Anda di halaman 1dari 6

Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan dianggap sebagai satu asas kepada aktiviti pendidikan yang
mencerminkan pemikiran dan falsafah sesebuah negara. Penyata Razak (1956) dan
Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar
Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga
dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping
itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek
pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
Ia adalah sebagai langkah permulaan dalam proses pendidikan dan sebagai asas
pergantungan kepada unsur-unsur yang terdapat dalam pendidikan seperti
matlamat, isi kandungan pendidikan, pendekatan, strategi dan kaedah proses
pengajaran. Menurut Abdul Fatah (2001), falsafah pendidikan adalah suatu sistem
kepercayaan, pegangan dan prinsip am yang membincangkan berbagai perkara
mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah.
Falsafah dapat menjelaskan tujuan kepada segala usaha untuk memajukan sistem
pendidikan negara, berperanan sebagai asas atau dasar dalam menentukan
matlamat pendidikan negara, dapat memberi panduan dalam menentukan fokus dan
kandungan kurikulum pendidikan. Falsafah juga dapat menunjuk arah kepada
pelaksana iaitu sekolah dan institusi pendidikan dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta sebagai asas dan
memberi arah kepada penghasil dasar pendidikan menentukan corak sistem
pendidikan negara.

Soalan 2 implikasi
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Sistem Pendidikan Negara

Implikasi terhadap kurikulum


Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan
Negara . Ini meliputi :
Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni
diserapkan dalam semua mata pelajaran.
Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis.
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar
dalam bidang vokasional dan teknologi

Implikasi terhadap pendidik


Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar
dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
· Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang
positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
· Perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya
yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmupengetahuan, berketrampilan serta
berakhlak mulia.

Implikasi terhadap institusi pendidikan


Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini meliputi :
· Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga
sosial, secara menyeluruh dan seimbang.
· Perubahan aktiviti budaya yang kondusif untuk memupuk nilai- nilai murni
dalam jiwa pelajar.

Soalan 3 falsafah perlu difahami dan dihayati oleh seorang guru. Jelaskan sebab
Soalan4 kepentingan falsafah kepada guru

3.3 Mengamalkan ilmu dan bersedia menjadi pelajar seumur hidup.

Sememangnya, sebagai pengamal ilmu, seseorang guru perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti
membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru. Dalam
proses pengajaran contohnya, guru hendaklah memindahkan ilmu yang baik dan seharusnya
meninggikan adab murid sebagai seorang pengamal ilmu. Hal ini kerana, budaya ilmu haruslah
dibentuk semasa menuntut ilmu dan ianya hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru supaya dia
dapat menjadi contoh dan teladan yang baik bagi para pelajarnya. Hal ini pastinya akan membawa
kepada kelahiran generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan
tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

3.4 Mengamalkan kemahiran professional.

Umum bersetuju, guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai
kemahiran professional sangat memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang
berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak. Peranan ini penting bagi membawa
pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia. Para pelajar mestilah dididik
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk melahirkan pelajar yang terdidik untuk belajar
sepanjang hayat dan mempunyai intelektual yang tinggi dalam menghadapi era globalisasi.

3.5 Peka dengan segala perkembangan dalam bidang pendidikan.

Untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap keperluan pendidikan
yang terkini. Guru yang menjadikan Falsafah pendidikan Guru sebagai panduan juga sentiasa
mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemas kini
pengetahuan dan kemahiran mereka. Mok Soon Sang (2007), menegaskan bahawa guru hendaklah
melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi
maklumat tentang perkembangan terhadap pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing
murid-murid menggunakan internet sebagai satu proses pembelajaran.

3.6 Cenderung mengamalkan pengajaran yang efektif

Guru yang efektif sentiasa mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan,
pelaksanaan, dan juga dari segi penilaian pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler
(1990) menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan,
pelaksanaan dan penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Cohn et al, (1987) juga telah
menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru haruslah membuat refleksi kendiri untuk menilai
objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran.

3.7 Dapat menentukan cara setiap murid belajar dengan kaedah yang sesuai

Dalam perkara ini, guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai
kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti dalam p&p. Setiap guru
hendaklah mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran
dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan
menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. Pada masa yang
sama, guru juga perlu membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap
perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar sehingga memberi
pengalaman pembelajaran kepada setiap pelajar yang mempunyai kepelbagaian dalam proses
pembelajaran.

3.8 Berusaha meningkatkan penguasaan bidang ilmu dan kemahiran

Setiap guru semestinya perlu menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, mahir
mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya menjadi fasilitator
yang baik. Hal ini akan menjadikan mereka berusaha sebaik mungkin untuk melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi dan sebagainya. Perkara ini sedikit sebanyak
dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran yang ada pada diri demi meningkatkan prestasi
masing-masing untuk menjadi seorang guru yang berkaliber.

3.9 Terdorong untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.


Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, pastinya proses dalam mendidik para pelajar akan
menjadi lebih mudah. Penerokaan ilmu melalui internet dalam bahasa inggeris secara tidak
langsung akan menjadikan seseorang guru bersifat lebih terbuka dan dapat mengakses pelbagai ilmu
yang pelbagai. Hal ini menjadikan seseorang guru itu berfikiran luas sehinggakan dapat
meningkatkan keyakinan dirinya untuk mengajar dalam bahasa inggeris dengan baik. Dengan
adanya guru yang sebegini, pastinya hasrat kerajaan untuk melahirkan ramai golongan intelektual
dalam negara kita dapat dilaksanakan kerana ia telah pun bermula daripada seseorang guru itu
sendiri.

3.10 Berupaya memberi sumbangan dalam komuniti

Guru adalah satu organisasi penting yang sering diharapkan sebagai pemimpin kepada masyarakat.
Sebagai warganegara Malaysia, guru perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan
komitmen yang tinggi kerana inilah sumbangan yang perlu dilakukan oleh setiap guru. Disamping
itu, golongan guru agama seperti ustaz-ustaz yang menyampaikan ilmu kepada masyarakat melalui
penyampaian kuliah maghrib di masjid menunjukkan mereka sangat mengambil berat terhadap
keperluan masyarakat islam untuk mempelajari ilmu agama. Inilah sumbangan dalam komuniti yang
lahir hasil daripada implikasi FPK terhadap guru yang sepertimana menurut FPG.

3.11 Berpegang teguh kepada agama.

Seseorang guru hendaklah menjaga perkataan dan lidahnya iaitu tidak memfitnah dan mengumpat
sebaliknya berkata yang benar. Bukan itu sahaja, guru yang berpegang teguh dengan ajaran agama
sentiasa mengajar hanya untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan semasa hidup di dunia dan
juga akhirat. Guru yang mengajar ala kadar atau sekadar mengajar cukup-cukup makan
menunjukkan dia seorang yang tidak mengambil peduli tuntutan yang disarankan dalam agama.
Jadi, pentingnya setiap guru berpegang teguh kepada agama kerana ia secara tidak langsung akan
menyebabkan seseorang guru sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan sehingga boleh
menerapkan nilai-nilai rohani pada setiap murid supaya mempraktikkan ajaran agama dengan baik.

3.12 Berusaha meningkatkan penguasaan dalam bidang ICT.

ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong
proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, p&p serta pendidikan sepanjang hayat.
Penggunaan ICT oleh guru dan pelajar dalam proses p&p boleh meningkatkan kefahaman dan
penguasaan dalam pembelajaran. Ia juga membolehkan pelajar mengakses maklumat dan bagi
mencari maklumat dengan pantas dan terkini. Hal ini pasti akan membuatkan pelajar berasa
seronok untuk belajar, tidak jemu, tidak malas dan tidak mengantuk.

Jika guru sentiasa mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam p&p, pastinya pembelajaran
menjadi lebih bermakna dan seterusnya sikap pelajar untuk mencintai ilmu dapat dipupuk di
kalangan pelajar. Hal ini seterusnya akan menyebabkan pelajar mempunyai keupayaan untuk
belajar, mengubah tingkah laku dan tabiat serta mengambil iktibar dan pengajaran daripada ilmu
baru. Jadi, pentingnya kesediaan dan kesanggupan seseorang guru untuk belajar supaya dapat
menguasai teknologi maklumat dan komunikasi agar sistem pembelajaran pelajar tidak berpusatkan
kepada buku teks semata-mata.
3.13 Berusaha menjadi contoh teladan yang baik

Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada para pelajar. Oleh itu, guru haruslah mempunyai
sifat-sifat terpuji yang boleh menjadi teladan kepada pelajar dan juga masyarakat. Sebagaimana
yang kita ketahui, tugas seorang guru tidaklah terhad kepada proses mengajar atau menyampaikan
ilmu pengetahuan semata-mata. Namun, tanggungjawab guru juga adalah untuk memastikan
pembentukan sahsiah pelajar termasuk pembentukan dan perkembangan dalam aspek jasmani,
rohani, intelek dan emosi supaya para pelajar berupaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan,
bermoral tinggi, harmonis dan juga seimbang. Dengan adanya usaha seperti ini, pastinya
masyarakat kita akan memandang tinggi kerjaya seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai