Anda di halaman 1dari 7

Peraturan Perseorangan

Pemain melakukan hantaran latihan sebelum perlawanan bermula. Untuk memulakan permainan, pemain yang melakukan servis berdiri di garisan belakang, ke kanan daripada tanda tengah dan di dalam garisan tepi, sambil menghadap ke jaring.

Penservis mempunyai dua peluang untuk memulakan permainan dengan melambungkan bola ke udara dan memukulnya ke dalam gelanggang servis melepasi jaring dalam kedudukan pepenjuru yang bertentangan dengan posisi servis garisan belakang. Penservis tidak boleh memijak atau terkeluar dari garisan belakang sebelum memukul bola.

Penerima boleh berdiri di mana-mana sahaja tetapi mestilah membiarkan bola servis itu melantun terlebih dahulu sebelum memukulnya. Selepas setiap mata, penservis berdiri berselang-seli di kiri dan kanan dari tanda tengah untuk melakukan servis. Jika bola yang diservis itu terkena bahagian atas jaring dan masuk ke gelanggang yang betul, maka ia disebut let dan servis akan diulangi semula.

Anda boleh memenangi mata jika lawan anda ;

Gagal dalam kedua-dua percubaan untuk menservis bola ke dalam gelanggang yang betul; Memukul bola ke luar garisan sempadan yang betul; Memukul bola hingga terkena jaring; Membiarkan bola melantun dua kali sebelum mengembalikannya;

Menjangkau melepasi jaring untuk memukul bola sebelum ia melantun; Melemparkan raket dan memukul bola; Menyentuh jaring dengan tubuh atau raket semasa bola sedang dimainkan; Membawa atau menangkap bola dengan raket secara sengaja; Melakukan apa-apa untuk menghalang lawan daripada melakukan hantaran;

Menyentuh bola dengan sesuatu selain daripada raket semasa permainan; atau Menyentuh atau menangkap bola semasa bermain, walaupun berdiri di luar gelanggang.

Pemain bertukar sisi gelanggang setiap kali jumlah permainan adalah dalam angka ganjil. Mereka dibenarkan berehat selama 90 saat semasa bertukar gelanggang (kecuali selepas permainan pertama dalam satu set) dan dua minit waktu rehat di antara set.

Anda mungkin juga menyukai