan genap dan
berada di sebelah kiri apabila skornya adalah ganjil.

3.4 Kawasan Servis

Seseorang pemain mestilah berdiri di kawasan servis semasa


membuat servis, sama ada di sebelah kanan atau kiri gelanggang. Penerima
juga seharusnya berada di kawasan servis sehingga servis dilakukan.

Garisan tengah yang membahagikan kawasan kanan dan kiri dianggap


seperti in-court untuk kedua-dua kawasan jika bulu tangkis terjatuh diatasnya.
Kaki pemain atau penerima yang menyentuh garisan yang tidak dibenarkan
dianggap telah berdiri di luar gelanggang servis dan telah melakukan satu
kesilapan.

Bulu tangkis yang terjatuh di atas garisan dianggap sebagai di dalam


gelanggang. Jika bulu tangkis keluar daripada garisan gelanggang, ia
dianggap ‘keluar gelanggang’.

3.5 Menerima Servis

Penerima mesti berdiri di dalam gelanggang servis dan kakinya tidak


menyentuh garisan-garisan gelanggang. Tujuannya adalah untuk
mengembalikan servis yang sah atau baik ke gelanggang lawan, ke tempat di
mana lawannya tidak boleh sampai atau menyebabkan berlakunya kesilapan.
Jika penerima berpendapat servis akan keluar gelanggang, ia akan
membiarkan bulu tangkis jatuh ke tanah. Jika bulu tangkis jatuh ke dalam
gelanggang, pemberi servis akan menerima satu mata.

Selepas servis dilakukan, pemain-pemain boleh bergerak ke mana-


mana posisi untuk menerima dan memukul bulu tangkis, kecuali memasuki
gelanggang pihak lawan.
3.6 Menghilangkan Rali

Pasukan atau pemain akan kehilangan rali jika:

a) Gagal hantar bulu tangkis melintasi jaring kepada gelanggang pasukan


lawan.
b) Menyentuh jaring atau tiang dengan raket.
c) Memukul bulu tangkis sebelum ia melintasi jaring. Pemain boleh
mengikut pukulannya melintasi jaring dengan raket tetapi tidak boleh
menyentuh jaring.
d) Menyentuh bulu tangkis dengan anggota badan atau pakaian.
e) Melakukan pukulan dua kali.
f) Terampu (sling) bulu tangkis.
g) Haling pihak lawan dengan menggerakkan raket di bawah jaring,
membaling raket ke gelanggang lawan atau kelakuan yang
mengganggu pihak lawan.
h) Kedua-dua pasangan memukul bulu tangkis sebelum ia kembali
melintasi jaring.
i) Membenarkan bulu tangkis menyentuh tanah sebelum memukulnya.

3.7 Let

Satu let diberikan apabila berlaku gangguan bermain yang tidak


sengaja seperti bulu tangkis daripada gelanggang yang berhampiran masuk
ke gelanggang atau bulu tangkis tersangkut pada jaring selepas melintasinya.
Satu let boleh diminta oleh penerima jika pembuat servis melakukan servis
daripada gelanggang yang salah dan memenangi rali itu.

Pemberi servis juga boleh meminta satu let jika didapati penerima
berada di gelanggang yang salah dan memenangi rali itu. Let mesti dilakukan
secepat mungkin selepas rali. Jika lewat, pemainan akan diteruskan tanpa
perubahan dalam skor dan pemain-pemain tidak mengubah posisinya.

Anda mungkin juga menyukai