Anda di halaman 1dari 9

Riyadhus Shalihin Bab 229.

Kelebihan Berpuasa Pada


Hari Isnin Dan Khamis
ْ ‫ « تُ ْع َرضُ األَ ْع َما ُل‬: ‫قال‬
‫يو َم‬ َ ‫صلّى هللاُ َعلَ ْي ِه و َسلَّم‬
َ ِ ‫رسول هَّللا‬
ِ ِ ‫• و َع ْن أَبي هُر ْي َرةَ َر‬
‫ َع ْن‬، ‫ض َي هَّللا عنه‬
ٌ
ُ‫ ورواه‬، ‫حديث َح َس ٌن‬ : ‫وقال‬
َ ُّ‫صائ ٌم » َرواهُ التِرْ ِم ِذي‬ َ ‫ فَأ ُ ِحبُّ أَ ْن يُ ْع َر‬، ‫ميس‬
َ ‫ض َعملي َوأَنَا‬ ِ ‫االثَنيْن وال َخ‬
‫كر الص َّْوم‬
ِ ‫بغير ِذ‬
ِ ‫ُمسل ٌم‬
1253. Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. katanya: "Ditunjukkanlah amalan-amalan itu

oleh para malaikat kepada Allah Ta'ala pada hari isnin dan khamis, maka saya gembira jikalau

amalanku itu ditunjukkan, ketika saya dalam keadaan berpuasa."

• Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan, Hadis ini
diriwayatkan pula oleh Imam Muslim, tanpa menyebutkan berpuasa
Penerangan hadis hasan

• Hadith Hasan juga adalah hadith yang diketahui sumbernya dan dikenali
perawi-perawinya atau hadith yang bersambung sanadnya oleh perawi
yang adil tetapi kurang tahap hafalannya serta terselamat daripada syaz
dan juga ‘illah (kecacatan). [Lihat: ‘Ulum al-Hadith wa Nusus min al-
Athar, 124]

•  Hadith Hasan termasuk di dalam kategori hadith Sahih dan ia juga boleh
dijadikan hujjah
Abu Hurairah RA

• Nama lengkapnya lengkap Abdulrahman bin Shakhr ad-Dausi. Rasullulah


saw memberikan gelaran "Abu Hurairah" 

• Abu Hurairah menimba ilmu sebanyak-banyaknya dari Nabi

• Nabi mendoakan agar Abu Hurairah memiliki hafalan yang kuat. Menurut
Abu Hurairah, semenjak itu dia tidak pernah lupa sesuatupun apa yang
didengarkan daripada Nabi Saw.

• Diakui kesahihan periwayatan beliau oleh para sahabat dan tabiin.


Penerangan hadis
• Hadith ini tidak menafikan sabda Nabi SAW bahawa diangkat amalan malam
sebelum amalan siang dan diangkat amalan siang sebelum amalan malam. Hal
ini bagi membezakan antara diangkat dan juga dibentangkan. Ini kerana, amalan-
amalan dihimpunkan selama seminggu dan dibentangkan pada dua hari ini (Isnin
dan Khamis).

• Antara makna hadith di atas adalah setiap amalan akan diangkat dan
dibentangkan kepada Allah SWT, sama ada amalan tahunan yang diangkat pada
bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan juga amalan
mingguan yang akan diangkat pada hari Isnin dan Khamis. [Lihat: Hasyiah Ibn
al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313]
Kelebihan berpuasa

Disunatkan untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagaimana dinyatakan di
dalam mazhab kita iaitu mazhab al-Syafie Rahimahullah berdasarkan apa yang
diceritakan oleh isteri Baginda SAW

• Daripada Aisyah RA, berkata:

‫يس‬
ِ ‫م‬
ِ َ
‫خ‬ ‫ال‬ ‫و‬
َ D
‫ن‬ ِ ْ
‫ي‬ َ ‫ن‬ ْ
‫ث‬ ‫اِل‬ ‫ا‬ ‫م‬
َ ‫و‬
ْ ‫ص‬
َ ‫َّى‬
‫ر‬ ‫ح‬
َ َ ‫ت‬َ ‫ي‬ ‫م‬
َ َّ ‫ل‬ ‫س‬
َ ‫و‬
َ ‫ه‬
ِ ْ
‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ُ ‫هَّللا‬ ‫ى‬َّ َ ‫ان النَّبِ ُّي‬
‫صل‬ َ ‫َك‬
• Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan
Khamis.” [Riwayat al-Tirmizi (745)]
Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis
• Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa
• Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia nikmat Allah yang tidak
terhingga
• Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-
orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka
• Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat
maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah
hatinya".
• Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai
cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
Isi semasa berkaitan puasa sunat
• Adakah sah puasa jika diniatkan juga untuk menyihatkan tubuh badan?

• Menurut imam Jalaluddin al-suyuti, hal ini perlu diperincikan oleh para ulama,
dan dalam kes berpuasa serta berniat utk menyihatkan tubuh badan dan sebagau
satu cara perubatan, maka puasa itu dikira sah dan tidak membatalkan puasa,
meskipun hal ini terdapat khilaf dalam kalangan ulama.

• Menurut syeikh umar bin sulaiman al-asyqar : mencampurkan niat dalam ibadah
ini tidak termasuk dibawah kategori riya’ sepertimana yang disalahfahami oleh
sebahagian ulama.
Kesimpulan

• Kesimpulannya, kita dituntut untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis
berdasarkan hadith yang kami nyatakan di atas. Antara hikmah kita
diminta untuk banyak berpuasa pada hari-hari ini adalah berdasarkan
hadith yang kami nyatakan di atas iaitu pada hari-hari ini amalan
dibentangkan oleh Malaikat kepada Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah
SWT menempatkan kita dalam kalangan orang yang beriman dan juga
orang-orang yang sentiasa melakukan ketaatan kepada-Nya.

Anda mungkin juga menyukai