Anda di halaman 1dari 2

KUIZ PIMK 3013(PENGAJIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH) 16/10/2020

1.HURAIKAN OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH *

Kukurikulum pendidikan islam sekolah rendah bertujuan untuk membekalakan anak didik
dengan ilmu pengetahuan disamping membentuk masyarakat yang unggul. Ia juga
bertujuan untuk menerapkankemahiran membaca dan menulis hadis serta
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Anak didik dapat mengaplikasikan asas-asas
akidah yang dipelajari untuk dijadikan sebagai benteng dalam kehidupan.

2.BINCANGKAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM YANG ANDA FAHAMI *

Falsafah pendidikan islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah dan cara hidup islam
kerana menggunakan perinsip islam dalam bidang pendidikan. Falsafah pendidikan islam
juga merupakan falsafah yang berbentuk keagamaan untuk meningkatkan keimanan kepada
Allah. Pendidikan islam yang diterapkan akan diaplikasikan untuk meningkatkan tahap
ketakwaan dan mengapliksikan akhlak yang mulia sesuai dengan ajaran islam didalam
kehidupan.

3.JELASKAN PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN


RASULLULLAH *

Pendidikan islam pada zaman Rasulullah berlaku apabila Rasulullah sebagai muallim untuk
mengajarkan ilmu mentauhidkan Allah bersumberkan wahyu yang diturunkan oleh malaikat.
Berlaku penyebaran ilmu secara berperingkat iaitu secara rahsia dan secara terang-terang.
Pada peringkat rahsia, ilmu disampaikan kepada ahli keluarga dan sahabat yang terdekat
sahaja. Setelah Rasulullah mendapat wahyu untuk menyebarkan ilmu secara terang-
terangan, barulah ilmu mentauhidkan Allah disebarkan kepada orang ramai. Ilmu
disampaikan oleh Rasulullah melalui lisan baginda sendiri kepada para sahabat dan orang
awam. Penerimaan ilmu sacara talaqqi ataupun daripada Rasulullah sendiri terus kepada
para sahabat. Pada peringkat ini ilmu lebih berfokuskan kepada tauhid dan ilmu fiqh untuk
menunaikan solat dan rukun iman yang lain. Malah ilmu akhlak dapat dicontohi oleh
keperibadian Rasulullah itu sendiri.
4. KAEDAH HALAQAH MERUPAKAN KAEDAH YANG SERING DIGUNAKAN SEMASA
PEMERINTAHAN KHULAFA AR RASYIDIN.HURAIKAN KAEDAH TERSEBUT
DIJALANKAN

Khulafa Ar rasyidin meneruskan dakwah Rasulullah dengan mengikuti cara dakwah


baginda. Kaedah halaqah dijalankan secara lansung oleh para khalifah atau para muallim
yang dilantik oleh khalifah pada masa tersebut. Halaqah biasanya dijalankan di masjid
selepas solat ataupun dirumah para Khalifah. Khalifah menyampaikan ilmu tidak hanya
berfokuskan kepada ilmu tauhid malah merangkumi kepada semua bidang ilmu. Halaqah
biasanya dihadiri oleh orang ramai ataupun sekelompok kecil mengikut kapasiti dan
keperluan semasa. selepas solat ataupun dirumah para Khalifah. Khalifah menyampaikan
ilmu tidak hanya berfokuskan kepada ilmu tauhid malah merangkumi kepada semua bidang
ilmu. Halaqah biasanya dihadiri oleh orang ramai ataupun sekelompok kecil mengikut
kapasiti dan keperluan semasa.

Anda mungkin juga menyukai