Anda di halaman 1dari 2

Laporan Kutipan Derma Riang Ria Satu Sen dan Pertandingan Bercerita Sempena Minggu Bahasa Anjuran Persatuan

Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam. Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam telah ditubuhkan sejak tahun 1995. Persatuan ini mempunyai seramai 80 orang ahli yang terdiri daripada pelajar pelajar Tahap 2. Matlamat utama penubuhan persatuan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Selain itu, persatuan ini juga bertujuan untuk menaikkan mutu dan tahap pencapaian di samping membentuk minda pelajar yang kreatif. Persatuan ini juga bertanggungjawab untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru. Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan kutipan Derma Riang Ria Satu Sen selama 4 hari bermula 21 24 Mac 2010. Tujuan kutipan derma ini dijalankan adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan selebihnya digunakan untuk menghias Bilik Pemulihan. Sepanjang kutipan derma ini dijalankan, persatuan ini telah berjaya mengutip sejumlah RM510.45 hasil daripada sambutan hebat dan kerjasama daripada semua guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan pelajar. Penderma seboleh-bolehnya menderma menggunakan satu sen. Persatuan ini juga telah menganjurkan pertandingan bercerita pada 24 Mac 2010 iaitu pada hari penutupan bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahhari. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6. Ia telah disertai oleh seramai 20 orang pelajar. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat dan menanam sikap yakin diri dalam kalangan pelajar. Setiap peserta diberi masa sepuluh

minit dan boleh memilih tajuk mereka sendiri. Keputusan pertandingan adalah seperti adalah seperti berikut : Pertama : Muhammad Herris Bin Husain ( Sang Rimau yang tamak). Kedua Ketiga : Farah Alia Binti Ramli ( Cinderella ). : Farzana Binti Abdul Razak ( Si Arnab yang sombong ).

Pada keseluruhannya aktiviti ini telah berjaya mencapai objektifnya. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan dari masa ke semasa.

Diadakan oleh,

25 Mac 2010.

Anda mungkin juga menyukai