Anda di halaman 1dari 1

PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI SELANGOR

Rujukan kami: AKKM: SR/ 6/ 6 Jld 1 (12)


Tarikh: 09 Okt 2020

Pengerusi
Koperasi Ahli Angkasa Negeri Selangor

Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

KURSUS PENDEDAHAN TEKNOLOGI HIJAU MELALUI APLIKASI TEKNOLOGI MODEN BIO-ORGANIK


Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Koperasi KEBUNITI Selangor Berhad akan menganjurkan kursus asas pertanian ‘Urban
Farming’ dibawah skim Penjana HRDF. Kursus akan berjalan selama lima(5) hari. Kursus ini terhad kepada 400 orang
peserta. Setiap peserta akan melalui proses temuduga oleh pihak HRDF dan koperasi . Peserta akan terus dipantau selepas
kursus. Makan minum dan elaun disediakan oleh pihak penganjur. Peserta akan dihubungi oleh pihak HRDF untuk ketetapan
temuduga.
Kelayakan memohon kursus adalah;
I. Kumpulan B40
II. Pekerja swasta yang hilang pekerjaan akibat pandemic Covid 19
III. Pesara B40
IV. Pelajar lepasan universiti yang berminat

3. Berdasarkan pengisian yang disediakan, program ini amat bermanafaat untuk dijadikan aktiviti koperasi serta
menjana pendapatan ahli. Menyokong usaha yang dijalankan oleh Koperasi Kebuniti Selangor Berhad ini, ANGKASA
Selangor memanjangkan maklumat program ini kepada koperasi Dato / Datin / Tuan / Puan untuk dihebahkan kepada ahli-
ahli koperasi.. Disertakan juga borang penyertaan, jadual dan lokasi kursus dari 02 November 2020 hingga 20 Februari 2021.

Sebarang pertanyaan berkaitan:


I. Program, sila hubungi no talipon 019-5666970(En Nizar)
II. Penyertaan, sila hubungi Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor di talian 03-7880 7270.

Sekian.

“SADIK, AMANAH, TELUS”

…………………………….
PROF. DR. MANSOR AHMAD
Setiausaha
Perhubungan Angkasa Negeri Selangor

s.k 1. Dato Hj Mohd Alias Hamzah


Pengerusi ANGKASA Selangor

2. Pengerusi
Kop KEBUNITI Selangor Bhd

3. Fail

Anda mungkin juga menyukai