Anda di halaman 1dari 1

MEMUPUK BUDAYA KOLABORATIF

1. Pentadbir dan Guru


Menjana dan memperkasa pengamalan serta penghayatan terhadap budaya kerja organisasi
melalui pasukan kerja.

2. Guru dan Guru


Pengetahuan atau hasil kajian yang baru dikongsi mahupun sekolah yang sama atau sekolah
yang lain.
Dapat membina kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi yang lebih berkesan di samping
dapat menerima pendapat yang lain secara terbuka.
Lawatan penanda aras (Bench Mark) merupakan satu lawatan ilmiah ke sesebuah kawasan
untuk memberi pengalaman, berkongsi pendapat, merangsang pemikiran guru.

3. Guru dan pelajar.


Guru perlu mengalakkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan
pelajar berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh belajar
menerima pendapat pengajar atau pelajar lain dan membina kemahiran pemikiran kritis dan
kreatif.

4. Sekolah dan komuniti.


membuat hubungan yang baik bersama komuniti. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah
dengan komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai
kecemerlangan sekolah khususnya dari aspek pencapaian para pelajar dan organisasi
pengurusan guru.
Sekolah memperoleh faedah berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan
sumbangan tenaga bakti daripada komuniti manakala komuniti pula memperolehi faedah
dari aspek peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai