Anda di halaman 1dari 3

2

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020


KERJA KHUSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 6
Tajuk : Pengaturcaraan.
1. Kenalpasti peralatan dibawah, senaraikan langkah-langkah dan set arahan yang
dilaksanakan oleh perkakasan berikut:-
(a) Pendingin hawa (20 markah)
Soalan (b) Jam penggera digital. (20 markah)
(c) Mesin basuh elektronik (20 markah)

2. Peralatan memasak digital mempunyai arahan komputer.


(a) Cadangkan fungsi tambahan yang boleh dilakukan oleh peralatan tersebut dan
tulis arahan tambahan bagi fungsi baharu tersebut. (20 markah)
(b) Tuliskan satu resipi masakan dan set arahan untuk memasak menggunakan
peralatan memasak tersebut. (20 markah)

(Panduan: rujuk buku teks )


Langkah-langkah Cari maklumat, gambar, dan lain-lain bahan yang diperlukan. Rancang format dan
susun atur buku skrap. Masukkan maklumat, gambar dan lain-lain bahan.

Bahan Buku skrap, gambar, gam, gunting, bahan untuk hiasan.


Markah 100 markah
Pembahagian Pembahagian markah iaitu 20 markah setiap soalan:-
markah Kreativiti – 4 markah, Isi kandungan – 12 markah, kekemasan – 4 markah.
Tarikh Akhir 19 OKTOBER 2020
Hantar Kepada Guru mata pelajaran TMK masing-masing

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ________________
(SUHAIDA BT SAID)
Guru TMK

Perakuan Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6

Saya _________________________ ibu / bapa / penjaga murid yang bernama


____________________________ dari kelas Tahun 6 __________ ambil maklum akan kerja
khusus yang perlu dibuat oleh anak jagaan saya. Saya berjanji akan memastikan anak jagaan saya
menyiapkan dan menghantar kerja khusus tersebut pada tarikh yang ditetapkan, iaitu sebelum
19 November 2020.
Yang benar,
____________________
( )
SKEMA JAWAPAN KERJA KHUSUS AKHIR TAHUN
TMK TAHUN 2020.

Soalan 1

1. Kenalpasti peralatan dibawah, senaraikan langkah-langkah dan set arahan yang dilaksanakan oleh
perkakasan berikut:-

(a) Pendingin hawa (20 markah)


Panduan menjawab soalan 1 (a) dan (b) boleh rujuk dalam Buku Teks m/s 89.
 Terima isyarat mula.
 Terima isyarat tahap suhu.
 Terima isyarat kelajuan kipas.
 Mulakan penyejuk.
 Mulakan kipas.
 Hentikan penyejuk apabila tahap suhu melebihi had yang ditetapkan.
 Hidupkan penyejuk apabila tahap suhu menurun drpd had yang ditetapkan.

(b) Jam penggera digital. (20 markah)


Panduan menjawab soalan 1 (a) dan (b) boleh rujuk dalam Buku Teks m/s 89.
 Terima arahan ketetapan waktu penggera berbunyi.
 Kelip mod jam.
 Hentikan kelipan apabila mod jam telah ditetapkan.
 Kelip mod minit.
 Hentikan kelipan apabila mod minit telah ditetapkan.
 Kelip mod AM/PM.
 Hentikan kelipan apabila mod AM/PM telah ditetapkan.
 Bunyikan penggera apabila waktu penggera yg telah ditetapkan dicapai.

(c) Mesin basuh elektronik (20 markah)


Panduan menjawab soalan 1 (c) boleh rujuk dalam Buku Teks m/s 15.
 Kesan berat muatan.
 Tentukan cara basuhan.
 Mulakan basuhan.
 Tamatkan basuhan.

NOTE:
 Cari gambar Pendingin hawa, jam penggera digital & mesin basuh elektronik, dan lain-lain
bahan yang diperlukan.
 Masukkan maklumat, gambar dan lain-lain bahan yang bersesuaian dengan perkakasan (a),
(b) dan (c).
Soalan 2

2. Peralatan memasak digital mempunyai arahan komputer.

(a) Cadangkan fungsi tambahan yang boleh dilakukan oleh peralatan tersebut dan tulis arahan
tambahan bagi fungsi baharu tersebut. (20 markah)
Panduan menjawab soalan 2 (a) boleh rujuk pada Buku Teks m/s 89 (5 (a).

Cadangan fungsi tambahan:


 Pelbagaikan tahap suhu pemanasan.
 Pelbagaikan tempoh masa pemanasan.
 Pelbagaikan kaedah putaran.
 Pelbagaikan kaedah pergerakan udara.
 Keluarkan bunyi apabila sesuatu tindakan dilaksanakan.

Tambahkan arahan berikut selepas arahan terakhir: Keluarkan bunyi.


ATAU
Sebarang arahan tambahan yg munasabah berdasarkan cadangan fungsi tambahan
yang dikemukakan.

(b) Tuliskan satu resipi masakan dan set arahan untuk memasak menggunakan peralatan memasak
tersebut. (20 markah)

 Panduan menjawab soalan 2 (b) boleh rujuk pada Buku Teks m/s 9.

 Contoh resipi dan Set arahan untuk memasak boleh rujuk dalam buku teks m/s 9.

 Terima jawapan murid yang bersesuaian (resipi dan set arahan untuk memasak resipi
tersebut menggunakan sejenis peralatan memasak yang telah murid pilih di 2 (b).)

 Masukkan maklumat, gambar dan lain-lain bahan yang bersesuaian dengan peralatan
memasak yang telah anda pilih.

Anda mungkin juga menyukai